credit to: SAMPAI HATIMU DUHAI AYAHKU

Sis kecewa, Saya pernah berada di tempat awak sebijik mcm awk alami skrg. Bahkan lebih teruk dari tempat awak. Ayah saya bukanlah kurang ilmu agama. Pergi surau utk jemaah setiap kali azan, dah pergi umrah, ambil kelas2 agama, dan sebagainya. Apa yg sy nak kongsikan dengan awak berdasarkan pengalaman saya dan seorang lg adik bradik sy handle perkara ni ialah.

>First, jangan buka aib ayah sister. Please, Jangan sesekali. Maksud sy jgn sebar aib dia walaupun pada kenalan dia. Jangan libatkan org luar. Walaupun ahli keluarga terdekat ayah sis sendiri. Sebab masyarakat akan pandang serong pada ayah sis kemudian hari. 'Ayah sister sedang dijuji'

>Second. Yes. Awak kene tegur ayah awk sebelum situasi jadi lebih teruk. Tak mustahil boleh melarat ke tahap zina. Tak mustahil. Dulu masa bende ni jadi. Saya terbagitahu mak saya. Dan memang keadaan akn jadi lebih teruk dan dasyat lepastu. Terpulang sis rasa nk bagitahu atau tak. Tapi siapa tak sedih tgk mak ayah gaduh2 kan lepastu mak asik nangis. Tegur ada cara. Sis lebih kenal ayah sis. Sis mesti tahu cara apa yg ayah sis senang utk terima teguran. Kalau mcm ayah sy, kene tegur melalui whatsapp.. Kene reka ayat yg boleh buat dia sedar apa yg dia buat ni salah dan apa akibat dia kalau dia teruskan buat bende buruk tu. ayah sy kalau ditegur depan2 dia akan panas baran dan tak mengaku salah dia atau boleh naik tangan atau pecah barang2.

>sebagai bukti utk tegur, saya dah screenshot semua bende2 buruk dia buat dan hantar semua kat whatsapp dia secara personal, bukan dalam group atau sebagainya. Masa sy handle bende ni, saya takbagi mak sy libatkan diri sebab this is not first time. Mak sy dh penat terluka. Sy tahu. Just biar sy ngan sorang lg adik bradik sy handle. Tak sanggupkan tgk mak nangis2.

>lepas hantar screenshot, ayah dah read. Dah bluetick. Dia tak mengaku. Hurmm. Saya tahu ayah sy malu. Dan ego. Lagi2 bila anak yg tangkap dia buat benda tak elok. Jatuh lah maruah dia. Sy malas nak berdalih lagi. Sebab dia memang taknak mengaku.
"Ayah.. Ayah taknak mengaku pun takpelah. Terpulang pd ayah.. Allah tahu apa ayah buat. Dan ayah sendiri boleh fikir apa yg ayah buat ni salah atau betul. Ayah, Kesian kat mak. Mak asik menangis dapat tahu ayah buat macamni. Ayah tak kesian kat mak ke? Kenapa ayah buat macamni? Ayah tak ingat ke macamana susah senang mak lahirkan anak2 ayah, melalui keadaan hidup susah senang ngn ayah? Kami semua dah besar.. Tak lama lagi anak2 ayah akan mendirikan rumah tangga.. Ada keluarga sendiri.. Cuba bayangkan kalau suami kpd anak2 perempuan ayah buat macamni kat kami? Ayah marah tak kalau anak ayah kene macamni? Sedih tak? Kami sedih ayah. Kami hormat ayah dan sanjungi ayah sebagai ketua keluarga yg dah bersusah payah utk kami. Kenapa ayah mesti buat macamni? Ingat Allah ayah. Dulu ayah janji takkan lukakan hati mak. Kenapa ayah mungkir janji? Ayah bersyukur lah mak masih mahu terima ayah.. Maafkan ayah.. Sayangkan ayah.. Berdiri teguh di sisi ayah taat pada ayah.. Belum tentu perempuan lain boleh sabar dan kuat macam mak.. Kenapa ayah tak hargai mak.. Kesian mak.. Ayah nak ke satu hari nanti anak2 lelaki ayah buat macamni? Ayah jangan terkejut kalau anak lelaki ayah buat perkara yg sama pd isteri dia nnt..sebab mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi… Berubahlah ayah.. Kami tetap akan sayang ayah dan hormat ayah sebab ayah tetap ayah kami.. Kami tak kisah ayah taknak mengaku depan kami. Sekurangkurangnya ayah jumpa mak.. Pegang tangan mak.. Minta maaf kat mak.. Boleh kan ayah? " (sebenarnya panjang lagi tp tak ingat) + (bagi sekali video ceramah2 dari youtube pasal hukuman dosa2 besar..pasal rumah tangga dan sebagainya.)

>ayah baca lepas setengah jam. Dan ayah mengaku salah dia.. Dia mengaku semua bende tu dia buat. Ayah minta maaf dalam whatsapp tu juga. Ayah kata ayah bersyukur dapat anak2 yg baik seperti kami yang berani tegur dia.. Ayah sy memang sngt menyesal dgn apa yg dia buat. Dia balik. Jumpa mak saya dia peluk mak saya pegang tgn mak genggam kuat2 dia minta maaf kat mak sampai berderai2 air mata ayah jatuh tak terbendung.(mak yg cerita ms ni sbb kami semua takda situ masa tu). Ayah minta maaf jga kat kami pada hari yg lainnya. Dia hanya minta, kalau ayah buat salah lagi. Tegur lah ayah. Sejak pada tu ayah banyak sngt berubah. Alhamdulillah.

—- Sis, Saya faham betapa gundah gulananya perasaan awk. Apa2 pun awk kene tabah. Sabar. Banyak2 kan doa. Serahkan pada Allah. Semoga sis menemui jalan penyelesaian. aaminn.

– IfeelYou sis kecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *