Dear Smokers.

Hi and thanks admin sebab approve cerita aku (if dah di approve lah).

Aku ni student fourth year medicine di sekian sekian universiti. Hehe rahsia sikit. Tapi aku nak share dekat budak-budak IIUM or even semua rakyat Malaysia yang membaca post ni sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari prof aku.

Sebagai medical student, most of the time kitaorang ni spend masa di hospital , bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor ni, lagi lama diorang berkhidmat lagi banyak cerita diorang suka share. Aku pulak jenis suka dengar cerita orang, so memang kena sangat lah.

Okok nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah aku dalam bilik doktor menanti patient datang.

After a while, ada seorang perempuan kurus lingkungan umur 30-an dengan seorang laki maybe suami dia masuk bilik.

Perempuan ni, aku letak nama samaran as Temah lah untuk senang cerita. Temah ni datang hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat jugakla dia datang hospital , katanya sebab dia ambil ubat batuk beli dekat farmasi je sebelum sebelum tu. Dia dah pergi bahagian general medicine, tapi takde perubahan so dia dirujuk ke bahagian Surgery.

Doktor check akak ni throughly. Ambil sample sana sini, suruh pergi ambil x-ray bagai(kalau bagitau details jadi panjang pulak, so aku cerita ala kadar je ye) Aku perhati je akak ni, seriously kurus yang amat.

Sambil sambil tunggu keputusan report lab pesume. Akak Temah ni bercerita la pasal cuti sekolah nanti keluarga dia inshaAllah nak bercuti. Dia cerita pasal anak-anak kecil dia. Meanwhile laki dia yang nampak bosan tu tetibe keluarkan rokok dari poket and mintak izin nak keluar bilik doktor kejap.

Sampai je report lengkap dari semua jabatan, aku jenguk fail patient tu. Tertulis,
"Small lung cell cancer stage IIIb"

Ya allah kanser dia dah advanced

Doktor try sampaikan berita kanser, dia terdiam kejap and then terus menangis depan kami time tu. Blank jugakla aku time tu taktau nak buat apa.

Doktor try nak tenangkan dia tapi akak Temah ni tak berhenti-henti nangis. Dia cakap dekat kami,
"Apa salah saya sampai kena macam ni?"

Sebak gila kot tengok. Ikutkan hati aku pun nak nangis sama.

Lepas tu dia sambung lagi cakap,
"Saya solat 5 waktu macam muslim lain, saya tak pernah lawan cakap mak ayah dengan suami saya. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?"

Bunyi dia macam terus hilang harapan eventhough tak mula treatment pun lagi. Doktor dengar je luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik tu. Suami dia? Still tengah merokok dekat parking lot hospital gamaknya.

Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing dekat aku and cakap dia kesian dengan orang baik macam tu.
Dia takde buat salah tapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain.

Doktor kata memang makin berat ujian kita sebenarnya Allah makin sayang dekat kita. Tapi tak semua orang perasan benda tu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif and secara waras on that time. Biasalah manusia.

Patient takde yang masuk lagi time tu, so dia reveal la one of the factor kanser patient tadi.

"Suami dia smoker"

"Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar macam mana pun, suami dia tu still dedahkan dia dengan asap rokok. Dalam rumah"

Aku terdiam.

"Suami dia light smoker. Merokok untuk isi masa lapang je. Tu yang buat saya rasa bertambah kesian dengan akak tadi"

Aku pun tanyalah kenapa.

"Sebab light smoker ni bukan ketagih dengan rokok pun. Diorang ni just nyalakan puntung rokok tu as a habit. Habit sebenarnya senang nak buang. Disebabkan dia tak buang habit tu, dia tingkatkan risk dia and akak tadi kena kanser."

Terkejut gila aku dengar perkataan habit " seriously?"

Doktor tu sambung lagi
"Yes. Habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress nyalakan rokok, bila tengah tunggu bas nyalakan rokok, bila tengah tunggu lunch nyalakan rokok. Its a habit. Habit that might kill someone"

Aku jadi marah bila dengar pasal facts habit ni. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari amik nikotin.
Tapi habit. Habit kills people that you love.

Guys aku pun dulu smoking. Heavy smoker pulak tu. Tapi aku dah stop. Kalau a heavy smoker boleh stop, why not you guys?

Ah kau nak cakap nanti bila tak merokok , kawan kawan kau ejek sebab nampak tak cool? Weh seriously lembik lah weh kalau kau rasa inferior kawan kawan ejek.Lantakla kawan kau nak ejek ke apa ke.
Nak kata sebab susah nak stop? Oi ingat sikit aku heavy smoker pun survive stop rokok ok. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai weh. Seksa. Tapi aku survive.

Dalam al-quran pun dah kata jangan memudaratkan diri.

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu"- Surah An-Nisaa' ayat 29.

Pastu sila rajin sikit bukak al-quran baca surah al-Baqarah ayat 195. pun terangkan oasal jangan binasakan diri.

Aku bukan ahli ulama' nak haramkan rokok tapi aku pesan dari segi agama jangan lah kau nak memudaratkan diri.
Mungkin kau tak kena tapi orang lain boleh kena.

P/s: Dear akak Temah, please be strong. Dear smoker on habit please stop smoking and chew a gum instead – Said the Surgeon incharge.

Nota kaki: Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut tu semua takdir Allah. Mahu ada kena terajang dengan aku.

– Student Nerd

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

518 Comments

  1. Aku sgt risau kalau terbau tempias asap2 rokok.dok mngenang anak2 yg masih kecik yang paru2 depa sgt xkuat..yg tua pon blh kena kanser tb bagai baby apatah lagi..n tambahan aku ada history family asma n lelah,,biasa aku akan bwk anak aku lari jauh2 …selagi mampu n terdaya..

  2. zaman skrg dah ramai sedar & stop smoking.. saya tak pernah smoke tapi tak pernah kondem mana2 smoker. kalo diorg ada niat nak stop tu kita sokong bg moral support..

  3. Rokok – hahhh… bukan lung cancer je…ayah aku isap rokok surya dari muda smpai la skrg umo 58 tahun.. kena sakit jantung, doc suruh berhenti isap rokok tapi taknak. degil. alasan dia, tak isap rokok pun nanti mati jgk.. sbb mati tu pasti.. huh.. aku takleh bidas dah..

  4. Nazhiim Adli Redzuan sayangilah insan yg menyayangi anda . ” Please stop smoking and cgew a gum instead ❤ ” #bulanromadhonbulanmulia #nasihatutkkebaikan #katakanTAKkepadarokok #saynotocigarettes #lifelonger #loveyourownbody #loveothers #mariselamatkanplanetdaripadaasaprokok #kamisygsemua #selamathariraya #ampunmaafdiminta

  5. Time papa aku meninggal, aku form 2, yg bongsu xsilap baru 3 tahun..

    Papa kene TB.. Ingat lagi, masa papa mula² meninggal, mama pesan jgn ckp papa ada sakit TB.. Nnt xde org nk kawan..

    Papa dlu sehat.. Badan tough.. Saiz XXL.. Hujung² tu saiz S.. Masuk ward.. Kuruss..

    Ingt masa sekolah ada kempen taknak merokok.. Aku bgtau papa,
    “Pa, Cikgu cakap bahaya merokok”
    Papa reply
    “Pernah tngok org sakit/mati sebab rokok?”
    Well, xsempat nk bg jawapan tu dkt dia. Heheee..

    Lepas papa meninggal, satu family kne g spital amekinjection.. Nk tngok sapa kne TB.. Adik aku yg time tu 5 thn kne infection.. TB tulang.. Ingt lg, tulang jari dia reput. Kne operate.. Then kne makan ubat nonstop setahun. Klu stop kne ulang balik setahun.. Memandangkn dia baru 5 tahun, nak g hospital amek ubat boleh tahan menunggu.. Sbb dorng kne prepare ubat tu utk jadikan syrup.. Adik aku tu, smpai skrng dia kurus kering jek.. Tak berisi mcm yg lain..

    Alhamdulillah la.. Sblm papa takde, dia sempat beli rumah.. Cuba bayang klu xsempat beli rumah? Mama time tu dah xkeje sbb papa sakit², mama jaga papa.. Adik bradik 6 org.. Cuba bayangkn klu Xde rumah sendiri?

    Nasihat saya, klu xmampu brenti merokok, korang prepare la apa yg wajib utk anak/bini korang incase korang “dijemput” lebih awal.. Sebab yg akan teruskn hidup ni, anak/bini korng.. Korang dah dijemput dah.. Yg hidup kne terus hidup.. Lagi² zaman skrng ni.. Please, take step. Jgn leka sangat..

  6. Rindu doctor saya. Nasib dah berhenti merokok sebab taknak beli flight ticket korean air punye pasal. I miss you. We will meet again at seoul :(

  7. Cerita lah keburukan merokok pun..tpi bnda haram tu jga jdi ikutan..seriously aku mmng benci dgn perokok ni..skali dpt plak kwan skrja yg perokok..dhlah perokok malas plak tu…org merokok sllu curi tulang wktu bkrja..fizikal pun lembik je mengalahkan perempuan…kdg2 aku tgok akak2 kt tmpt kerja aku lgi cergas dan buat keje brat dri perokok ni..bila diaorg merokok kt blik rehat aku mula naik menyampah..rasa nak sumbat je puting rokok tu kt mulut diorg..apsal lah bnyk2 bnda yg haram ni disumbat kt mulut..itu blum lgi puting rokok dan hbuk2 rkok yg bersepah..mcm2 dh nasht tpi mmng x jalan..tggu mati kot bru jalan..ada je ftwa ckp psal rokok, aku pun hntr kt whatsup group..tpi muka diorg wat dek je..kalau ada gtng Ryong ke mjlis2 kt tmpt kerja diorglah pling pemalas..dok lepak tepi isap rokok..hmmmm..mmng stress hdap org perokok ni..

    • Setuju! Kebanyakkan perokok mmg camtu. Tambah2 bulan posa ni, melepek nk tido je keje mngalahkan org pompuan yg morning sickness. Kebanyakkan nya la..xkata semua smoker ye.

    • Nak tambah lg..blh..
      Perokok ni ada yg jenis x reti bahasa xde hati perasaan kemanusiaan.
      Once, kat kedai makan. Me n my children duduk mkn and then dtg sekumpulan lelaki duduk kt meja sebelah. And they smoke! Apekejadahnye. I was there before them but x hormat langsung dgn kita yg ada anak2 kecil.

    • kadang2 ade jugak yg tak merokok tapi kurang adab..macam mengutuk di media semasa memkhinzir buta… hahahahaha melawak…

  8. Kebanyakan smoker ni, mane nak fikir dngan org skliling.. Kebanyakan eh.. Not all.. Ape dorg tau, nak smoke je.. Kang kita tegur, melenting pulak.. Jadi gaduh smua.. Kalau nak smoke, harap telan asap2 tu skali.. Kesian kt org lain..

  9. Maaf mencelah, seriusly x dapat idea langsung macam mana tabiat merokok boleh hilangkan stress? Sedangkan banyak lagi cara lain untuk hilangkan stress tanpa membahayakan keselamatan dan kesihatan. Boleh siapa2 terangkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *