Assalamualaikum.
Maaf kalau tajuk ala-ala slot akasia tv3. hehe
Ok nak dikata cerita, masa aku di tahun kedua pengajian di salah satu universiti xxxx. Terjumpalah dengan seorang mamat ni, pada aku memang taste aku lah bak kata orang memang menepati kriteria lelaki idaman aku, sebab aku memang tak suka lelaki cerah, so warna kulit dia memang dah buat aku tak pandang orang lain.
Tak tahu kenapa terdetik dekat hati aku yang aku nak jadikan dia suami aku. Dia memang baik, sangat baik.
Dia lah the last choice, sampaikan dari crush terus rasa nak jadikan suami. Memang nampak cliche, tapi memang seakan kenyataan. Sampai final year aku bagi 'hint' dekat dia, but still no response. Just 'hint'.
And masa graduation day last year, dia datang bawak bunga, dari jauh aku dah seakan-akan tahu kehadiran dia. Nampak bunga kat tangan dia. Ya Allah Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu, berdebar-debar.
Tetapi, rupanya dia lalu je sebelah aku.
Dia bagi bunga yang dia pegang, dekat roommate aku yang grad masa tu jugak.
Ya Allah, aku tak sanggup nak pandang. pedih.
Syukur aku tak pernah cerita dekat roommate pasal aku suka mamat tu, mungkin bukan jodoh aku.
Aku terima. Allah is the best planner. (sedih pula sis)
bye, asslamualaikum.
– bella
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->