Hi and thanks admin sebab approve cerita aku (if dah di approve lah).
Aku ni student fourth year medicine di sekian sekian universiti. Hehe rahsia sikit. Tapi aku nak share dekat budak-budak IIUM or even semua rakyat Malaysia yang membaca post ni sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari prof aku.
Sebagai medical student, most of the time kitaorang ni spend masa di hospital , bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor ni, lagi lama diorang berkhidmat lagi banyak cerita diorang suka share. Aku pulak jenis suka dengar cerita orang, so memang kena sangat lah.
Okok nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah aku dalam bilik doktor menanti patient datang.
After a while, ada seorang perempuan kurus lingkungan umur 30-an dengan seorang laki maybe suami dia masuk bilik.
Perempuan ni, aku letak nama samaran as Temah lah untuk senang cerita. Temah ni datang hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat jugakla dia datang hospital , katanya sebab dia ambil ubat batuk beli dekat farmasi je sebelum sebelum tu. Dia dah pergi bahagian general medicine, tapi takde perubahan so dia dirujuk ke bahagian Surgery.
Doktor check akak ni throughly. Ambil sample sana sini, suruh pergi ambil x-ray bagai(kalau bagitau details jadi panjang pulak, so aku cerita ala kadar je ye) Aku perhati je akak ni, seriously kurus yang amat.
Sambil sambil tunggu keputusan report lab pesume. Akak Temah ni bercerita la pasal cuti sekolah nanti keluarga dia inshaAllah nak bercuti. Dia cerita pasal anak-anak kecil dia. Meanwhile laki dia yang nampak bosan tu tetibe keluarkan rokok dari poket and mintak izin nak keluar bilik doktor kejap.
Sampai je report lengkap dari semua jabatan, aku jenguk fail patient tu. Tertulis,
"Small lung cell cancer stage IIIb"
Ya allah kanser dia dah advanced
Doktor try sampaikan berita kanser, dia terdiam kejap and then terus menangis depan kami time tu. Blank jugakla aku time tu taktau nak buat apa.
Doktor try nak tenangkan dia tapi akak Temah ni tak berhenti-henti nangis. Dia cakap dekat kami,
"Apa salah saya sampai kena macam ni?"
Sebak gila kot tengok. Ikutkan hati aku pun nak nangis sama.
Lepas tu dia sambung lagi cakap,
"Saya solat 5 waktu macam muslim lain, saya tak pernah lawan cakap mak ayah dengan suami saya. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?"
Bunyi dia macam terus hilang harapan eventhough tak mula treatment pun lagi. Doktor dengar je luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik tu. Suami dia? Still tengah merokok dekat parking lot hospital gamaknya.
Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing dekat aku and cakap dia kesian dengan orang baik macam tu.
Dia takde buat salah tapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain.
Doktor kata memang makin berat ujian kita sebenarnya Allah makin sayang dekat kita. Tapi tak semua orang perasan benda tu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif and secara waras on that time. Biasalah manusia.
Patient takde yang masuk lagi time tu, so dia reveal la one of the factor kanser patient tadi.
"Suami dia smoker"
"Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar macam mana pun, suami dia tu still dedahkan dia dengan asap rokok. Dalam rumah"
Aku terdiam.
"Suami dia light smoker. Merokok untuk isi masa lapang je. Tu yang buat saya rasa bertambah kesian dengan akak tadi"
Aku pun tanyalah kenapa.
"Sebab light smoker ni bukan ketagih dengan rokok pun. Diorang ni just nyalakan puntung rokok tu as a habit. Habit sebenarnya senang nak buang. Disebabkan dia tak buang habit tu, dia tingkatkan risk dia and akak tadi kena kanser."
Terkejut gila aku dengar perkataan habit " seriously?"
Doktor tu sambung lagi
"Yes. Habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress nyalakan rokok, bila tengah tunggu bas nyalakan rokok, bila tengah tunggu lunch nyalakan rokok. Its a habit. Habit that might kill someone"
Aku jadi marah bila dengar pasal facts habit ni. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari amik nikotin.
Tapi habit. Habit kills people that you love.
Guys aku pun dulu smoking. Heavy smoker pulak tu. Tapi aku dah stop. Kalau a heavy smoker boleh stop, why not you guys?
Ah kau nak cakap nanti bila tak merokok , kawan kawan kau ejek sebab nampak tak cool? Weh seriously lembik lah weh kalau kau rasa inferior kawan kawan ejek.Lantakla kawan kau nak ejek ke apa ke.
Nak kata sebab susah nak stop? Oi ingat sikit aku heavy smoker pun survive stop rokok ok. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai weh. Seksa. Tapi aku survive.
Dalam al-quran pun dah kata jangan memudaratkan diri.
"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu"- Surah An-Nisaa' ayat 29.
Pastu sila rajin sikit bukak al-quran baca surah al-Baqarah ayat 195. pun terangkan oasal jangan binasakan diri.
Aku bukan ahli ulama' nak haramkan rokok tapi aku pesan dari segi agama jangan lah kau nak memudaratkan diri.
Mungkin kau tak kena tapi orang lain boleh kena.
P/s: Dear akak Temah, please be strong. Dear smoker on habit please stop smoking and chew a gum instead – Said the Surgeon incharge.
Nota kaki: Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut tu semua takdir Allah. Mahu ada kena terajang dengan aku.
– Student Nerd
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nafis Danial
Siapa nak try berhenti merokok tu boleh la cuba ke smoking cessation clinic, insyaAllah mungkin boleh membantu.
Dlm uia xde kan? Htaa ade eh?
Kat htaa, under respi clinic. Uia tak sure
Pcc xde. I baru tanya 1 or 2wks ago. Hehe. tanyekan utk pt. hopefully new hosp ada
Hopefully in the future ada la nanti
Zulhilmi Aris baca betul2 okay
Kamarul Ridzuan Imran Danial Ahmad Kamil Safiuddin Nizam Ahmad Hakimie Khairi Syazwan
Mohd Safri Arif
Asmam Maswan
Muhamad Nabil Rosdan,plz stop kawan
Lukman Raz Hafizi Wmp ,baco nih !
Pesakit2 saya di clinic memang majority lelaki. Dekat depan pintu klinik saya, saya tampal ‘dilarang merokok sebelum berjumpa doktor’. Sebabnya, walaupun diorang smoking kat luar and masuk kat bilik rawatan saya, saya masih terdedah sebagai 3rd hand smoker. There is an increase risk for me to have lungs diseases, etc. To smokers, walaupun you smoking kat luar rumah, and then masuk ke rumah, isteri and your children pun akan terdedah kepada risiko sama seperti mereka merokok. Kanak2 yang ayahnya merokok, akan mudah mendapat jangkitan atau penyakit paru2. Mereka kalau sakit lambat baik. Kajian dah menunjukkan racun rokok mengubah kemampuan badan untuk memperbaiki kerosakan pada DNA. Sampai tahap macam tu sekali racun dalam rokok menjahanamkan kita. Saya pernah buat postmortem banyak kali masa saya medical student berbelas tahun dulu. Kalau perokok, paru2 mereka memang teruk, habis hitam. Siap ada tar meleleh keluar kat saluran pernafasan lagi. Dalam hati saya, Allah bagi pinjam badan kita ni. Bukan hak kita. Bila kita mati, macam tu ke kita nak pulangkan pada Dia. Tak ke kita bukan orang yang tidak bersyukur.
Kalau ada keinginan untuk berhenti merokok, bincanglah dengan doktor masing2. In shaa Allah kami bantu. Merokok ni satu ketagihan yang sukar untuk diatasi jadi bantuan pihak yang berkenaan akan memudahkan usaha murni. Berubahlah demi diri dan keluarga kita tersayang.
Marni Tahirah
Ahmad Arif please share utk bg amaran pd mereka2 yg bkenaan..
Mohd Suhaimie
Nijam Ajam
Dr buatlah stu statement khas utk perokok ni..Sya ni naik menyampah dah dgn kwn skrja perokok..aduh sakit jiwa lama2..lagi rela dok keje dgn pmpn..diorg tu ckgu..tpi sya dh hlg respek..citer bab agama mglahkan mufti..tpi rokok jdi habuan..mcm2 artikel psl rokok sya bgi kt group.tpi x jalan jgk..
I dah ada status recently kat my FB regarding smoking and heart disease. You can add me if you would like tu. And boleh tag your friends.
Hearing Damage plezzz…
Khairul Anuar bce komen ni
Rafhil Zainal baca ni.. X boleh jugak ye bg sp2 yg br lps merokok pgg anak.. Sayang anak kne tegas.. Ke nk tgk ank duduk ward lg?
Doc Rusyainie Ramli sayq nak share komen doc ni dekat wall post saya. Saya kredit doc ye..
Muhamad Aiman
Norasidah Agman, silakan.
Mohdjamin Karmun
Bc x?
X lg..
Bc smp abis
Ahmad Faris Hakim
Haniffa Gedung Height
Fendi Mokhtar
Aiman Raji thanks for not smoking. You’re brilliant. May Allah bless youuuu
May Allah bless us all
@kejuganu Nazifi Izzat
Supik Receng
thanks..
Nick Afiq
Faizal Beaugust
King Afafaqih
Nusran Che Soh take note please
Saya sayang awak Muhamad Syafiq
Hairee Syam worth a reading and thought. Think before smoke. Please.
Muhammad Danial Afiq
Al Azhar Amer Amirrudin
Azrini Yusuff
Huhu. Mitok jauh laa keno mcm2
Tu la..it runs in the family already..mitok xkena smpai gini..huhu
Lia Gomezz II..kabo kat Izz Dinnz jgn merokok depan anak isteri, dpn org ramai..leh kena cancer..huhu
Iszuwan..kalu syg diri sendiri stop smoking..bleh kena cancer
Akmal Mario Azizi baca niii
Farah Jilmalyn
Tak payah cakap dlm rumah..kedai makan tempat org makan pon ade yg dok hembus2 tnpa sgan silu.. tmpt org mkn kut… siyes aku mnyirap. Yg hisap rokok ni, tlg hisap jauh2.. bia ko je yg sakit, jgn nk sebarkan kt org lain.. ko tggung dosa taw x sbbkn org lain skit.. btw rokok tu pon dh haram. Xreti lg ke? Muhun die sorg2…
Yg ni aku pun menyirap. Dah terang2 nampak kita pegang baby lg nak hembus2 asap kat meja kita. Selfish & ignorant!
Aku pernah nampak tukang masak dekat kedai makan pun merokok sambil menyediakan makanan dalam dapur derang. Kecik hati tgk.
Betul tu, kdai2 makan mmg x leh elak. btw, hati kering mna rasa bersalah.
Pernah mengamuk hempas meja kot bila org sebelah selamba sembur asap rokok kat baby kita. Bab sound org merokok ni mmg dah selalu la.
Kannn….bab kat kedai makan hembus asap rokok kat meja org lain tu mmg rasa nak mengamuk. Benci kat smoker sbb hati diorang terang2 jahat.
Mohd Syakir Hani Safwan Mohd Isha
Mat Nor Arip
Mohamad Ashman .. Nah hadam..
Morsidi Ab Bakar
Norshahimy Marhaban
Alhamdullillah sejak wife lahirkan anak pertama, dgn izin Allah saya berjaya berhenti merokok, sbb tak nak org lain kena side effect.
Moga Allah merahmati tuan
hrp suami sy mcm tu…aamiin…
Muhd Reduan light smoker or heavy smoker, dua2 membahayakan kesihatan
Farah Fafai
Rahim Abdul asap rokok yg melekat kat baju, badan pn bahaya. Jgn isap rokok taw. ✌
AzanWazanSyukur Hamzah
Kesian temah..
Sarep Dol
My father used to smoke, sampai tahap aq tengok cm best je merokok ni so aq try, yup mmg best poof poof keluar asap tp lepas tu batuk2 la haha n mase tu aq kecik lg like 7-8 tahun…. But then bile adik pompuan aq start asthma dia makin serious (dia xbole dgn sebarang jenis asap, keta ke rokok ke) ayah aq cuba benti merokok sbb sayang anak punye pasal, tp pasal ayah aq bkn perokok tegar pun, so senang je dia benti… Me? Well aq merasa je tp aq xjadikannye tabiat sbb aq sendiri pun xtahan ngan asap rokok… The point is, nak benti ni bole je sbnrnye, cume ikut niat kte kuat ke x….
Shidi Mohd Yunus read n digest ye syg
Sallehuddin Mahadi Sabri
ayah aku dulu heavy smoker,pagi petang siang mlm smoke…sehari 1-2 kotak…satu hr arwah tokwan aku masuk wad,mase tu umo dye 87 tahun…masuk icu sbb sakit tua…doc kata kt mak aku ckp mmg xde harapan tp jantung dye elok ja..naseb baek x smoke..sejak hr tu ayah aku agaknya terasa kot….terus dye perlahan berenti smoke…hari2 beli kuaci…aku pon join skali la…hahaha..alhamdulillah dh lbh 15 tahun abah berenti smoke…
Smoker ni kdg2 dye perlukan satu triggers ( pencetus ) utk sbbkn dye berenti smoke…kuat or x je nk berenti…
Mohamed Farhanuddean Ahmad Najib
Siang Ke Mung baca.
Umar Mukhtar Muhamad Nordin
Haliza Baharun
Abu HIsyam ☺️☺️