derhaka kah aku?

assalamualaikum

nak tanya pendapat anda semua,
salah ke saya menghalang ibu saya berhubungan dengan kekasih lama a.k.a suami orang?

sebelum sy teruskan, sy bukan pelajar UIAM. tapi, saya merupakan salah satu pelajar tahun akhir di salah satu R.U

bukan niat ingin membuka pekung di dada tapi, ini lah hakikatnya..
ibu saya merupakan ibu tunggal selepas ayah saya meninggal 13tahun lepas..
semuanya elok belaka di dalam keluarga kami sehingga lah ibu saya berhubung dengan kekasih lamanya.. semua porak peranda bila ibu lebih memilih meluangkan masa dengan kekasih berbanding anak-anak.. boleh dikatakan ibu pegang handphone 24jam! keluar rumah setiap masa! memang kalah orang muda yg bercinta!

saya menghalang perkahwinan ibu dgn kekasihnya bila saya dapat tahu kekasihnya itu tidak jujur dengan isteri pertamanya, tidak jujur dengan kami..

kekasih ibu ada bagitahu bahawa isterinya mengizinkan perkahwinan mereka dan menjamin tidak akan ada masalah selepas mereka berkahwin.. namun, saya tidak percaya dan saya mengambil tindakan drastik untuk berjumpa dgn isteri pertamanya..

dari perjumpaan dengan isteri pertamanya itu, sy tahu banyak perkara tentang kekasih ibu sy..
isterinya ada bagitahu, sebelum ni suami dia pun pernah ada perempuan lain.. satu per satu rahsia sy dapat tahu..
sehinggakan sy rasa jijik dengan mereka berdua! apa yang sy boleh ringkas kan chats mereka (ibu dan kekasihnya) penuh dengan nafsu! ibu dan kekasihnya hadir juga pada waktu itu, dan lebih banyak rahsia yang sy tahu.. ibu sy sendiri dgn lelaki tu tak jujur dan menipu kami semua.. isteri pertama meletakan syarat “pilih antara saya dan dia, kalau abg pilih dia, lepaskan saya”
lelaki tu pilih isterinya dan meninggalkn ibu saya..

walaupun banyak buruk ibu sy yg sy tahu.. tp, sy sedia memaafkan dia tp, sebaliknya, saya telah di usir dari rumah sebab ibu saya membenci saya atas tindakan saya.. kakak -kakak tidak dapat membantu sebab mereka jauh bekerja..
ibu juga menyumpah yang sy tidak akan bahagia.. menyumpah saya anak derhaka..

saya bukan ingin membuka aib ibu tapi, ibu saya sendiri tidak cukup solat 5 waktunya. tidak pernah berganti puasa yg di tinggalkan atas sebab haid di bulan Ramadan..
tp, kata-kata ibu masih menghantui sy.. adakah salah sy menghalang? saya pernah cuba berbincang dan menegur ibu tetapi, dia menengking sy dan berkata ” hidup aku, suka hati aku lah”

saya tertekan dengan perangai ibu saya.
dan saya juga tidak senang dengan sumpahan dia.
bantu saya. nasihati saya. tapi, jangan mencerca ibu saya.

– Ayuzawa Misaki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit