Dilema Mencari Kerja

Hi, Assalamualaikum semua. Nak meluahkan dekat sini, sebab dah terlalu pening memikirkan hal kerja.

Saya Belle (bukan nama sebenar) umur 26 tahun dan baru sahaja berkahwin.

Sekarang ni, saya sedang terdesak untuk cari kerja tetap sebab dah mula berumah tangga. Tapi sejak2 berpindah ikut suami, saya rasa sangat2 susah untuk mencari peluang pekerjaan.

Sebelum2 ni saya pernah bekerja di pelbagai tempat dalam sektor retail tapi ada sahaja ujian yang akhirnya memaksa saya untuk berhenti.

Contoh nya; kerja setahun, tapi hasil gaji cuma sebulan. Gaji saya tidak dibayar, kereta tenggelam dalam banjir, dan yang baru2 ni, saya terpaksa travel 1 jam ulang alik ke tempat kerja.

Pada awalnya saya tak kisah pun kena travel selama 1 jam, tapi tempat kerja saya terlalu toksik yang mana hampir setiap hari kena marah.

Benda2 kecik pun mesti akan kena marah. Sedangkan awal2 masuk kerja tiada training dan tak ada staff yang ajar dengan lengkap macam mana nak jalankan kerja tersebut.

Dengan keadaan di mana kedai tersebut terlalu sibuk dan saya tak dapat nak berkomunikasi dengan baik dengan rakan sekerja atau pun pelanggan (kerana mereka semua selalu berbahasa Mandarin).

Semua ni membuatkan saya makin tertekan.

Makin lama saya tak tahan untuk terus bekerja di situ kerana hampir semua kerja berat saya buat, sampai tahap tak boleh tidur sebab sakit kaki, sakit pinggang, tapi hari2 saya tetap kena marah.

Tambahan dengan travel 1 jam, saya memang rasa tak berbaloi.

Saya nekad untuk berhenti. Tapi sekarang ni, bila saya cuba cari kerja yang berdekatan dengan kawasan rumah, kebanyakkan nya semua dah penuh.

Padahal poster iklan kerja kosong ada terpampang di kedai.

Banyak kali juga saya terkena, saya hubungi nombor di iklan tersebut, tapi kesudahannya, jawatan kosong tersebut ada di outlet yang jauh dan mempunyai volume pelanggan yang besar.

Kerja saya yang kena travel 1 jam tu, hasil daripada poster iklan yang menggunakan modus operasi yang sama.

Disebabkan saya belajar daripada kesilapan saya, saya membuat keputusan untuk tidak menerima kerja yang macam tu.

Saya rasa tertekan sebab pilihan saya sekarang ni adalah sama ada saya teruskan usaha mencari kerja di kawasan berdekatan rumah atau pun terima sahaja kerja yang jauh.

Masalah nya, kerja yang berdekatan hampir semua nya sudah penuh dan kerja yang jauh itu, saya tahu akan memberi kesan kepada saya dan tidak relevan (duit minyak dan duit parking pun perlu diambil kira).

Pernah sekali saya mohon kerja, namun bila majikan nampak dalam resume saya yang saya banyak bekerja dalam jangka masa yang pendek, mereka persoal kan dan merendah rendahkan saya.

Saya jadi kurang keyakinan walaupun saya tahu yang saya kerja dalam masa jangka pendek bukan saja2.

Majikan tersebut siap cakap kalau nak cari alasan, memang akan sentiasa ada alasan. Dia siap suruh saya fikir betul2 sama ada saya nak ataupun tidak bekerja dengan dia.

Masalah nya, saya dah siap datang untuk interview, dan saya memang dah berfikir panjang2 sebab itu saya mohon kerja tersebut.

Dia bercakap seolah olah macam saya ni adalah seorang pekerja yang bermasalah.

Sedangkan kalau perhati kan betul2, banyak sangat tempat kerja yang suka aniaya staff sendiri.

Masa saya datang untuk interview, dia sendiri tak ada di kedai dan suruh saya tunggu selama 1 jam.

Nasib baik saya tunggu dekat kawasan berdekatan, sebab 30 minit lepas tu, tiba2 dia cakap dia dah sampai.

Even staff dia datang kejar saya beritahu, tak payah kerja dekat situ sebab majikan tersebut suka marah2 dan selalu pendekkan waktu rehat diorang.

Saya pun tak tahu la apa nasib saya sampai setiap pekerjaan tu, saya mesti terima ujian yang mana memang tak boleh terima kalau saya teruskan juga bekerja di situ.

Saya pun nak cari makan jugak. Saya pun ada keinginan kerja yang macam mana.

Semua orang idamkan environment tempat kerja yang positif. Tak perlu pun baik sampai tahap kawan2, cukup la hak staff tu dijaga.

Setiap kali saya mohon kerja tempat yang saya betul2 nak, mesti saya akan ditolak mentah2 tanpa diberi peluang.

Sedangkan saya tahu kemampuan saya dan saya yakin yang saya boleh jalankan kerja tersebut. Sebab tu la saya mohon.

Saya penat sangat2 sebab saya memang terdesak untuk kerja. Tapi layanan yang saya dapat kadang2 mematahkan semangat saya.

Kalau ada nasihat yang boleh dikongsi, saya sedia untuk terima.

Saya doakan semua yang membaca semoga dilimpahkan rezeki yang meluas.

Terima kasih sebab sudi baca posting saya.

– Belle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *