DARI MASLOW KE GAZA – The Wisdom of Seeking Knowledge

Alhamdulillah dengan confession hari tu, (https://iiumc.com/cara-aku-skor-120-dalam-exam-report/) ada yang dah berhasrat nak sambung belajar semula. It’s good to know about it. I’m proud of you.

Semoga perkongsian aku tu bermanfaat lah. Kalau tak menjadi, mungkin korang boleh buat anjakan paradigma tersendiri mengikut arus masa dan mekanisme terkini.

FYI, masa tu zaman 3G. Sekarang dah 13G (Hotbird13) (setakat yang aku tahu lah).

***

Aku respon ikut Most Relevant commentator lah.

SHORT-COURSE

Seperti yang terpapar kat dinding asrama aku dulu:

“Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.”

Usman Awang 1979

Bagi yang nak cari short-course, atau mungkin boleh PJJ, atau boleh je korang study apa-apa saja course untuk melengkapkan pengetahuan korang, even kau buat diploma semula ke, ambil sijil kemahiran ke, tak ada masalah. Selagi, kau nak berilmu.

Kerjaya ni part of it saja, ada orang tak belajar pun berkerjaya, gaji belasan hingga puluhan ribu sebulan.

Belajar ni satu investment, sesuatu orang tak boleh dicuri bila kau dah kaya dengan ilmu. Orang curi pun dia tak hilang, malah berkembang. Ini bak kata Robert kiyosaki dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad’.

Even aku tak setuju dengan beberapa kata-kata dia tentang pelajaran, yang mana dia condemn ayah dia seorang PhD. Kalau ayah dia tak ada PhD, ekosistem pendidikan akan lari track dia, dan mungkin Rich Dad dia pun tak boleh kaya. Sebab orang sibuk nak berperang.

Sebab tu, kita kena “luaskan kolam jiwa” bak kata Dr Azizan Osman. Kita kena ikhlaskan diri kita, bak kata Hazama dalam skrip movie “Tiada Tajuk” arahan Mawi.

Ikhlaskan diri untuk belajar, not just for kerjaya. Kalau kau Right Time but Wrong Place pun tak jadi juga. Wrong Time Right Place pun sama. Ini soal Takdir dan Rezeki.

Belajar ni supaya selain kita tak jumud, kita tak buka pekung sendiri bila berkata-kata atau berkomentar. Juga untuk mengukuhkan iman kita dan kembali pada Allah. Bak kata logo UTM “Dari Tuhan Untuk Manusia”.

Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)

[Source: https://lecturerikbn.blogspot.com/2011/05/guru-ilmu-dan-pahala.html%5D

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

[Source: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-109: KELEBIHAN MENUNTUT ILMU, https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu%5D

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

[Source: https://harakahdaily.net/index.php/2022/09/21/menuntut-ilmu-adalah-jihad/#:~:text=RasulullahS.A.Wbersabdayangbermaksud,berjihadfisabilillahsehinggaiakembali.%5D

Yang jadi aku hunger nak study sebab aku terbaca satu buku, tentang kisah kota baghdad yang rakyatnya sangat suka membaca dan menuntut ilmu, sanggup gadaikan apa sahaja, walaupun nak mendapatkan 1 buku. Memetik juga:

“Sebagai sebuah kota yang menghimpunkan ribuan atau mungkin jutaan ilmu pengetahuan manusia yang bertaraf global, ibukota Kekhalifahan Abbasiyah ini turut menggalakkan dan mengalu-alukan kunjungan para sarjana dan ilmuan dari seluruh dunia yang diketahui.”

Source: Tumbangnya Kota Umat Islam Baghdad Ke Tangan Mongol, https://thepatriots.asia/tumbangnya-kota-umat-islam-baghdad-ke-tangan-mongol/

Juga yang menjadi inspirasi aku, adalah rakyat Gaza, Palestin sekarang ni, kat sana tengah perang, bom jatuh anytime je atas kepala, syahid bila-bila masa, makanan tak ada, ubat tak ada, rumah tak ada. Kalau kita, apa bantuan yang kita harapkan? Ofkos, makanan dan ubat-ubatan.

Tapi korang ada tengok Live pengedaran bantuan di Gaza? Selain makanan, pakaian, ubatan. Tak tinggal langsung buku-buku, punyalah obses diorang untuk belajar walaupun disaat genting macam ni.

Bukan tu je, diorang pergi kat runtuhan-runtuhan bangunan semata-mata nak pergi cari buku je. Fuh! Ilmu ni untuk diorang juga keperluan asas yang mungkin Abraham Maslow tertinggal untuk rakyat Gaza.

Kalau dari sudut pandang Piramid Maslow berkenaan education, dia kata, kalau lapar pelajar tak boleh fokus.

“If a person is hungry, they will ignore any other wants or wishes to focus on satisfying their hunger. If a student is hungry, they could exhibit distracting or rule-breaking behavior because education is not their priority – hunger is. “

Source: https://educationlibrary.org/maslows-hierarchy-of-needs-in-education/

Sebaliknya apa yang jadi kat Gaza, maybe Education adalah seumpamakan makanan untuk diorang. So kalau tak ada education, pelajar tak boleh makan. Maybe. Ini POV aku je lah. Mungkin ada prof kat luar sana boleh jelaskan.

Cuma aku kat sini nak relate tentang BIG WHY pelajaran itu penting. Dan you should ambil anytime, anywhere. Jom study!

***

Soal ADAB,

Aku tak pasti, bila bermulanya student kurang beradab di kolej/U terhadap lecturer. Bukan kata semua, tapi mostly.

Ini ikut experience aku dengan student yang sama2 batch dengan aku sekarang ni. Punyalah biadab.

Dibola-bolakan lecturer ni, dalam kelas ke, dalam whatsapp group ke, dibuatnya macam kawan. Even maybe korang kawan dengan lecturer tu diluar. Tapi kena professional bila didalam kelas.

Tanpa guru siapalah kita.

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

Usman Awang 1979

[Source: https://lecturerikbn.blogspot.com/2011/05/guru-ilmu-dan-pahala.html%5D

Bila lect buka soalan, tanyalah soalan-soalan yang menaikkan semangat lect dan bagi persepsi positif pada kau, bukan tanya baju raya warna apa, langsir warna apa, kuih raya jenis apa. Tak respect langsung kau dengan subjek yang lect ajar ye.

Tak ada kaitan, kau personal whatsapp pun boleh. Sekarang ni kau dalam kelas, dan dalam subjek. Orang lain mungkin seorang yang tak berani buka mulut atau blur. Senang cerita dari mula kelas sampai habis, dengar, tengok dan baca. Masih blur, what’s going on?.

Datang kat kau, tanya soalan yang tak membina langsung. Macam kau masuk kelas memasak atau tatahias je tanya soalan macam tu. Nak tackle lect dalam kelas? Sorylah, kau wrong channel.

Tujuan kau study untuk apa? Lebih baik jadi pak guard Kolej/U. Hari2 kau boleh tanya soalan-soalan macam tu kat lect. Ambil je shift 24jam. Yang ni ada peluang untuk kau cari jodoh. (Bukan nak hina pak guard pulak, ini contoh)

Nak berpakaian pun mesti ada dress codenya:

“Muslim or otherwise, and dictates that both men and women should keep torsos covered; shirt sleeves, if short, should come down to the elbow (for women, long-sleeved tops are preferable), while shorts or skirts should extend down to the knee (long trousers are ideal). Figure-hugging clothes are often frowned upon, particularly for women.”

Source: Culture and Etiquette in Malaysia
https://www.roughguides.com/malaysia/culture-etiquette/

Setiap apa yang kita buat ada etika dia menunjukkan kita ni orang yang ada peradaban (civilization). Even aku bukannya orang yang baik sangat, sangat santun, pun tidak. But for me, the utmost, is berguru. Adab dengan guru yang paling-paling aku utamakan.

فإنَّ الوالد سببُ الوجود الحاضر، والحياة الفانية، والمعلم سبب الحياة الباقية

Maksudnya: “Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru adalah sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya.” [1]

(Rujuk Ihya’ Ulum ad-Din: j1, h55)

Parent ofkos kita akan respect, ada ulama yang meletakkan guru setaraf parent. Dan ada juga meletakkan guru melebih parent. Ulama yang kata;

“Tambahan lagi, para ulama meletakkan kehormatan guru itu setaraf dengan kedua ibu bapa bahkan ada sebahagian mereka mengiktiraf kemuliaan guru lebih tinggi dari kedudukan ibu bapa. “[2]

[1][2] Source: AL-KAFI #1787: LARANGAN MEMPERSENDAKAN GURU
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4753-al-kafi-1787-larangan-mempersendakan-guru

***

POINTER, JADUAL & AI

Confessor bukan pandai pun, tak pandai, hanya ikut je apa yang lect nak, tak faham tanya, tak faham tanya sampaila lect kau pencen, kalau tak faham lagi, pergi rumah dia, siram pokok bunga, tanya. Cat rumah, tanya.

There’s nothing PANDAI, melainkan kau memenuhi spec yang diperlukan. Contoh customer mintak buat karipap, takkanlah kau buat tepung, letak kentang atas dia, then submit. Ofkoslah, rate kau 1 star je.

Kalau karipap tak sedap, tapi kau hantar pantas, kau buat solid, cantik, wangi, dan sebagainyalah and mungkin siap kau hantar 14 jenis sos untuk dicicah, aku rasa, kalau ada 10 bintang, sepuluh-sepuluh tu kau dapat rate tu. Walaupun tu hari pertama kau belajar buat karipap. Who knows.

Macam tu lah cerita dia.

Biasa aku jaga pointer, mana subjek aku boleh push, aku push kaw-kaw walaupun cuma 1 credit hour. Peduli apa tentang subjek compulsory ke core ke, tak kisah. Kita hentam je gila-gila mana yang kita boleh produce gila-gila.

Aku tak ambil port pun markah exam ni berapa percent, assignment berapa percent. Yang aku tahu, dapat task, umpama kita ni journalist yang akan menghasilkan majalah, semua sisi dikupas secara komprehensif.

Tipulah tak cukup masa, buat apa kau tahu kewujudan AI, tapi kau tak guna. Guna Ai untuk memudahkan susunan kerja kau, kau boleh mintak AI macam ni:

“Tolong saya susunkan satu jadual untuk saya siapkan tugasan saya, tugasan saya mempunyai 10 subtopik, susunkan yang mana saya perlu buat dahulu, sediakan tarikh, hari dan masa untuk saya siapkan tugasan ini, disamping saya mempunyai kerja hakiki 8 pagi hingga 5 petang pada weekdays dan halfday pada sabtu dan cuti pada Ahad.

Buatkan saya jadual bagi memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan yang akan berakhir pada 30 disember 2030. Tambahan saya ada anak 8 orang untuk diuruskan, 5 orang kembar perlu diberi susu setiap 4 jam, salin lampin, 3 orang perlu hantar ambil tuisyen pada waktu malam. Dan saya perlukan waktu berhibur 2 jam setiap minggu untuk tonton movie dan berenang.” [contoh]

Ini cara saya utilizekan AI bagi menyiapkan tugasan, juga menjawab persoalan berkaitan PEMBAHAGIAN MASA dan PENGGUNAAN AI dalam komentar.

AI yang disarankan adalah:

Analisis – Harpa AI (Free)
Research source – CoPilot (Microsoft) (Free)
Gemini – untuk realtime information (Free)
ChatGPT – yang free, update latest 2022 je.

Ada lebih 15k jenis AI yang mungkin mencecah 1juta AI secara keseluruhan buat masa ini. Dan hampir 4000+ pekerjaan dah digantikan dengan AI.

AI ni, aku buat untuk special case macam benda yang kalau aku fikir je, rasa nak tidur. Haha, lebih-lebih lagi berkaitan jadual. Tak larat nak fikir. Aku akan guna AI.

Untuk pembacaan, aku cadangkan kau minta AI sediakan link rujukan then kau bacalah sendiri dan fahamkan. Jangan direct copy paste, sebab AI ni hanyalah maklumat terkumpul didalam satu-satu framework sahaja yang kesahihannya belum diketahui.

Sebagai contoh kau try minta resepi masakan yang sedap. AI pun tak pernah makan, macam mana dia nak tahu sedap ke tak. Sebaliknya, hanya ambil rating-rating dari orang lain, compile kan dan jadikan artikel.

Rating orang tu tak spesifik sebagai contoh tekak orang asia, tekak orang berbintang Sagitarius, tekak orang mempunyai aura merah dan sebagainya.

So, kesahihan, hanya kaulah yang mendapatkannya melalui pemahaman kau dalam research tu. Itu baru namanya belajar.

Lepastu, bolehlah guna AI untuk membetulkan tatabahasa kau, contoh macam penulisan aku yang tak tersusun ni. Aku nak kekal begini, supaya penulisan aku boleh mendekati orang-orang berjiwa orang kampung dan taklah hanya fokus pada cendekiawan atau macam orang nak submit report. Haha..

Formula dia itu je
POINTER = ‘Karipap 14 sos’
JADUAL = AI

***

ELECTRONIC ENGINEERING

Untuk course electronic Engineering, tengok pada aim korang. Nak kejarkan apa. Macam aku dulu tak ada arah tujuan sebenarnya. Yang aku tahu, follow to the flow je apa yang cikgu aku cakap.

Aku cari course yang paling murah dan silap-silap dapat elaun pulak. Kat situ aku start. Maklumlah kerja dengan gaji SPM di kampung, berapa ratus je. Nak beli baju tiap-tiap bulan pun tak mampu, inikan nak sambung belajar.

Jadi, kalau kita susah, kita buat cara kita susah. Apa peluang yang datang kita sapu. Lulus tak lulus belakang cerita, hebat tak hebat belakang cerita, 4flat ke tak flat belakang cerita. As long as, kau dapat ilmu yang kau cari. Kalau still tak cukup, there is kau akan start mencari dan terus mencari sehinggalah ke akhirnya.

Bagi yang tak ada aliran sains, kau boleh je masuk IKM, IKBN, KKTM, dan Institut Kemahiran yang lain, Ada yang sediakan Diploma, ada yang sediakan SKM. Bergantung pada aim kau lah nak jadi apa. Kedua-duanya bagus dan bermanfaat.

Dari Institut Kemahiran, kau dah boleh ke UniKL and then after that, kau dah tahu nak kemana dengan apa aliran yang kau ada sekarang.

Aku pun dulu dari aliran Akaun masa SPM. Haha. Kena build baliklah dari zero, sebabnya masa kita sekolah dulu, cikgu ajar, kita main jet pejuang kat belakang. Tapi tak rugi pun, even kau 2-3x repeat benda yang sama bila tukar institut. Kau jangan kira buang masa, sebab kau dapat ilmu.

Ingat lagi, yang aku petik daripada kata-kata Imam Al-Syafie dalam confession lepas:

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: “Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”

Source: Adab Syarat Penting Cari Ilmu, Berguru dalam Islam
https://www.ikim.gov.my/index.php/2005/05/19/adab-syarat-penting-cari-ilmu-berguru-dalam-islam/

Story dia, untuk yang baru nak jenguk-jenguk course, nak menghala ke mana. Kau jangan ikut cakap orang. Diorang tak tahu kau mampu buat apa dan jenis kepala yang macam mana. Ikut je cakap cikgu kau, tentu-tentu dah dia nak tengok kau berjaya. Dan dah tentu-tentu dia faham sangat perangai kau dan potensi kau.

Sebab satu hari dia nak bagitau kat kawan-kawan dia, “Yang berjaya tu, anak murid saya lah.”

(Al-Fatihah untuk arwah lecturer aku, yang bersusah payah hantar aku interview, yang recommend kan nama aku.)

Tentang repeat benda yang sama, aku pun ada ambil course yang sama, tapi bertarikh untuk tahun mutakhir. Tak ada apa, tujuannya hanya nak tahu benda yang mungkin tak ada dalam silibus aku dulu, so boleh tampal mana ilmu yang berlubang.

Nak kata untuk cari kerja, aku dah tak berada di zon mencari kerjaya. Sekarang ni adalah zon untuk aku kekal relevan.

Sama macam kau dengar ceramah agama, tak semestinya kau nak jadi guru agama.

Semoga menjawab persoalan yang mungkin bermain diminda.

– insanbiase (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *