Assalamualaikum..
Hope admin post lah ya :) Thanks
Aku sebenarnya nak kongsikan dekat korang pasal Ayah aku ..
Aku baru dapat tahu cerita baru dari kakak aku, yang asalnya dari mak aku sendiri.
Aku rasa sedih + sebak sangat bila dengar. Nak tahu kenapa? Sebab rupa-rupanya ayah aku dikira macam Berlakon Baik jer depan anak-anak dia. Kami semuanya 9 beradik. So yang aku nak cakapkan, kebanyakannya adik-beradik ikut sifat or perangai ayah then terpengaruh.
Macam ni kisahnya, baru-baru ni mak aku luah kat kakak aku, pasal yang dia mintak Derma nak Besarkan Masjid dekat ayah aku. Then mak aku mintak duit tu kat suami dia sendiri sambil tunjukkan Kad Sumbangan Besarkan Masjid RM150. Tetiba ayah aku pon tengok2 kad tu, then lemparkan sambil cakap “Aku nak derma Masjid ni?! Membazir duit aku jer. Lepas besar, nak dibesarkan lagi.” Aku bila dengar akak aku cerita pon, Deep + Shocked!.. Tak sangka dalam diam ayah aku macam ni. Orang pandang ayah aku macam orang Alim, and digelar USTAZ…. Ni baru bab derma masjid. Yang lain pulak?
Yes, ayah aku jugak pernah tengok video lucah. Aku sedih. takkan umur 50 ke atas & digelar ayah yang baik + soleh, still tengok benda macam ni. Memang patutlah akak first and abang first aku suka sangat tengok benda tu kan.. And yang paling sedih, aku pulak terjangkit dengan abang kakak aku.. Aku nak berubah.. Aku tak nak semua ni jadi kat aku. Tapi kekadang tu aku tahu, susah nak lawan NAFSU. Tapi semua tu bermula dari orang atas2 kita. Korang yang pernah tengok mesti faham perasaan orang yang pernah tengok benda sekutu ni kan! Yang tak pernah tu, try je lah buat2 faham and don’t judge. Aku stres, dah banyak kali aku azam dalam diri aku “Nak berubah”, “Nak berubah”.. “Nak solat taubat”, “Nak solat tahajud”.. Tapi benda tu tak pernah berlaku kat rumah aku yang besar ni?!..Yang pernah pun kat KEM yg mak aku hantar jer. Pernah sekali ayah aku terkejut salah seorang drpd anak dia tengok benda lucah kat TAB dia. Dia siap bebel2 + tengking lagi. “Sapa yang tengok benda macam ni kat tab abah!?” .. Sampai sekarang ayah and family aku tak tahu, maybee.. Cuma aku and akak yang paling rapat dengan aku jer tahu ..Sebab dia cerita kat aku, masa ayah aku tengking 1 family, dia nampak air muka akak first aku tadi lain macam. Muka baru lepas buat salah tambah muka berdebar dup dap. Layyaann.
Yang lain pulak.. Ayah aku setiap pagi selalu Solat lewat Subuh. Although ada masa terluang. And now, habis 1 keluarga jarang nak solat subuh awal. Kekadang miss terus. Korang bayangkan, kul 7 baru bangun tidur. Then, aku setiap hari always pergi school lewat sama adik. Ada jugak sorang ahli keluarga aku, yang jenis memang kerap tinggal solat 5 kali ni. Padahal dialah yang patut tunjuk contoh kat adik2 dia. Hope dapat hidayah kak! Kekadang mak aku tanya bab solat, dia just mengangguk. Suara langsung tak bunyi. Tapi bila bermusafir, boleh pulak dia solat berjemaah bersama kami semua. Entah lah dia berlakon depan mak aku ke cammana. Tapi biarlah, niat dia. Aku tak tahu, malas nak fikir banyak2.
K pasal ayah aku semula. Bila dah balik kerja dalam kul 5 petang camtu, dia mandi2 then solat asar kejap.. Bukak tv, tengok sukan punya saluran.. Dari petang sampai Malam, just SUKAN.. Aq nak tanya, kenapa penting sangat SUKAN tu?.. Kekadang kalau aku try nak tngok Saluran Agama.. Ayah aku pun marah semula sebab tukar saluran yang dia minat. Aku, huh.. Sabo je lah.. Bab Pokok and kucing dia kekadang dia tak layan. Kalau bab haiwan ni paling stres aku nak cerita.. Masa jumpa tu bukan main cakap ‘kembang’, ‘cantik’, ‘comel’, DLL.. then bila dah bela.. tahi kucing tu kalau anak2 tak bersihkan, anak2 yang jadi mangsa bebel.. Pastu plus sangkar tak berbasuh an dengan berulatnya. Aku terima jer advice or bebel yang dy beri tu. Sebab memang tersirat and bermanfaat untuk aku yang pemalas ni. Maybe sebab dr ayah aku sendiri.. Tapi aku sedar. Kalau betul pun aku nak cakap sifat tu dari ayah aku, takkan selama-lamanya nak salahkan ayah aku. So kena salahkan diri sendiri jugak yang tak melawan. Macam sesetengah orang tu lah, aku pantang orang yang jenis pandang positif jer kat diri sendiri. Kat orang lain semua negatif lebih. Haih. Kalau ada pembaca yang macam tu, ubah lah yer..! kekadang kalau nak tengok sifat negatif orang tu kena bertempat. Nak pandang diri positif pon kena bertempat.
Kesimpulannya yang aku nak sampaikan(maybe tk berkait dengan cerita kat atas) :
– Pls bimbing korang berdisiplin and bertanggungjawab dari kecik sebab sifat2 or perangai2 korang ni lah yang akan turunkan kat anak2. Kalau korang sekarang ni rosak and tak nak berubah, fikir lah esok2 kalau dah kawen and dah ada anak macam mana.
– Baiki diri sendiri first, baru baiki anak2 or orang lain.
– Cari yang negatif and try lawan yang negatif tu. Then ambil yang positif dan amalkan slow2.
– Jangan maki anak2 or banding anak2 dengan orang lain. Nanti anak rasa malas and rendah diri. Beri nasihat dengan bertempat and bila perlu sahaja.
– Ajar anak2 bab agama dari kecik. Pantang larang apa dll. Kalau rasa nak hidup tenang and bahagia, amalkan dari sekarang. Jangan tunggu nasi jadi bubur baru nak menyesal bagai & jangan tanya soalan “Kenapa anak2 aku macam ni?” nnti. Start now!
– Elakkanlah yang negatif2 tu kalau boleh. Try lawan. Pastu buat lah aktiviti bersama family. Kalau bab agama, buat lah setiap hujung minggu. Contoh USRAH bersama keluarga. Or baca Yaasin. Tolak semua gadget2 macam Telefon, TV, dll. Nanti anak2 terikut. Sekali-sekala jer lah tengok semua tu. Kalau tengok bab agama takper. Ni ajar tengok SUKAN buat apa! Kalau untuk kebaikan such as nk merapatkan silaturahim or nak ajar ank cara main ball dll tu lain citer pulak. Tengok masa lah beb.
– Ajar lah anak2 solat berjemaah selalu. Buat Qiamullail. Ajar anak bangun pagi, solat tahajud, solat taubat.. Ni apa ..Macam aku, solat taubat pon jarang. Niat pun lupa. Allahu. Aku nak diri aku yang dulu. Nak ummi abah aku ajar aku. Nanti cucu2 dy cammana aku nak ajar.
– Pilih lah bakal Pasangan tu yang elok2.Kenal pasangan tu betul2. Kalau memang daripada sifat yang teruk tu, try bimbing slow2. Aku tahu susah, tapi kalau dia tu pilihan korang nak buat cammana an?..
– And kalau anak ada penyakit tu, contohnya cam aku ni ada kulit kering or Eczima. Kalau boleh pulihkan dari kecik. Try cari ubat yang bersesuaian. Tengok,bila dah besar jadi susah nak pulihkan. Kekadang ada rasa malu, orang sekeliling tengok aku atas bawah. Kulit macam tak pernah cuci. Tapi itulah hakikatnya, UJIAN. And aku pun ad jugak ATHMA bagai. Kalau boleh LELAKI jangan lah hisap rokok. Tengok anak dah ada athma. Tp kalau automatik ada tu, redha je lha. Hurmm aku ada banyak penyakit sebenarnya.. Banyak masalah.. Banyak umm taik lalat.. dll :< Jeles aku ngan orang lebih dari aku ni. Lagi2 yang ada disamping aku. Lahir2, kulit putih. Kurang penyakit. Kurang masalah. Hoho Never Mind. “Pandang orang kurang dari kau lah Nana!”
– Haa lupa..Ajar anak2 tu disiplin jugak. Ni ap entah..laki macam raja.. Perempuan jadi surirumah walaupun umo baru darjah. Btw, laki yang macam suri rumah tu aku tabek spring! Tahniah happykan kaum perempuan. Senangkan kerja perempuan.. :*
And last skali, walau apa jua keadaan korang. Just terima family, just terima mak ayah korang. ALthough banyak kesilapan diorang. Just pandang yang positif. Nanti bila mereka dah tiada, sunyi. :3 Mereka tetap ayah and mak korang kan!.. Aku tahu sesetengah manusia ni ada yang banyak ujian dari aku. So maaf kalau terguriskan hati and kalau aku ada buat salah, tegur taw! K Sekian dari saya Nana 16′. Assalamualaikum. :)
– Anak Perempuan Ummi Wa Abi
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/
Malangnya satu keluarga terlibat. Sakit kulit tu boleh berubat (dihospitalkerajaan boleh murah sebab pelajar atau homeopati swasta, mahal sikit) sakit rohani dan spiritual memang susah, tapi jgn putus asa. Hidup adalah ujian. Setiap manusia mesti ada ujian yg mesti ditempuh. Berdoa mohon pertolongan dari allah dan bersabarlah.
kenapa kak min buat confession mcm ni? kenapa tak macam dulu? read more ja trus?
tak best lah baca mcm nie.,dulu lg best