Derhaka Allah Bayar Cash

Selamat malam semua. aku just nak ceritakan tentang kisah silam aku yang telah aku buat sehingga aku menyesal sehingga sekarang. aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama. bapaku seorang yang sangat tegas. aku dididik dgn agama dari kecil. Di awal usia 7 bulan aku telah di pasangkan tudung. seawal tadika aku diletakkan di taska islamic. dulunya aku seorang yang suka hafaz al-quran sewaktu di sekolah rendah. namun bila di sekolah menengah semuanya berubah.

aku di letakkan di sekolah agama berasrama penuh. tanpa pengawasan ibu bapa aku bagai di landa “culture shock”. aku bukanlah nakal dari segi dadah dan sebagainya tapi aku nakal di sebabkan cinta dunia. bermula kisah percintaan aku dgn lelaki yang aku gelarkan sebagai ali. aku first time bercinta katakan. sayang giler laa kat mamat ni. masa sekolah kan x fikir pun mana baik mana buruk. go on je apa yang ada depan mata. sampailaa satu hari aku dan mamat ni terlanjur. time tu aku rasa nak gila. x tahu nak buat apa. nasib x mengandung. dari start tu laa aku dh pandai keluar malam dari asrama. dh pandai pergi dating tempat sunyi. almaklumlaa baru keluar dari gua.

sampai satu masa ibu dan ayah aku kena panggil oleh pengetua sebab dating. aku memang sayang giler dgn mamat tu hingga aku sendiri xda duit. ntah apa yang mamat tu bagi sampai aku jadi terlalu liar. hari berganti hari mamat tu habis belajar dari sekolah agama tu. aku pun terkapai kapai laa seorang diri. then aku makin liar ponteng sekolah, panjat pagar sekolah, keluar malam. aku buat gitu sebab aku rasa kosong. yela kan hidup x solat ni hati rasa kosong.

satu hari aku lari dari sekolah sebab aku rasa mcm penjara. aku ikut mamat tu balik rumah dia. yang aku nampak masa tu dia jaa boleh selamatkan aku. bapak aku memang jenis baran laa. aku selalu je kena pukul oleh bapak aku sebab terlalu nakal. bila di fikir balik dia buat camtu sebab xnak aku terpesong dengan lebih jauh. ok back to story, aku memang ikut mamat tu balik. lepastu bapak aku marah laa then dia suruh kita orang kahwin. tapi aku xnak. lepastu kami kahwin jugak, sebab desakan.

masa hari pernikahan aku dgn mamat tu mak aku xde. aku tahu mak aku sangat sedih dgn pernikahan kami. dia x dtg sebab dia terlalu kecewa. kerana akulah satu satunya anak perempuan yang mereka ada. selepas akad nikah berlangsung bapak aku nangis semahu mahunya. aku masatu x faham kenapa. sebab umur masih dalam belasan tahun semasa hari perkahwinan. lepas saja akad nikah bapak aku terus balik tanpa melihat kebelakang. sekarang aku faham kenapa.

mamat yg aku kahwin ni kerja buat rumah org. nasib ada spm dapat laa mintak kerja lain. aku ajak mamat ni tinggal kat rumah mak bapak aku sebab nak pujuk mak bapak aku terima dia then tolong mamat ni dapatkan kerja. mak bapak mana x sygkan anak kan. bapak aku tolong si mamat ni. tapi lepas beberapa tahun aku diceraikan oleh mamat ni.

disinilah kisah bermula hidup aku jadi huru hara. aku ditinggalkan sehelai sepinggang. tahu x sapa yang kutip aku masa kena tinggal. of coz laa mak bapak aku sendiri. aku sambung belajar aku berhenti setengah jalan sebab stress. then aku carik jalan pulang nak bertaubat. tapi x semudah yang di sangka. effect dari aku derhaka kepada org tua masih lekat sehingga sekarang. bila aku nak sambung study kadang x dapat. ada masanya aku dibuang oleh pihak kolej. terlalu banyak kolej yang aku masuk semua x menjadi di sebabkan kisah silam yang menghantui. aku disisihkan oleh keluarga yang lain. ramai yang hilang kepercayaan kat aku. aku hilang segalanya sekelip mata. aku dh cuba berubah alhamdulilah masih istiqomah. sehingga sekarang aku masih belum tamatkan pengajian. effect dari zaman lampau masih ada sehingga sekarang. nasi dah menjadi bubur. xda apa yang boleh di ubah. derhaka dgn parents Allah bayar cash di dunia. iktibar untuk anak anak yang baru menginjak usia. jangan jadi mcm aku. dh xdpt buat apa-apa. semua Allah tarik.

– seorang pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *