Desperate Nak Kahwin

Assalamualaikum semua. Namaku Ayuni berumur 28 tahun.

Macam tajuk di atas aku sangat desperate nak kahwin sebab aku dah terlanjur dan sangat takutkan dosa zina akan berulang kembali.

Bf aku sekarang dulu senior kat sekolah. Kitorang rapat awal tahun ni.

Makin lama kenal ada beberapa red flag tapi aku sabar dan sedar aku pun bukan baik sangat.

Salah satu contoh dia seorang yang cemburu buta. Aku online kat FB je pun dia cakap aku chat dengan lelaki lain.

Kalau ada masalah memang aku di block terus walaupun bukan salah aku.

Aku akan merayu dan terus merayu untuk betulkan hubungan kami balik.

Aku akui aku yang selalu nak jumpa dia.

Sebab selalu dia akan block aku and aku terus ugut nak jumpa. Dia kerja jauh dari tempat aku.

Kalau jumpa memang dia akan mengalah dan soft spoken.

Itulah sebab nya kenapa kalau ada masalah aku terus nak jumpa depan2 untuk fix masalah kami.

Aku paksa dia kahwin sebab aku rasa aku dah kategori wajib kahwin.

Aku takut makin lama makin banyak dosa yang kami buat.

Tapi dia suruh sabar sebab duit tak cukup lagi.

Aku dah cuba nak bantu untuk duit hantaran tapi dia cakap sabar sabar sabar.

Aku kalau boleh nak kahwin dalam masa terdekat. Puas aku pujuk tapi respon dia kadang ok kadang tak okay ntahlah.

Aku tau masalah dia cuma kewangan. Tapi salahkah kalau aku berusaha untuk halalkan hubungan kami daripada terus terus buat dosa.

Hal family pulak. Keturunan kami memang selalu hantaran 20k++ tapi aku dah pujuk parents untuk tak payah tetapkan apa2 dan ikut kemampuan lelaki.

Dorang dah setuju dan minta keluarga lelaki datang bincang. Aku rasa aku dah memudahkan apa yang patut tapi dia hmm ntahlah.

Sebelum ni aku pernah cakap jom kita nikah sahaja dia okay. Tapi family aku pulak tak setuju sebab takut mulut orang cakap apa. Lagipun duit majlis tak minta duit dia.

Aku faham parents aku nak jemput ramai orang sebab ini perkahwinan anak pertama.

Kalau bincang pasal kahwin dia okay sahaja tapi bila aku suruh family dia datang rumah dia belum bersedia.

Aku selalu berangan angan nak kahwin begini begitu di layankan. Aku cakap nak kawin paling lambat sebelum nov tahun ni.

Dia cakap insyaallah semoga ada rezeki. Doakan yang terbaik.

Aku yakin dia pun nak kahwin dengan aku tapi rasanya dia belum bersedia dari segi kewangan.

Semua salah aku sebab tak boleh berjauhan dan telampau sayangkan dia.

Tolong bagi aku jalan penyelesaian..

Adakah tindakan aku ni bodoh dan akan makan diri.

Terima kasih.

– Ayuni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *