Diakah ibuku?

Terima kasih admin andai post ini tersiar…

Aku anak tunggal. Umur 8 tahun parents aku bercerai.Lepas ibu n ayah cerai, aku duduk dgn atuk kejap seblum ayah kawin baru…Masa tu aku tak tahu ibu entah kat mana.
Ayah kawin baru…xlama tu ibu dtg tuntut nak jga aku even seblum tu hak penjagaan dpt kt ayah. Aku happy sgt bila ibu ckp nak ambik aku masa tu. Kebetulan mak baru aku xselalu ada kt rumah…so aku rasa mesti best bila dpt duduk dgn ibu sndiri….pastinya aku akan dpt kasih sayang secukupnya dr ibu kandung…

Bila smp rumah ibu…aku dikenalkan dgn 4 orang anak tirinya. 2 lelaki dan 2 perempuan dan ayah tiri aku ada sekali.Aku memanggilnya uncle…masa tu perasaan aku kecewa gila…aku sangkakan aku hnya akan hidup berdua dgn ibu..bermulalah episod duka dalam hidupku.

Ibuku bukan ibuku lagi bila dia telah mempunyai keluarga baru. Aku anak kandungnya sering disisihkan kerana nak menjaga hati anak2 tiri. Ayah tiriku agak berada orangnya…ibu memang tidak bekerja…maka sepenuh hidupnya bergantung dengan uncle…Maka banyak perkara yang ibu ketepikan aku demi nak menjaga hati uncle dan anak2…
Umur 9 tahun aku dh pandai buat semua keje rumah sebab mmg dalam rumah tu semua keje aku buat. Balik je skolah…aku dh kena tlg kat dapur, basuh pinggan..basuh baju dan segala keja yg ada. Anak2 uncle semu jenis lepas makan then tinggal. Ibu aku lah yg akan setelkan semua…then bila dia penat…dia akan suruh aku selesaikan wpon kadang2 ibu xpenat mana pun.

Bila cuti sekolah…ibu akan hantar aku ke rumah ayah dgn alasan nk bg peluang ayah jaga aku…tp sebenarnya ibu and family baru pergi bercuti dan mmg xnak ajak aku…

But, aku bersyukur…mommy (ibu tiri) aku baik sgt orgnya. Bila balik rumah ayah…aku ditatang mcm princess…mommy xpenah suruh aku buat keje2 dapur…tapi aku segan…aku tetap berkeras nak bantu mommy…dengan family ayah…aku rasa dihargai…bila balik, ada je yg mommy dah sediakan utk aku cth baju…keperluan sekolah…berbeza sgt dgn layanan ibu.
Bila ada keperluan yg aku minta dengan ibu…ibu akan jawab takde duit…ko mintaklah dengan ayah..

Sedih mmg sedih….aku bukan bodoh bak menilai kasih sayang ibu pd aku…dia hanya perlukan aku bila dia terdesak…bantu ringankan beban dia…selebihnya ibu x kisah sgt pasal aku.

Pernah baju baru yg mommy belikan untuk aku…aku xsempat pakai…ibu dh beri pd anak tirinya sebab anak tirinya ckp dia nak baju tu…Hanya Allah je yg tahu sedihnya hati aku…tp aku buat2 cool…wpon hati ni kecewa….
Aku xpernah rasa ada privacy di rumah ibu…apa yg aku ada mesti akan ada yang dengki…

Aku menghitung hari utk cari alasan keluar dr rumah dan duduk di asrama..Masa PMR keputusan aku xcemerlang. Aku xlayak dapat mana2 tawaran sekolah berasrama.
Aku setting aim untuk SPM.Kali ni aku tekad. Alhamdulillah…keputusan aku membanggakan…dan aku ditawarkan diploma di IPTA di utara…pada awalnya ibu bantah..tapi aku pujuk ayah…dengan kuasa veto ayah..ibu kalah…

Masa hari pendaftaran….akulah manusia paling gembira..aku terlepas dr seksa dirumah…

Ibu hantar aku masa pendaftaran dengan hanya rm50. Selebihnya semua ayah yang sediakan sebelum aku bergerak…dari persiapan buka akaun..pakaian…buku2…brg2 makanan n keperluan mandi…
Aku sedih sgt bila waktu aku sibuk buat persiapan…ibu buat2 tak tahu…sedikit pon ibu x tnya apa kurang…apa keperluan..

Bila cuti sem…aku selalu penuhkan aktiviti ikot MPP buat lawatan dan sebagainya. Aku malas nak balik rumah ibu…
Kalau balik pon…aku curi2 balik rumah ayah…
Mesti kalian pelik…kenapa aku x tggl je dgn ayah…pernah masa form 1 ayah nak ambil aku duduk dgn dia…ibu aku melenting…dia ugut ayah mcm2 klu aku duduk dgn dia…smp uncle pon masuk campur…dia perli2 aku ckp xckup ke kasih syg yg dia bg smp aku nak duduk dgn ayah…untuk xnak bergaduh…aku ckap dgn ayah…xpelah…aku duduk je lah dgn ibu wpon hati aku x gembira…aku bukan berkira soal bantu ibu dirumah…tp aku xrasa ibu ikhlas dgn aku..aku xrasa ksh syg dr ibu aku sndiri…

Klau nk cerita….byklah perkara aku dh lalui…xpelah…biar aku simpan sndiri…

Ni aku dh sem akhir…aku plan nk smbg degree….blom apa2…ibu aku dh ckp…nnti ble aku dh kje…aku kna byrkan kereta yg dia pkai….alasan uncle dh byk komitmen sbb ank2 dia masih study…blom ada yg kerja…
Aku tersentak msa ibu ckp mcm tu….selama aku studi ibu xpenah tnya susah payah aku…keperluan belajar aku…alih2 bila aku dh final sem…dia boleh pikir mcm tu…
Aku x tahan…aku ckp dgn mommy….mommy pon bgtah ayah aku…
Ayah aku ckp…”xpe…smbg je degree…ayah ada”
Ya Allah…betapa leganya aku…syukur aku ada ayah dan mommy yg sgt memahami…
Smp ayah dh plan…klu aku kerja lpas degree nnti…kad bnk auah akn pegangkan…ayah yg akn manage duit gaji aku sbb ayah tahu ibu aku pasti dh rncg mcm2 utk pergunakan duit aku…
Sampai tahap macam tu ayah aku fikirkan tentang aku…
Aku xtau bila ibu nk berubah…aku x melawan sbb aku kenang dia ibu yg melahirkan aku. Hormat aku hnya disbbkan itu…selebihnya…aku xrasa dia mcm ibu aku sndiri…

Salah ke aku berperasaan mcm ni…

Semoga aku sempat rasa ksih syg dr ibu aku sndiri…

– Nasha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit