Dihina Kerana Bertutur Dalam Bahasa Inggeris

Macam mana orang melayu nak maju kalau tak nak belajar?

Hai assalamualaikum,

Saya akan menggunakan bahasa melayu dan
Inggeris.

Saya dilahirkan di luar negara. Umur 8 tahun saya dan keluarga berhijrah ke malaysia semula. English is my first language, but I can speak malay like I’ve been here all along (and without accent ” coco” too).

Masa kat matriks saya kena buat video presentation dalam bahasa inggeris. Video tu pun kena post kat youtube/fb semua. (More likes more course marks). Comment2 pun mula masuk:

“kenapa kena bahasa inggeris? Kan muka dah melayu cakap je la melayu. Nak bajet sangat dah kenapa?”

“gediknya nak speaking”

“Aku benci orang macam kau yang suka nak agung2 kan orang putih”

” Ni mesti muet band 6 ni pastu balik rumah suruh mommy daddy belanja steak ”

Walaupun video tu presentation je , hati tetap sakit. Kenapa orang melayu berfikiran macam ni?. Seolah olah berbahasa inggeris tu dosa, sebab katanya “ikut barat”?

Mentality orang melayu, kalau speaking, maknanya orang tu orang yang berada or lagi tepat, orang KL.?

Kalau tak tahu tu, belajar la. Dont cover your stupidity with ignorance. Phone depan mata rajin-rajin buka article bahasa inggeris, tak faham buka la tab baru google maksud. mudah kan?

Ni nak kecam orang sebab orang tu reti, awak tak reti. Tapi tak nak belajar? Sampai bila-bila pun bodoh.

Sekarang saya dekat IPTS, kat dalam kelas saya 50 orang, 8 je melayu. Yang lain international atau non bumi. Semua orang bercakap dalam bahasa inggeris.

lectuters pun international. bahsa melayu diorang tau “makan” and “boleh”. Tu je. Kalau tak reti bahasa inggeris, boleh survive ke?

And ya, saya memang dapat band 6, tapi masa keluar celebrate tak makan steak, makan cendol je.

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit