Salam korang semua. Aku ada benda yang aku musykil and ada benda aku nak cerita or share dekat korang.
Aku perempuan, umur 21 and aku bukan student uia tapi salah satu student dekat utara ni ha.
Aku perempuan, tapi aku musykil sangat diri aku ni. Benda ni dah kena dekat aku since aku dekat sekolah lagi. Aku tak boleh tengok perempuan cantik. Serious tak boleh. Kalau aku bercakap dengan dorang seboleh nya aku tak pandang perempuah tu. Entah kenapa. Bila aku tengok perempuan cantik ni ( ikut taste aku la ), hati aku jadi lemah rasa macam cair gila. Weh aku perempuan tau. Bila aku tengok perempuan cantik je, aku rasa nak kawan dengan dorang. Rasa nak rapat dengan dorang. Aku tak tahu perasaan ni datang sebab aku low confidence teruk ke atau memang aku tertarik dengan perempuan.
Time dekat sekolah dulu, aku ada sorang bestfriend ni. Aku namakan dia A. Dia cantik kot. Bagi aku laa. Aku pun tak sangka dapat dengan orang cantik ni. Aku dengan dia dulu sangat sangat rapat. Dah macam lover gitu. Almost semua benda kitaorang share time dekat sekolah dulu. Dekat sekolah kitaorang borak. Balik je lepas sekolah, terus bukak fb borak lagi. Sampai laaaa ke maghrib gitu. Entah bila lekang tah. Bagi aku waktu tu normal lah kan perempuan macam tu. Tapi at the same time, aku tak boleh tengok dia rapat dengan orang lain. Hati aku jadi sakit bila tengok dia mesra sangat dengan orang. Lagi satu, aku selalu teringat dekat dia eventho kitaorang dah jumpa. Kalau boleh aku taknak jauh dengan dia. Nangis sebab dia tu selalu dah padahal benda kecik je pun. Tu kitaorang selalu gaduh time sekolah dulu. Aku confius dengan diri aku. Aku ni tertarik dengan perempuan ke atau aku je yang memang terlalu attached dengan dia? Aku selalu terseksa wey. Perasaan ni. Dulu aku tk paham. Aku selalu tanya diri aku, dia kawan aku je kot. Nak nangis teruk sampai macam tu kenapa. Lepas sekolah je aku decide taknak ada perasaan macam tu sangat dah. Aku nak free. Lepas tu aku dah pandai control diri aku.
Tu zaman sekolah. Ni lepas sekolah pulak. Aku kerja. Biasalah ramai perempuan cantik jugak. Aku jadi lemah wey. Kalau tengok perempuan cantik ni, aku rasa nak tolong dia apa yang dia buat. Dia jatuh aku nak tolong angkatkan. Ha gitu. Aku rasa macam dorang ni cantik sangat aku nak ada je dengan dorang. Aku tengok muka dorang buat aku happy gila. Bahagia gila. Tak macam ni pun bila aku tengok lelaki.
Sekarang dekat U dah. Tempat ramai perempuan cantik weyyyy. Tapi kali ni aku rasa lagi terseksa. Aku ingat aku dah move on tau. Dah lepas tau dari kes dengan kawan time sekolah aku dulu. But this time, aku jumpa sorang lagi. Kitaorang tak rapat mana pun. Kitaorang satu kelas kok. Tapi bila aku tengok muka dia ni. Aku rasa macam aku nak tengok muka dia all the time tau. Bila aku tengok muka dia, aku rasa aku nak jaga dengan dia. I want to be there whenever she needs me. Hati aku lemah. Aku asyik teringat dekat dia je. Bila dapat tengok muka dia aku senyum sorang sorang. Kadang aku sedar benda ni tak betul. Time aku sedar tu mula laa aku rasa nak menangis sebab geram sangat dengan diri aku. Kenapa aku macam ni ha. Aku selalu rasa aku tertarik dengan perempuan. Setiap kali aku nampak perempuan cantik, aku berlawan dengan diri aku sendiri so that aku tak jatuh hati dekat dia. Aku sedarkan diri aku yang aku ni perempuan. Susah weh. Susah gila. Aku selalu takda mood bila benda ni kena dekat diri aku.
Dari luar orang nampak aku macam perempuan biasa eventho aku ganas sikit. Tapi dalam hati aku ni, setiap kali aku jumpa orang cantik ke apa, aku berlawan dengan diri aku sendiri. Aku sedar aku perempuan. Macam mana perasaan aku nak jatuh hati dekat perempuan ni boleh ada. Aku bukan takda rasa dekat lelaki. Ada kot. Tu yang aku tak paham pasal diri aku ni.
Nasib baik roommate aku bukan taste aku. Kalau dia taste aku, memang aku lingkup kot kena mengadap dia hari hari all the time.
– HA
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Weh. Scarynya baca cite ko ni. Aku yg prmpuan pun takut bila baca confession ko ni. Mcm psycho pun ade
Weh. Scarynya baca cite ko ni. Aku yg prmpuan pun takut bila baca confession ko ni. Mcm psycho pun ade
hahaha…lawak la..sy saran kan awk tgk cite korea…byk lelaki “cute” ..dr situ slow2 awk suka kan lelaki.. :-P
Nak kawan ta salah, biasela manusia sukakan kepada kecantikan baik lelaki ataupun perempuan. Kau jangan jatuh hati sudah le! Lari fitrah oi..
Nak kawan ta salah, biasela manusia sukakan kepada kecantikan baik lelaki ataupun perempuan. Kau jangan jatuh hati sudah le! Lari fitrah oi..
cantek2 gambar admin. bubuh dalam kolum confession ni. saya suka
sis perlu banyakkan amal. jaga solat awak waktu, Quran dan zikir hari2 kene jaga. kemudian doa sungguh2. nangis2 doa merayu minta Allah bantu selesai kan masalah. apa shj masalah yg ada. kalau x blh nangis, pura2 nangis. Allah tahu yg sis ada masalah. Allah boleh selesaikan tp Allah tgh tunggu dan lihat sis kembali dan mengadu kpd siapa. jadi kembali kpd Allah ye.Allah Maha Mendengar. Allah suka apabila seorang hamba yg memohon dan meminta ampun kerana hamba tersebut tahu bahawa tiada tuhan yg blh mengampunkan selain drpd Allah SWT. kemudian tundukkan pandangan. bercakap apabila perlu. sentiasa dan sentiasalah basahkan lidah dgn zikir.
You either need to get laid or get a life.