Assalamualaikum
Adik-adik, kisah perjodohan adalah rahsia Allah. Kalau ia belum datang menjenguk kita, walau bagaimana telah kita cuba sekalipun, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Putus asa bukan sifat mukmin sejati.
InsyaAllah akak nak share kisah sendiri. Kisah akak kecil, tapi moga ada manfaatnya untuk adik-adik yang masih risaukan tentang jodoh.
Akak, seorang perempuan biasa, phd holder, menjaga batas pergaulan dan periang. Tinggal dengan ayah dan nenek kerana emak sudah meninggal dunia sejak kecil. Sepanjang umur 34 tahun ini, pernah beberapa kali dirisik tetapi kesemua lelaki menarik diri kerana rasa kurang keyakinan diri dengan status akak sebagai phd holder. Akak tak pernah rasa bahawa tahap pendidikan akak adalah isu dalam rumahtangga. akak berlapang dada kerana akak faham bahawa jodoh belum sampai.
Pernah juga makcik-makcik dan kawan-kawan akak aturkan date untuk akak dengan alasan kenal-kenal dulu,keluar makan,tengok wayang, kenal hati budi bagi calon mereka. Tapi sesungguhnya perkara begitu tak pernah terlintas untuk akak buat. Even nak letak gambar dalam FB pun, akak tak selesa, inikan pula keluar berdua, calling dan messaging.
Dan bagi akak sendiri, lelaki yang setuju untuk keluar berdua dengan akak tanpa ikatan yang sah adalah calon yang perlu akak tolak awal-awal. Bukan begitu caranya. Akak letakkan syarat mereka datang ke rumah akak, minta izin untuk kenal di rumah orang tua akak. Tapi, dalam kebanyakan mereka, seorang pun tak pernah berani datang :')
Nenek dan ayah akak pula,masih anggap akak ni macam anak kecil sehinggakan mereka tak pernah risaukan hal perjodohan akak. Sehinggalah satu hari, apabila nenek dan ayah akak nak tunaikan haji, akak tergerak sangat untuk bercakap hal jodoh dengan mereka. Akak cakap tahun depan, akak nak kahwin. Tapi sesungguhnya akak tak ada seorang calon pun masa tu.
Mereka senyum bila akak mengaku yang akak belum ada calon. Akhirnya, kami bersepakat untuk sama-sama bersolat hajat sepanjang permusafiran mereka ke tanah suci dengan hajat yang sama; memburu calon menantu/suami. (nenek yang beri cadangan sebab ustazah di tempat nenek akak mengaji pernah suggest cara ini) Setiap malam mereka mesej bila mereka nak tunaikan solat hajat. Mereka di tanah suci, akak di Malaysia. Setiap malam selama berminggu-minggu. Ada beberapa kali juga kami terlepas solat bersama.
Sehinggalah seminggu sebelum mereka pulang dari tanah suci..
Tiba-tiba akak dapat satu email daripada seseorang. Yang rupa-rupanya telah baca blog akak sejak akak di zaman universiti lagi.
Katanya ingin taaruf di rumah bersama orang tua akak. Disertakan semua personal detail dan link tentang dirinya. Facebook. Web office. FB adik beradiknya (untuk kesahihan), blog, dan apa saja link berkaitan dirinya (termasuk link berita tentang kemalangan yang ada gambarnya membantu mangsa secara sipi-sipi.Perlu ke?) :')
Perenggan terakhir emailnya lebih kurang begini (dia tulis dalam english) "Maaf kalau cara saya tidak meyakinkan. Tapi mohon beri peluang pada pembaca blog sejak 2003. Saya menerima xxxxx (nama akak dalam blog) seadanya . Sebagaimana xxxxx menjaga diri untuk tidak dipertonton di alam maya, seteguh itulah keyakinan saya bahawa xxxxx seorang yang menjaga diri dan maruah". Akak menangis. Sebak. Malam itu akak tidur dengan satu perasaan yang tak pasti. Akak hanya mahu peluk nenek.
Akak istikhorah.
Seminggu lepastu akak beri jawapan.
Nenek dan ayah akak balik, dia beranikan diri untuk datang. Seorang saja. Sopan . Berani. Jelas. Walaupun soalan-soalan ayah kepadanya ibarat pakcik polis dan pesalah, tetap juga dia jawab dengan tenang. Untuk beberapa bulan seterusnya, ayah akak dan nenek lah yang 'menjalankan penyiasatan' kepada bakal menantunya itu. Akak serahkan semua pada mereka. Kerana akak ni anak perempuan tunggal, ayah akak sangat protective.
Itulah kali pertama kami bertemu. Kali kedua bertemu, insyaAllah minggu hadapan untuk bernikah.
Raya nanti kami akan diijabkabul. Paling akak syukuri ialah bagaimana eratnya kemesraan antara kedua-dua belah keluarga, terutamanya antara ibu bapanya dan bapa akak.
Ada dua perkara yang akak nak highlight disini:
a) Doa parents sangat ajaib. Antara kita dan ibu bapa, jangan ada rahsia, terutamanya tentang perancangan kehidupan. Sebenarnya kita hidup di dunia ini, kebahagiaan yang kita kecapi adalah hasil doa-doa ibu ayah kita. Mudahnya kehidupan kita, hasil rayuan dan tangisan mereka dalam doa yang panjangkepada Allah.
b) Kadang bila kita rasa macam 'tak laku',kita ada tendacy untuk merobohkan atau mencairkan dinding prinsip sebagai muslimah sejati. Kita mula membanjiri wall kita dengan gambar-gambar kita (walhal sebelum ni tak pernah pun), mula layan lelaki, mula tonjolkan diri dengan ketawakuat-kuat untukdapatkan perhatian dan lain-lain.
Buat semua wanita muslimah, teruslah menjaga diri kalian. InsyaAllah, di satu masa yang telah Allah aturkan, Allah hadirkan seorang lelaki dengan cara paling terhormat.
Akak doakan semua pembaca akan mengecapi kebahagiaan masing-masing. Doakan akak juga.
Belum dan tidak berjodoh, bukan bermakna bahagia menjauh.
Kakakmu,
Illiyyin
– Iliyyin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aini Suhada hihi kene sruh umi doa banyak ni yong
Nnt royak ko ummi tuu
Aini Suhada Mohamad Fauzi hahhahah berehh
Maisarah Mohd Hussaini
Thanks akak. Sy duk fikir masalah tak laku je lately ni. Cuba cari alasan untuk jd diri sendiri (walaupun saya bukan type muslimah)tp takut stay tak laku pulak. Now dah jumpe rasenye. Thanks akak
Siti Hajar Fadzliana Yahya :-)
Thanks ucucucucucucuu….hehe..?
Aku tau ni style ko. Raya dtg umah. Iman tggu aunty hajar..hee
Noor Jaini
Semoga dipermudahkn sgl urusan akak n family.Selamat pengantin baru akak..
Anis Anis Nursabrina Zulfikri Nur Sakinah Othman
Norsyaza Mohamad Nurul Liyana Wahab
Syerah Zaimi baca nie..good reading
Tag aku gak tun. Haha
Najwa Zulkiflee jom usaha.
Iya. Ramadhan masih berbaki. Jom doa doa doa Najwa Zulkiflee
Mahira Mayadi
Very inspiring. Harapnya dapat membantu kalau tak banyak, sikit, dalam Mardhiah Rushdi membuat keputusan. Doa dan restu ibu bapa itu yg paling penting. Kalau kita shj sukakan dia tp dia tak boleh ‘tawan’ hati mak ayah kita, tak boleh jgk..maka, fikirkan dan buat keputusan yg paling baik, ok syg? I’m here for u if u need me, In Shaa Allah ?
Has Teena Nurazira Mohd Nor Ibah Hasan
Nur Wan :)
Nur Wan :)
Nadirah Al-Zarafi jgn ada rahsia dgn ibubapa..
Iya. Kena reveal lah? Jap pm
Barakallah akak.. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.. dan terima kasih atas perkongsian ni.. Sedikit sebanyak ada jgk yg berbekas di hati..
Another good confession from iium..again, sedih dgn confession page u sndiri
Go ajes sambung 2nd degree kat uum…
Fatin Pidly….
Buat adindaku tersayang.. Sakinah Dahalan..
May Allah ease dear… we always pray for you <3
Lyateen
Nuratiqah My nice2… jgn pnh rasa diri x laku okeh..
dia ingat ank dia budak hingusan gamaknya. haha
Marina Halik
Nana Rjay
Suriati Tatie
Semoga bermanfaat
Leya Sofya, Sirotulnaimah Naimah, InsyaAllah yang terbaik menanti
Terima kasih utk doa cikgu. Selamat hari raya. Ampun maaf dipinta..huhu
Selamat Hari Raya juga Leya Sofya. Maaf jika ada yang mengguris secara sengaja dan terguris secara tidak sengaja dari dahulu hingga sekarang. Halalkan yang terlebih dan terkurang.
aamiin
Nursuriani Hazman Nur Farahiyah Mat Ghani Mcqah Samsudin Mdam Jemy Siti Fadilah Ibrahim focus yg highlight
Risau dgn perasaan ‘tak laku’ tuu. Bila bace confession ni ase Allah nk pelihara diri ini hingga betul2 jmpe org yang betul.
Cekin Abdullah be positive cm akak ni