The Surge

Salam sejahtera semua. Aku yakin sekarang masyarakat kita dah lebih memahami tentang mental health. Aku pun sama, tapi aku dulu tidak.

Tahun 2015 berkahwin dengan isteri yang aku dah kenal sejak dari sekolah menengah. Bila berkahwin of course ada up and down dia sama macam masalah rumah tangga yang lain.

Selepas masuk tahun ke-2 berkahwin kami dapat tahu yang isteri aku ada masalah jadi dia punya chance untuk hamil amat lah tipis.

Aku tenangkan dia, aku cakap dengan dia tak apa kita ikhtiar cara lain.

Tapi dia stress, dia selalu cakap dia nak ada anak. Aku pun pujuk dia lagi dan cakap tak apa kita tunggu insha Allah ada rezeki.

Dari sini aku amat naif tentang mental health. Pada tanggapan aku oh isteri aku tengah dalam fasa sedih terima news tu.

Akhirnya, masuk tahun ke-3 kami berkahwin.

Sejujurnya, pada aku semua okay berjalan lancar dan tak ada masalah. Walaupun masih gagal untuk dapat berita tentang kehamilan tapi pada aku kami berdua ni okay.

Mak dengan ayah aku tak ada push dia pasal anak dan mak ayah isteri aku pun tak ada push dia pasal anak sebab isteri aku ni dia anak tunggal.

Hujung tahun 2019 isteri aku meninggal dunia. Punca kematian dia aku rasa kalian sendiri dah boleh agak dia depressed dan ambil keputusan untuk end it.

Masalahnya aku tak perasan aku cuma rasa isteri aku okay dan hubungan kami okay.

Yang tahu punca kematian sebenar aku mak ayah aku dan mak ayah arwah isteri aku.

Saudara mara yang lain kami cuma kasi tahu sebab dia ada lain. Aku pun nak taknak terima hakikat isteri aku dah tak ada dan benda ni memang salah aku. Sebab sepatutnya aku tahu.

Selepas hampir setahun isteri aku meninggal waktu ni aku dah terlambat tapi cuba lebih macam get into the mental health diseases.

Aku pun macam bergaul dengan mental health community lagipun waktu ni 2020 tahukan covid.

Jadi aku pun tahu pasal satu yang diorang panggil “the surge” dia ni macam warning atau petanda yang seseorang tu dah decide untut tamatkan.

Dia ni macam mana, bila orang tu dia selama ni low energy, depressed dan setiap hari memang motivation low tiba-tiba jadi semangat, happy, gelak ketawa.

Aku bila dapat tahu tu terus aku teringat balik dan ingat sangat seminggu sebelum isteri aku meninggal dunia dia betul-betul happy.

Isteri aku ni sejujurnya dia seorang introvert dan aktiviti kami berdua ni selalunya introvert type of activities.

Aku ingat lagi sebulan dua dia selalu penat, senyum pun payah, cepat ngantuk letih.

Tiba-tiba dia happy bangun pagi ajak aku pergi jalan dia cakap rasa macam nak bercuti aku ni naive dan pada aku okaylah benda ni boleh ceriakan.

Ambil urgent leave dan kami drive merata pergi tempat sekolah kami belajar, tempat dulu kiranya macam reminiscing the old memories.

Isteri aku ketawa, gelak aku dalam hati ini bagus mungkin isteri dah decide nak “healing” tapi seminggu kemudian.

Bila aku baca kes rupanya ramai yang macam ni beberapa hari sebelum kejadian diorang jenis elok happy tapi tiba-tiba.

Sebab itu kita selalu dengar kan orang cakap “tapi dia okay happy senyum keluar apa semua tak ada pun nampak dia nak buat itu semua” rupanya itu petanda.

Sekarang aku teruskan hidup seorang diri. Rasanya menyesal dulu aku tak kisah hal mental health.

Kalian yang luar sana jaga diri elok-elok. Check bukan setakat physical tapi mental sekali. Jaga diri.

– Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *