Dear Mentee, Baca Ni!

Sorry, confession aku ni untuk menasihati mentee aku sebenarnya (dengarnya dia suka baca IIUM Confession). Dia ada sedikit kesukaran nak menyesuaikan diri di tempat kerja, jadi aku berharap penulisan aku yang agak huru-hara ni dapat jugak menaikkan sedikit semangat dia nak terus bekerja.

Aku Danial, bekerja sebagai jururawat ICU/HDU di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka di utara tanah air. Berpengalaman selama tiga tahun, dan ini tahun pertama Ward Manager aku mengamanahkan seorang mentee untuk berada di bawah jagaanku. Ada mentee ni korang tau-tau jer lah, agak susah. Nanti mentee kita ada buat kesalahan, kita juga yang berkongsi tanggungjawab itu. Tapi mentee aku ni (perempuan) jenis hati tisu sikit. Kena marah sikit, menangis, buat muka. Suka bersungut…. Gaji tak setimpallah, workload banyakla, etc. Tapi aku juga perasan ni adalah satu penyakit yang banyak aku Nampak dalam diri junior-junior aku (bukan dia saja). So, yeah….

Sikit latar belakang aku, aku ni belajar memang tak pandai. Dulu time sekolah (di sebuah sekolah berasrama penuh) aku sorang jer yang result SPM teruk dalam satu sekolah tu…. Aku cuma dapat 4A jer, dan pecah rekod sekolah sebagai pelajar pertama dalam sejarah sekolah tersebut yang ada agregat C dalam satu mata pelajaran. Tapi alhamdullilah, dapat jugak offer ke matrikulasi. Time ni belajar still lagi main-main, jadi program matrikulasi yang sepatutnya disudahkan dalam masa setahun, aku habiskan dalam masa 2 tahun (aku budak repeat). Time ni jugak, hangat dalam surat khabar yang kita ni memerlukan lebih banyak jururawat lelaki di Malaysia, terus aku sign up di sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur untuk program Ijazah Kejururawatan. Macam biasa, sebab aku ni noob, belajar tak pandai (dan banyak main-main) program yang ambil masa 4 tahun nak habiskan tu telah Berjaya aku habiskan dalam masa 6 tahun….. dengan keputusan Second Lower Class (Alhamdullilah).

Nak dijadikan cerita, memang rezeki aku kot, first time interview terus dapat kerja dengan gaji basic RM1300 sebulan d hospital yang aku kerja sekarang ni.. Aku ni dengan sedar diri keputusan yang tak seberapa tu pun terus terima kerja bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Rasanya para jururawat dapat rasa kot apa yang aku rasakan seterusnya (atau aku ni jenis syok sendiri) aku ni susah sikit nak cepat tangkap apa yang orang ajar kat tempat kerja… ye la, dengan keputusan pelajaran aku kat universiti yang so-so tu, sudah menjadi tanda aras yang basic knowledge aku tak kuat… nak-nak baru fresh grad dan terus kena campak masuk setting ICU/HDU. Aku time tu hari-hari kena bambu, sampai satu tahap banyak senior boikot aku sebab pada diorang aku ni sangat susah untuk diajar. Ward Manager aku pun give up, sampai nak tukarkan aku ke department lain. Aku bertahan sebab mentor aku time tu kuat mempertahankan aku time tu, so aku stay di ICU/HDU. Yes, aku memang banyak berhutang budi dengan mentor aku… thank you akak!

Budak-budak lain yang saing ngan aku masuk kerja semuanya di confirmkan dalam masa 3 ke 6 bulan bekerja… aku? AKu ambik masa setahun. Setahun beb nak kena confirm! Until then, ada banyak elaun yang sepatutnya aku dapat tapi tak dapat. Even ada junior aku yang yang kena confirm dulu daripada aku. Malu beb! Memang aku ada rasa kecil hati, tapi bila aku reflect balik, mungkin jugak sebab aku ni tak perform kerja. Masuk tahun kedua kerja, aku dah stabil, dah boleh buat kerja. Masuk tahun ketiga, Ward Manager yang sebelum ni sebelah mata pun tak pandang, dah bagi aku mentee untuk aku jaga… hehe!

Point aku cerita semua ni bukannya apa. Just nak sampaikan kat mentee aku ni, mula-mula time baru nak kerja ni memang susah. Tak biasa rutin kerja, apa yang doktor mahu, apa yang patient perlukan. Lama-lama benda ni akan jadi biasa. Kena marah dengan doktor? Perkara biasa. Kena marah dengan patient? Biasalah tu. Workload banyak? Part ni aku malas nak komen… ahahah. Tapi kau tu bijak nak compare dengan aku (kau pelajar dekan kot), antara sebab kenapa Ward Manager letakkan kau bawah aku rasanya. Kau cepat tangkap apa yang diajar, dengan skil komunikasi yang bagus ( I admire your English, seriously!). So tak payah nak stress, stress. Toughen up! Jangan jadi sayur sangat. Aku yang orang pandang rendah ni boleh survive, takkan ko tak boleh. Kalau tak tahan sangat pun kerja kat sikit, aku mintak kau bertahan jer untuk at least setahun dua. Ambik kesempatan dengan status hospital ni sebagai hospital ‘tertiary’ makanya kau boleh belajar kes-kes yang kompleks dan cara pengurusannya. Lepas tu kalau kau nak blah, kau blah lah. Aku yakin dengan pengalaman yang kau ada tu kau boleh survive dengan jayanya di tempat lain. Aku ni pun lepas jaga kau memang aim nak bekerja ke luar Negara. Sebab aku terima kau sebagai mentee pun sebab nak rasa pengalaman ada mentee, tu ja!

Sorry, aku bebel banyak. Chiow!

– Danial

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *