Berdamai Dengan Takdir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu Kak Rose ucapkan kepada semua pembaca.

Kak Rose baca2 kisah kat sini rupanya ramai betoi para isteri yang mengalami masalah suami curang. Sama dengan Kak Rose.

Kak Rose dari keluarga yang berantakan. Mak bapak selalu gaduh2 walaupun anak dah sampai 5. Kak Rose anak sulung jadi Kak Rose yang banyak kena uruskan hal rumah dan adik2.

Bila mak bapak gaduh, masing2 akan merajuk tak nak masak, tak nak basuh baju, tak nak uruskan anak jadi Kak Rose kena buat semua demi adik2.

Habis SPM, Kak Rose kesian pada adik2 jadi Kak Rose tak sambung belajar. Kak Rose keje pasaraya. Gaji Kak Rose dapatlah tampung sikit2 adik2 nak belajar.

Masa berumur 21 tahun Kak Rose kenal dengan suami. Dia tua tiga tahun dari Kak Rose. Suami supervisor di tempat Kak Rose keje. Kak Rose rasa bahagia dengan dia sebab dapat lupakan seketika masalah keluarga.

Ramai kawan2 dan juga adik2 Kak Rose tak berkenan dengan suami sebab dia ada ciri2 narsistik tapi Kak Rose tengah angau bercinta jadi Kak Rose buta hati dan mata ketika itu.

Lagipun mak bapak Kak Rose tak kisah pasal anak2. Kami berkahwin walaupun kedua2 keluarga tak berapa berkenan. Majlis kahwin pun buat kecik2 saja.

Awal2 perkahwinan, semuanya indah2 belaka. Kami sewa rumah flat dan ada motor saja. Rumah pun kosong tak banyak perabot.

Kami masing2 tak de ilmu rumahtangga jadi kami main redah jea. Baru kahwin 3 bulan Kak Rose dah mengandung. Masa nie Kak Rose alahan teruk sampai sakit2 kena berhenti keje.

Kak Rose buat kuih2 kek nasi lemak dan jual. Kak Rose tak cukup tido sakit2 tapi gagahkan juga diri nie demi nak ringankan beban suami.

Anak dari satu jadi dua. Anak sulung lelaki yang kedua perempuan. Kami dah beli rumah sendiri. Kecik tapi selesa. Kak Rose dan suami kumpul2 duit beli kereta untuk kegunaan suami.

Suami mula balik lewat dan culas nafkah tapi Kak Rose ada duit sendiri. Kak Rose kesian kat suami jadi Kak Rose mengalah.

Suami Kak Rose mula layan perempuan lain lepas lahir anak kedua. Awal2 Kak Rose marah sangat2, sakit hati dan memang gaduh2.

Dia insaf sekejap kemudian jadi balik. Hidup kami macam tulah sampailah Kak Rose berumur 38 tahun, dia bawak perempuan lain nak kahwin. Kita panggil dia Alia.

Dia bukan nak mintak izin tapi dia nak maklumkan supaya Kak Rose tak serang Alia. Awal2 Kak Rose meroyan juga yelah mana tak sakit hati. Alia muda cantik belajar tinggi2 jadi Kak Rose tak faham kenapa dia nak suami orang.

Tapi orang2 keliling Kak Rose suruh Kak Rose redha dengan ketentuan Allah. Poligami itu sunah. Dah jodoh mereka. Kak Rose tak nak ke payung emas? Semua orang nasihatkan Kak Rose.

Tapi tak ada orang pun tanya suami Kak Rose. Kenapa curang? Kenapa berzina? Kenapa abaikan isteri dan anak2? Kenapa tak beri nafkah?

Mampukah berlaku adil? Sebab dia lelaki dan lelaki biasalah memang camtu. Kak Rose yang tak pandai jaga laki.

Kak Rose tak minta cerai sebab memang Kak Rose tak mampu hidup sendiri. Kak Rose tak de pelajaran tinggi2, kerja pun biasa2 dan selalu sakit2 lepas beranak.

Kak Rose biarkan suami Kak Rose kahwin dua asalkan Alia tak kacau kami anak beranak. Kak Rose mengalah demi anak2.

Suami balik rumah sekali sekala, Kak Rose akan layan dia walaupun dia sudah mula benci dengan Kak Rose. Dia balik sebab anak2. Dia tak tidur dengan Kak Rose sejak ada bini baru.

Jijik dia dengan Kak Rose. Badan berlemak, ada parut Ceaser, selulit, rambut uban. Kak Rose telan sahaja semua sebab nak duit untuk anak2. Maruah Kak Rose dah lama Kak Rose buang.

Kak Rose didik anak2 dengan segala ilmu yang Kak Rose tahu. Kak Rose ajar anak2 untuk sentiasa taati suami. Dia masih ayah.

Suami makin lama makin abaikan kami. Dia sibuk dengan bini kedua dan anak2 tiri. Nafkah pun dah makin kurang. Anak2 makin membesar dan mula faham perkara sebenar. Kak Rose suruh mereka sabar banyak2 dan belajar tinggi2 supaya tak jadi macam Kak Rose.

Orang yang selalu nasihatkan Kak Rose dan suruh poligami pun hilang. Tak sesekali bantu Kak Rose dan anak2 masa susah. tak de orang tegur suami Kak Rose.

Tapi alhamdulillah Kak Rose ucapkan pada Yang Maha Esa, anak2 Kak Rose belajar tinggi2 dan kerja bagus2. Mereka berkahwin dengan pasangan elok2 dan bahagia hidup masing2.

Kak Rose tak nak kacau hidup mereka jadi Kak Rose duduk asing. Teman Kak Rose adalah pokok2 bunga, kebun sayur dan kucing. Kadang2 Kak Rose ke rumah adik2. Anak2 juga selalu melawat Kak Rose sebab duduk berdekatan.

Kak Rose ada banyak masa terluang jadi Kak Rose jaga mak bapak masa mak bapak sakit2. Ayah Kak Rose meninggal dulu kerana masalah jantung kemudian mak meninggal kerana kencing manis.

Masing2 meninggal tanpa sempat minta maaf atau berdamai. Kak Rose tak mampu nak ubah mak bapak Kak Rose. Kak Rose hanya mampu jaga mak bapak masa sakit sehingga ke akhir nyawa.

Kak Rose tak nak jadi macam mak bapak Kak Rose. Meninggal dengan penuh marah dan kebencian. Kak Rose mula mencari ketenangan untuk diri.

Semua orang akan tinggalkan kamu suatu hari nanti kecuali amalan kamu. Itu pesan Kak Rose dengar kat satu ceramah kat surau. Kak Rose mula tambah amalan Kak Rose.

Suatu hari, Kak Rose dapat panggilan dari pihak hospital. Suami Kak Rose terlantar di hospital sebab stroke. Paru2 dia pun tak kuat dah.

Doktor bagi 50/50 masa tu. Bini kedua dia lepas admit kan suami terus hilang. Kak Rose uruskan hal hospital suami dan jaga dia.

Anak2 Kak Rose berbelah bagi tapi Kak Rose minta mereka redha sahaja. Jangan sakiti orang masa dia berada dalam keadaan sakit. Dia masih ayah kamu jadi pahala dosa masih dicatatkan oleh malaikat.

Kak Rose bawak suami balik rumah Kak Rose. Dia tak berani pandang muka Kak Rose. Diam sahaja. Kami tidur bilik asing.

Alia ada datang rumah tapi bergaduh sebab nak duit pencen suami. Kak Rose bagitau dia yang duit ke harta suami semua dia boleh ambik.

Kak Rose hanya jaga suami sebab menjalankan kewajipan sahaja. Anak2 Kak Rose dah boleh tanggung Kak Rose dan diri masing2. Kalau nak, bawaklah dia balik. Sampai ke sudah Alia tak datang lagi.

Kak Rose nampak suami menangis tapi Kak Rose tak bertanya apa2. Suami mula rajin solat sunat dan sunah hari2 dan selalu menangis ketika berdoa.

Masa suami makin tenat, dia mula meracau2. Kak Rose dan anak2 tenangkan dia. Setiap hari Kak Rose kena teman suami tidur sebab dia takut tidur sorang2. Dia akan pegang tangan Kak Rose erat2.

Makin lama sakit dia makin teruk. Anak2 gilir2 datang rumah jagakan suami. Ada satu malam, suami Kak Rose muntah teruk. Kak Rose lapkan badan dia tukar baju cadar.

Masa nie suami mula menangis teresak2. Buat pertama kalinya dia pandang muka Kak Rose. Dia tanya kenapa masih baik dengan dia? Kenapa sanggup susah2 jaga dia? Kenapa tak tinggalkan dia?

Kak Rose senyum sahaja. Kak Rose cakap sebab Kak Rose dah berdamai dengan takdir jadi hati Kak Rose dah lapang menerima ujian Allah.

Kak Rose sekarang hanya cinta pada Yang Maha Esa.

Sejak dari malam tu, hari2 suami Kak Rose menangis dan menyesal abaikan Kak Rose dan anak2. Hari2 dia minta maaf. Anak2 memang maafkan dia tapi luka di hati tak mungkin sembuh.

Kak Rose cakap dah lama Kak Rose maafkan dia tapi hati Kak Rose dah hancur dan perasaan sayang ke cinta sudah lama mati. Masa2 nak akhir2 nie, Kak Rose tak nak gaduh2. Jadi kami berdamai.

Kak Rose suruh suami berikan saja apa yang Alia dan anak2 tiri dia nak sebab mereka hidup kesusahan jugak. Anak2 tiri masih ada yang bersekolah.

Lepas dapat duit, Alia hilang dengan anak2 tiri. Rupanya lepas suami sakit2 3 4 tahun lepas, memang Alia dan mula abaikan suami. Suami syak dia ada orang lain. Dia memang tunggu duit suami sahaja.

Suami cakap dia menyesal lukakan hati Kak Rose dan anak2. Andai dia masuk syurga, dia akan tunggu Kak Rose di sana. Kak Rose hanya senyum sahaja. Suami Kak Rose meninggal ditemani Kak Rose dan anak2.

Kami tak menangis mahupun bergembira. Perasaan hanya kosong. Lega hati sebab Kak Rose dah jalankan satu lagi tanggungjawab di dunia ini.

Kak Rose cuma menyesal sebab tak sambung belajar masa muda2 dulu. Mungkin Kak Rose mampu elak dari takdir sekarang. Tapi dah Kak Rose yang pilih jalan nie, Kak Rose tak salahkan sape2. Kak Rose jalankan semua kewajipan dan tanggungjawab Kak Rose seeloknya.

Bila hati dah mula berdamai dengan takdir dan mengejar cinta Allah untuk bekalan ke akhirat, InshaAllah segala ujian yang sulit akan dipermudahkan.

Curang dan berzina dalam perkahwinan sekarang ini sudah menjadi satu tiket untuk suami kahwin dua tiga. Malah artis2 pun sekarang ini bangga tayangkan sana sini ada pasang dua tiga walaupun anak bini diabaikan.

Komen2 netizen pun kadang kala sangat menyedihkan seolah2 meraikan berita2 tersebut. Runtuhnya rumahtangga satu pasangan maka bersorak2 iblis syaitan. Moga anak2 cucu2 Kak Rose dijauhkan dari berkelakuan sebegitu.

Nabi tidak pernah poligami sebab curang. Nabi sentiasa adil dengan semua bini dan anak2. Rujuk semula kitab kenapa dan bagaimana cara Nabi berpoligami.

Kak Rose doakan para2 isteri yang dicurangi mampu terus kekal kuat untuk meneruskan kehidupan. Kalau bukan untuk diri sendiri tapi demi anak2.

Terima kasih kepada yang membaca kisah Kak Rose. Kak Rose mohon ampun kalau ada silap cakap cuma ingin meluahkan perasaan di hati.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *