Hello sekalian. Disebabkan masa untuk memilih di mana nak melanjutkan pelajaran selepas SPM telah bermula, disini saya ingin berkongsi pengalaman dan menyediakan sedikit guidance untuk adik2 yang masi dlm dilema samaada untuk masuk, tingkatan 6, matrikulasi, A level, atau asasi. Bagi saya pilihan yang terbaik adalah matrikulasi. Mungkin ada pelajar yang di luar sana menyatakan bahawa tempoh belajar dalam matrikulasi ini adalah singkat dan banyak perlu dibelajar berbanding diploma, A level dan form 6. Faktanya, silibus dalam matrikulasi adalah ulangan apa yang kita sudah belajar dalam form 4 dan 5 dan subjek yang perlu diberi perhatian adalah sedikit. Jika pelajar mengunakan masa setahun itu untuk fokus belajar memang boleh mendapat keputusan 4.0. Waktu saya dulu ramai juga student dapat 4.0. Dan untuk bukan bumiputera, jangan risau matrkulasi menyediakan 30% tempat untuk mereka. Dan jangan risau peluang pekerjaan kerana sijil matrikulasi ini pun boleh digunakan untuk apply kerja sd.
Jika ada pelajar yang minat dalam bidang sains dan nak belajar dekat bolehlah mohon program asasi. Tempoh pembelajaran asasi adalah 1 tahun. Tetapi Graduan asasi ini hanya boleh melanjutkan pelajaran (Ijazah Sarjana Muda) dalam Universiti tersebut kecuali graduan asasi dari Universiti Malaya yang boleh pergi ke mana2 uni. FYI graduan asasi pun boleh guna sijil mrk utk apply krja
Dan untuk form 6, tempoh pembelajaran adalah 2 tahun. STPM telah diuar2kan sebagai exam kedua susah di DUNIA!!! Alamak kalau dapat pointer rendah mcm mn?? Di sini saya ingin menyatakan jangan risau. Sebab berdasarkan survey yang saya buat kalau dapat poin 2.++ anda masi boleh masuk Uni. Cuma keburukan form 6 ini anda masi menggunaka pakaian seragam.
Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran dalam diploma (3 tahun) disini saya sarankan agar para pelajar perlulah menggelakan daripada menggambil diploma dari insitut pelajaran swasta berbanding kerajaan. Kenapa??? Pertamanya kos pengajian di institut pengajian swasta adalah mahal berbanding kerajaan. Keduanya jika ada jawatan kosong kerajaan mereka yang mendapat diploma dari insitusi kerajaan adalah diserap dahulu sebelum diploma institusi swasta. Dan yang terakhir kebanyakan diploma insitusi swasta adalah tidak diiktiraf dan megakibatkan graduan mereka hangus. Jika ada yang hendak melanjutkan pelajaran diploma peringkat swasta juga iainya berisiko tinggi dan saya cadangkan agar melanjutkan pelajaran di institusi yang mempunyai ranking tertinggi dalam QS World University Ranking seperti UCSI, UTP, Taylor, Uniten dan MMU (berdasarkan list 2019).
Kesimpulannya, buatlah pilihan bijak dan ingt pepatah merantaulah ke negeri orang untuk menuntut ilmu maksudnya disini jgn lah mau belajar dekat2 ja.
– Zulkifly Maarof
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit