Defensive

Maaf sebab aku confess ni.

At least aku tulis kat sini, harapnya hilanglah dia dr bermain2 kat pikiran aku. Ni jugak sebenarnya untuk aku muhasabah. Tapi harap orang lain pon boleh sama2 renungkan.

Aku just nak share penilaian aku tentang manusia. Yang mana kita manusia mmg xsuka dgr nasihat. Sebab apa? Sebab nasihat, point out kelemahan kita.

Dan bagaimana reaksi kita bila dengar nasihat. Bagi orang yang ikhlas mahu perbaiki diri, insyaAllah dia akan menerima nasihat dengan baik.

Tetapi bagi yang tak mahu faham, dia akan mula memberikan alasan untuk memandang baik perbuatannya, dan meletakkan salahnya pd si penasihat.

Antara alasannya, "cara kau nasihat xbetul", "tarbiah cara sentap ni salah", "kau kena cuba faham keadaan aku", "kau ckp senanglah", n byk lg lah.

Kdg2 kita bersangka buruk pd si penasihat, -> "dia ni tak habis2 judge aku".

Well, aku boleh kata normal la tu sebab majoriti masyarakat kita mmg berperangai mcm tu. Tapi dekat sini, aku rasa attitude kita, kita kena ubah.

Instead of bagi alasan mcm2 untuk membela diri sendiri, lebih baik kita ckp "insyaAllah". Dan berdoa dalam hati, "Ya Allah, jika benarlah seperti yang dikatakan si polan ni tentang aku, maka bantulah aku memperbaiki diri aku, semoga aku dapat menjadi orang yang engkau redhai."

Ni opinion aku, maaf kalau korg tak setuju. Aku bukan apa, aku selalu nampak status orang yang menghukum atau mengkritik method2 nasihat (aku tak kata salah, kdg2 ada betulnya) tapi amat jarang orang kritik si penerima nasihat.

Kita kadang terlupa nak cek diri kita sendiri, dan merasakan yang masyarakat hanya tahu menghukum.

Bagi aku lah, kadang2 tu it's not about the method. But it is the heart. Wallahualam.

Moga Allah perbaiki hati2 kita supaya di hari kiamat nanti kita akan bertemu Allah with a sound heart! Allahumma aamiinn…

– Tak sempurna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *