Derhaka

Nama aku Sara. Aku ada ramai adik-beradik. Arwah ayah aku dah lama meninggal semenjak aku sekolah lagi. Dah berbelas-belas tahun. So, yang ada sekarang ni cuma mak aku seorang je. Mak aku pun dah tua. Dah pencen.

Aku sendiri tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Aku ada 3 orang kakak. Aku sebenarnya tak ada masalah pun dengan kakak-kakak aku ni. Lagipun masing-masing dah besar. Dah kahwin dah pun. Cumanya aku kurang berkenan dengan sikap kakak aku yang seorang tu. Aku bukan nak burukkan dia, tapi aku sedih tengok perangai dia macam tu. Aku harap sangat-sangat Allah beri petunjuk kat dia supaya insaf.

Berbalik kepada tajuk cerita ni, aku bukan nak hukum kakak aku tu sebagai anak derhaka. Tapi, apa yang dia buat dekat mak, memang menunjukkan yang dia tu anak derhaka. Mak langsung tak boleh tegur dia. Apa je yang mak tegur, mesti dia melenting. Siap tengking-tengking mak sambil bercekak pinggang. Pernah sekali tu mak tergur dia masa dia tengah makan. Terus dia melenting. Dia hempas mangkuk kaca yang dalamnya ada makanan yang dia tengah makan. Habis pecah mangkuk kaca tu. Bersepah rumah. Masa tu, aku nampak mata mak berkaca. Aku tahu perasaan mak. Mak diam je masa tu. Nanti kalau mak bersuara, lagi parah aku rasa. Aku tak boleh buat apa-apa.

Entah la, mungkin dari kecil aku dah dilarang untuk masuk campur hal orang besar. Benda yang aku tak buat salah sekalipun, aku tak ada hak nak pertahankan diri aku. Nanti, kakak-kakak dengan abang-abang aku akan cakap, “Kecil-kecil dah pandai melawan”. Ya, aku tahu aku ni adik je. Dari kecil, aku dah lali dengan ayat tu. Sampai satu tahap, aku dah malas nak ambil tahu pasal hal keluarga aku. Bila kakak-kakak atau abang-abang aku balik rumah mak, aku lebih selesa berkurung dalam bilik. Aku cuma tunjuk muka masa salam tangan dorang je. Kalau kat rumah, aku lagi selesa buat hal aku sendiri. Kalau aku duduk berdua dengan mak masa tu, baru aku berborak dengan mak. Mak selalu juga cerita pasal perangai kakak aku yang pelik tu. Aku dengarkan je la. Tapi aku tak ada nak cerita kat sana sini.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, banyak lagi benda yang kakak aku tu buat kat mak. Kalau nak cerita kat sini, panjang lebar pula. Kakak aku tak boleh tengok kalau mak lebihkan anak-anak yang lain. Aku pun tak faham apa masalah dia. Padahal mak layan anak-anak mak sama rata. Mak tak berat sebelah pun. Kalau dia nakkan sesuatu daripada mak, kemudian mak tak nak tunaikan, bersiap sedia la. Perang besar akan berlaku. Dia akan cari punca sampai ke lubang cacing, kenapa mak tak boleh tunaikan permintaan dia tu. Nanti mula la dia cari kesalahan adik-beradik yang lain. Dia tuduh bukan-bukan pasal adik-beradik yang lain. Dia akan mengadu kat kakak aku yang lagi seorang tu (anak sulung) macam-macam, kononnya mak lebihkan orang itu, orang ini. Tujuan dia cerita kat Along sebab dia tahu, Along akan tegur perangai mak. Nampak tak permainan dia kat situ?

Baru-baru ni, dia gaduh dengan mak. Dia cakap macam ni, “Orang stress la duduk kat rumah ni. Menyampah tengok muka mak. Mak tu ada je tak puas hati dengan orang. Sebab tu orang tak pernah nak lekat duduk kat rumah. Benci duduk kat rumah. Orang tak sabar nak keluar dari rumah ni. Nanti orang takkan datang jumpa mak dah”. Aku sendiri terdiam bila dia cakap macam tu. Kebetulan masa tu, aku pun ada kat tempat kejadian, dengan aku-aku sekali kena sound. Apa entah salah aku? Aku tak buat apa-apa pun, kena marah. Puncanya, dia ingat aku mengadu kat mak yang kasut aku hilang bagai sebab dia pakai. Ya Allah, dengan nama Allah, aku tak ada mengadu kat mak atau sesiapa pun. Aku cuma tanya mak, ada nampak ke tak kasut aku tu. Itu je. Bukan aku mengadu pun.

Kalau korang sendiri baca pasal kakak aku ni, korang rasa kakak aku ni anak derhaka ke tak? Aku doakan Allah ampunkan dosa-dosa dia dekat mak. Aku risau satu je, anak dalam kandungan dia tu. Aku takut anak dia yang bakal dilahirkan tu, ikut perangai dia. Oh, lupa nak bagitahu, kakak aku tu dah kahwin (perangai sebelum kahwin dengan selepas kahwin masih masa, tak berubah). Tapi dia masih lagi tinggal dengan mak sementara waktu.

Sekian~

– Sara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit