Didikan tough love.

aku ada sorang kawan ni, kitorang da lama kawan da. Signkan attendance untuk kawan aku tu da jadi perkara biasa dah.Sampailah satu tahap, aku rasa bersalah dengan tindakan aku. Bersalah dengan lecturer , sebab tipu dia. Bersalah dengan kawan,sebab biarkan kawan aku terus buat salah hanya kerana disebabkan takut putus kawan.
.
.
Satu hari ni ,aku cakap dengan kawan aku, aku takkan signkan attendance dia lagi.Aku terus terang.Aku sayangkan dia sebab tu aku buat camni. Tapi lepas tu kawan aku marah, dia persoalkan kenapa.
.
.
Dia cakap , dia selalu tolong aku itu ini,dan dia cakap aku ni kawan yang tak kenang budi.
.
.
entahla korang , macam mana aku tegaskan dengan dia bahawa aku buat ni sebab aku sayang dia? aku tak nak dia lalai dalam pelajaran ?sebab aku da cakap semua ni kat dia dan dia macam tak faham.
.
.
ye, aku tahu dia da banyak tolong aku, aku hargai semua tu, tapi aku taknak balas budi dia dengan cara camni.
.
.
sebab prinsip aku,salah sendiri tanggung sendiri.even kalau aku nak ponteng ke apa aku takkan mintak orang tu signkan attendance sebab itu salah aku sendiri.
.
.
hmmmm

– Siti Sifir

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *