Crush Satu Office

Aku tak tahu bila perasaan ni mula hadir. Tapi aku ada crush pada officemate aku ni. Kami di department berbeza. Dia sebaya aku tapi dia junior aku, kiranya aku masuk kerja dulu then baru dia.

Selama almost 5 tahun kerja sini, aku tak pernah perasan kewujudan dia walaupun office kitorang kecik je. Aku pun jenis buat hal aku je.

Tapi baru-baru ni, company aku ada buat team building. Baguslah ada benda ni sebab aku memang tak kenal orang lain dah… Masa ni lah aku satu kumpulan dengan dia, aku redha je walaupun tak kenal sesiapa dalam group tu.

Then baru aku tahu kewujudan dia, nama dia, dan ada lah dengar dia sembang-sembang, pastu ish. Jatuh cinta betul!

Tapi aku tak pernah nak buat apa2 contohnya mesej dia atau sembang-sembang selain hal kerja atau team building (masa tu) sebab aku dah kahwin. Jahat kan?

Ya aku dah kahwin. Aku dah 4 tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak. Suami aku ni 7 tahun lagi tua dari aku. Hubungan aku dengan suami aku memang macam biasa je. Ada masa baik, baik lah.

Tapi banyak masa kami selalu gaduh, kes aku kurang perhatian sebab aku kahwin dengan duda ada anak. Dia lebih pentingkan anak dia dan aku faham tu.

Suami aku juga pernah kantoi mesej lucah dengan perempuan lain, hampir bercerai-berai juga tapi aku masih bagi peluang…

Aku bukan nak balas dendam dengan cara sukakan orang lain… Cuma kes crush ni, aku yang bermasalah sebab bagi ruang untuk hati aku pandang orang lain.

Kurang perhatian tu bukan tiket untuk sukakan orang lain. Nasib baik crush aku masih single, girlfriend pun tak ada lagi (setahu aku).

Crush aku tu, dia tahu aku dah berkahwin. Mungkin aku yang perasan tapi aku rasa dia tak boleh nak approach aku sebab aku isteri orang. Dan suami aku pun, satu office dengan kitorang…

Dia pun tak pernah bagi harapan atau cakap dia suka aku ke apa pun. Aku cuma syok sendiri je. Aku suka betul tengok dia. Walaupun dia jenis pendiam… Duduk diam pun aku dah suka.

Misai dia, rambut pendek yang kemas. Baju pun ulang pakai yang sama je, jenis tak berfashion sangat. Kulit dia pun hitam manis dan paling paling aku suka ialah nama dia. Nama dia unik, satu dalam sejuta.

Cuma setiap malam aku mimpikan dia. Setiap hari aku pergi kerja aku nak cantik-cantik just in case dia nampak aku. Aku nak pergi pantry pun pusing jauh semata-mata nak take a glimpse of dia.

Walaupun dia tak pernah pandang aku dan aku cuma nampak dahi dia… Korang tak tahu betapa happy nya aku bila dia tegur aku kalau terserempak. Dia tak tegur pun, aku tetap seronok.

Kadang-kadang aku tunggu dekat lobby acah-acah buat kerja sebab aku nak tengok dia balik… Pastu ada event company pun dia duduk depan aku. Itu pun dah buat aku terkinja-kinja dalam hati. Suami aku?

Hmm aku acah-acah isteri sporting yang tak perlu berkepit dengan suami di office padahal hati aku ni… tapi memang aku bukan jenis nak lunch sekali aku pergi balik kerja sekali. Memang bawa hal sendiri walaupun satu office.

Sesungguhnya aku rasa berdosa dengan suami aku. Suami aku ayah yang baik cuma sebagai suami, dia sama je macam aku. Dua-dua ada kelemahan.

Aku tak nak story kelemahan suami aku in depth tapi cukup untuk semua orang tahu, dia bukan jenis ambil hati aku atau shower aku dengan sweetness ke apa, tapi crush aku pun takda buat apa-apa, tapi aku tersuka.

Is it sebab dia bujang? Hm… jadi seorang ibu instant ni sangatlah beyond aku punya expectation. Aku tak nampak struggle tu sebelum kahwin.

After kahwin dan a few episodes of bergaduh besar kerana anak, aku dan macam impikan hidup berdua sahaja dengan suami.

Aku tak mahu mengandungkan anak dari suami aku sebab aku takut kalau suatu hari nanti kami bercerai, senang aku nak bawa diri.

Tapi aku pernah imagine kalaulah aku ni ada jodoh dengan crush aku, apa nama anak kami, semua aku dah fikir.

Aku tahu aku salah. Aku just keluarkan apa yang terbuku dalam hati, aku memang tak pernah bagitahu sesiapa. Aku tak pernah sebut nama dia pun pada orang lain…

Kalau lah story ni disiarkan, confirm ramai yang kecam tapi aku tahu batas aku. Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku sayang suami aku, aku tahu dia syurga aku.

Tapi jauh disudut hati, aku rasa macam nak let go semua ni dan mulakan hidup baru. Maafkan aku…Thank you semua sebab dengar cerita aku. Sekadar meluahkan…

– Salwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *