Dilemma memilih keluarga aku atau menjaga kehormatan pihak perempuan

Aku dilemma

(Jutaan trima ksih kpd admin krna sudi share status ni)

Aku dihadiri oleh spasang ibubapa yg aku xpernah kenal,dtg ke rumahku utk mrisik..dlm hatiku "wahh,braninya parents tu,dgn anak diorg.." Xprnah2 org dtg rumah aku mrisik,btnya khabar empunya badan pihak laki plak tu..anyway,salute diorg sbb follow sunnah..

Aku xkenal mna2 prmpuan dlm hidup aku,xprnah mncurahkn apa2 rsa kasih kt sapa2..xprnah chat dgn mna2 ajnabi slain drpd urusan mustahak ataupn klo ad assignmnt n tugasan yg diamanahkn shja..mngkin sbb org tuaku yg garang dlm mndidik anak2 laki2 mreka dgn agama dri kecik smpai dewasa..

Nk dsimpulkn kami dtunangkn dan parent aku rasa teruja sbb ni mrupakan kali prtama mreka akan bakal dihadiri menantu prmpuan dgn hantaran 15k atas prmintaan dri parents prmpuan tu(klo mahal msti org yg istimewa maruahnya mngkin)..n of coz la parents aku tiada pngalaman dlm mnerima 'org luar' dlm hidup mreka sbb aku anak laki sulung..

Sbnarnya,aku dri dlu amat mneliti mngenai perihal psgn hidup aku,sbb aku nk jaga keturunan family aku,diorg sjujurnya mmg org alim dan mreka amat tegas dlm agama,thts why umi aku brpurdah dri muda smpai tua,abi aku plak ustz n dsegani org,adik bradik aku smua blatar blkg skolah agama n smbug blajr dlm bidang agama jgk..So,aku xnk khadiran org luar smbarangan dlm hidup aku akan mrosakkn imej kluarga aku yg sayang slama2nya..

Spanjang tempoh prtunangn,aku sndri jd detective conan,siasat sapa bakal isteri aku yg brani dtg ke rumah aku smata2 nk jdikan aku ni suami dia..wawahwah..aku prgi brkenalan dgn rakan2nya yg rapat dri kecil,yg blajar skli dgn dia satu kampus,roomate dia,smua la..so..apa yg mngecewakn aku,stelah mndpt berita bhawa yg aku ni bknlah org prtama dlm hidupnya,dan bkn kedua yg pasti,aku pn xbole nk agak sbb bnyk rahsia dia aku siasat dri kenalan n rakan2nya trmasuk Ex ex nya yg trdahulu..cehhh..memalukan sungguh..aku trima bekas org yg dh luahkn "i love u" pd ramai laki2..n akan bg kesan bruk kt parents aku m yg paling teruk crita2 dia akn dketahui oleh bakal zuriatnya yg akan dtg..fuhhh..bahaya..malu..

So,aku pening xtau nk buat apa2 sbb parents aku teruja org dtg ke rumah mrisik,sbb xde experience ad mnantu sblum ni..n parents aku pn jenis alim n suka mnerima kdatangan org dgn hati yg lapang..haiiihhhh..aku nk bterus terang,aku takut parents aku dpt malu besar sbb diorg msti sedih sbb aku nk putuskn tunang..gila kau xberkecamuk pilu diorg..psl parents pmpuan n anak diorg tu aku xpeduli pn..

Akhirnya,kt sini, aku nk mintak sggustion dri korg yg aku anggap sbagai shabat ilmu akhirat aku,sbb korg dri institut pngajian islam yg aku tabik dri dlu..hahhaa..yg alim2 xpernah brcouple dialu2kn beri pndapat..mnkala yg fasik n munafik yg prnah brcouple mnegakkn benang yg basah pn aku alu2kn beri pndgn..tafaddhal..trima ksih..

– Pemuda AKA Hamba Allah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

264 Comments

  1. Erk,sebenarnya..dalam memilih pasangan mmg perlu teliti..tapi kalau mendidik andai ada kekurangan kan lebih baik..Konsep baitul Muslim pun macam tu,melengkapkan kekurangan.. ✌

  2. confessor ni rsa diri beliau mcm maksum agaknya. org2 yg mcm ni la selalu sok suci. dtg dr kturunan baik2 tp sygnya hati ada sedikit gelap. diri sdiri ibarat tiada dosa. anggap mcm org lain ahli neraka. bwa mengucap la byk2. anyway, kalau kau maksum sgt, xperlu rsanya confess kat sini. better gi solat istikharah minta petunjuk dari Allah daripada minta pdpt kami manusia yg hina ni. Hehe.

  3. Istikharah..serahkan pd Allah..kita xtahu masa depan org tu mcm mna.msa depan diri sendiri pon kita xtahu.iman ada turun naik dia..org yg tahu agama x sama dengan org yg mengamalkan agama.mungkin sekarang sejarah dia sedikit hitam,tapi semoga dengan bimbingan,dia akan menjadi wanita solehah dan bidadari tercantik..istikharah.

    • Terbaikk. Ni komen yang terbaikk setakat ni saya baca dari komen2 kat post ni. Ditanyanya ‘suggestion’, dijawabnya dengan betul tanpa ada isi sinis, marah, kecam, kutuk dan lain2 yg negatif seperti dalam kebanyakan komen lain. Rasa aman je baca komen nih. :)
      Semoga Allah memberkatimu dan keluarga. InsyaAllah

  4. masing2 ada kisah silam..x mustahil org yg punya kisah silam terdahulu menjadi org yg lebih baik sekarang…contoh terdekat macam safieudin ilyas tu haa…dia pulang semula kepangkal jalan….manusia ni x sempurna..x mgkin kamu bisa temui manusia yg sempurna hatta jika kedua2 pasangan itu alim ulama..ustaz usatzah..masing2 ada kelemahan…jika kamu mahukan kepastian, bertanyalah sendiri kepada bakal isterimu itu….kamu pasti ayah ibumu x tahu latar belakang tunangmu itu..entah2 mereka lebih tahu darimu. jika masih terus dilema..banyakkanlah berdoa..mohon petunjuk dr Allah..itukan senang :)

  5. pandangan kecil dari aku..kalau diri perempuan tu bukan lagi yg dulu(dah berubah la maknanya)..cuba la terima dia..dan usaha la p siasat diri dia yg sekarang pulak..tengok macam mana hidup dia..kalau hidup dia sekarang sesuai dengan kehendak ko(sekufu)..apa salahnya terima..kalau nak semak latar belakang seseorang, mungkin kena cek hidup dia dulu dan sekarang..jangan tgk yg dulu ja..tgk mcm mana dia sekarang..wallahu’alam..

  6. Hai confessor mengade.. ko selidik betul2 dah ke latar belakang dia.. klau dia buruk dulu pon, skang dah baek ape masalahnya.. cara dia masuk meminang tu nampak x mcm dia nak laki yg baik.. kau pulak xnak kat dia sbb anggap di jahat.. kau lg jahat.. dahla perasan baik.. rasa diri maksum

  7. Confessor ni confident dia ni amat bagus/suci so of course dia layak dapat yang terbaik. Dia baik sangat sampai tak kisah pun pasal perempuan tu and her parents if dia putuskan.

    Wei. Tolong la bagi confessor ni troll je.

  8. Sejujur jujurnya confessor kamu ni buat saya adalah perempuan yang dah berhijrah dari couple kepada lebih menjaga rasa hina tersangat hina. Mungkin boleh jadi itu semua kisah silam dia. Sangat sedih rupanya masih ada orang baik mcm kamu judge hanya berdasarkan apa orang kata. Mungkin dia tak baik, tapi hatinya siapa yang tahu. Please, kami memandang hormat dengan mereka yang alim dan di didik agama sejak kecik dan anggap golongan mcm kamu ni lebih bagus dari golongan kami yang berhijrah sebab kamu telah ada agama sejak kecil jadi mesti lebih hebat dalam bab jangan men-judge orang hanya kerana dia pernah couple dan ber- i love you . Jangan hancurkan pandangan baik kami terhadap golongan ‘baik’ mcm kamu.

  9. Itu mungkin masa silam dia. Dan sekarang mungkin dia sudah mula berubah mahu menjadi yang lebih baik. Jangan la diungkit lagi. Kita manusia tiada yang sempurna. Jangan sombong kerana anda mempunyai keturunan yang baik-baik. Belajar terima kekurangan diri masing-masing.

  10. cmni laaa… laen klii, pesan dkt mak awk, mse kcik2 trus crikan tunang utk awk… so that tunang awk tuu xkn trjebak dgn cnta trhadap org laen… mse silam xley ubah… accept her like how she accept u…. if u think that u r damn nice that heaven is already waiting for u, u r wrong… mnusia nii jhat bile dy rse dri dy baik… muhasabah drii…

  11. Silalah saudara semak semula hati saudara.. ntah knp aku jd geli dgn confessor ni.. rsenye ko siasat tunang ko bkn nk knl die.. tp sbb nak cari keburukan dia.. xde pandangan or suggestion nak bg.. cuma nak pesan jgn riak sgt dgn diri n fmly ko tu.. mse depan kita x tentu.. doa yg baik2.. tata

    • hahha ntah konfesornye pun gaya riak takabur,bajet suci btol..dgar pulak dri org lain,xtntu lg tunang dia tu mcam tu,ntah2 kbar angin ke,,klau btol pun,takde hak la nak nilai org mcm tu sbb cara dia konfes ni aishh poyooo riaknyela

  12. Kenapa perlu label org munafik dan fasiq? Tak perlu kot nak rasa diri tu maksum sngt. Kalau rasa buntu, cari Allah terus. Allah ada segala jawapan yg kau perlukan sedangkan kami ni yg ada kau label “fasiq munafik” mcm tak layak je nak bg nasihat kt kau. Yela kau kan dari keluarga alim warak baik2. So apa kata cari Allah dulu daripada manusia kan :)

  13. Mcm ni lah, pd pandangan kami, istikharah lah pada Allah..cuma ingt satu ja, mana ada manusia sempurna dlm dunia nie..confessor nie pun cerita diri mcm alim dan baik sngt tp sedaq tak dlm masa yg sama, bila kami baca confessor hampa kami rasa hampa tu yg judgemental sngt dan rasa diri tu baik sngt..pakat2 kita muhasabah diri nohh..

  14. Bro nih di jodoh kan, dia berhak tau siapa pasangan dia. Bagi saya, kalau bro dpt save that one soul maybe besar hikmahnya. Maybe the parents mencari bakal lelaki yg benar2 boleh guide anak nya dunia akhirat.

  15. Lebih baik putuskan shj. Confessor ini xlayak utk tunangnya. Sy bukan nk judge kamu. Drpd penulisan ini, dah menggambarkan siapa diri kamu. Kamu rasa kamu terlalu bagus??

  16. Masyallah brother. Sungguih ka brother tak prrnah buat benda2 alami zaman sekarang tu semua chat sana sini org itu ini. Brother memang rare. #idola.

  17. Allahuakbar…
    Sy setuju anda nak pilih yg betul…Tapi… sampai hati anda melabel org begitu. Sy doakan semoga anda diberi hidayah…. siapa kita utk menyatakn hati kita suci…

  18. Hahahahahaha. Bro kau lawak. Kau lupa agaknya. Boleh jadi orang yang paling buruk masa silamnya, bila hidayah menyapa, dia lebih baik dari kau yang sedia baik. Serius talk, aku rasa berkawan dengan orang yang pernah jadi rosak dan berhijrah jadi baik tu lebih baik daripada kawan dengan orang yang ajet baik semua segi. At least orang yang rosak tu tau sedar diri dan x sesuka hati kata orang tu ini. Mohon muhasabah la deyy thambi. Kalau ada sejuta orang macam kau, maka akan pupuslah populasi manusia yang tengah berhijrah. kalau rasa diri perfect, kau gi cari hakak purdah. Tu pun kalau dia nak kau laa.

    Haa maaflah confessor. Aku teremosi sikit. Mohon dimaafkan. Huhu

  19. Sayyidina Mu’az bin Jabal r.hu berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yg mengaibkan saudaranya (yg Islam) dgn mana² dosa yg telah saudaranya itu bertaubat maka dia pasti akan terlibat dgn dosa itu sebelum dia meninggal dunia.” (Tirmizi)

  20. putus kn lah kalau nk putus.. cakap ikut sunnah, mmg pertunangan tu sesi nak kenal2..tak suka, bagitau family.. tanya sendiri tunang ko tu.. tak perlu nak confess kat sini kalau rsa suci dalam debu, iman tahap tingkat lapan n rasa ilmu agama penuh di dada.. tak payah nk berlagak sgt lahh.. puii..

  21. Siannya – kalau gini lah – tak nikah rasulullah ngan siti khatijah (janda) sah2 bekas orang lain – kompessor feeling holier than thou – bawaklah bertaubat – bakal isteri tu – kalau lah dia tak baik – alangkah besarnya ganjaran kerana membimbingnya ke jalan Allah redha – mcm rasulullah membimbing siti khatijah? – sedangkan mereka yg bertaubat nasuha itu sesuci bayi baru lahir jua – #malas nak bash – sebab diri kita ni tak perfect – ke dah ter? Haha

  22. Macam ni ke care orang yang penuh ilmu agama berbicara, 1st time komen kat IIUM ni, sebb ayat confessor ni terlalu riak bunyinye..mungkin dah dipilih untuk masuk ke syurga..

  23. yg penting IKHLAS. kalau xikhlas xpayah terima, nnti ada yg terluka. Sbb tu digalakkan cari yg sekufu. Apa kata hang menyamar pastu cuba kenal2 dgn bakal isteri tu… kot2 dia sebenarnya dah insaf ke ape sape taw. Kadang kita jgn judge the book by it’s cover. Sorry to say, bkn nk racist ke ape, tpi xsemestinya yg hang tgok luaran alim berpurdah tu pon jaga ikhtilat sgt. Dulu dan skrg lain. Ada SESETENGAH yg bertudung labuh or berpurdah sbb nkkan perhatian je.

  24. Kehadapan saudara,

    izinkan yang fasiq munafik ini berbicara.

    Tinggalkanlah saja tunangmu.

    Dia memang tidak layak menjadi suri hidupmu. Kerana yang dia perlukan adalah suami yang boleh menggenggam tangannya ke syurga. Bukannya suami yang menghukum dirinya ke neraka meskipun Allah belum menghukumnya.

    Tinggalkanlah saja tunangmu.

    Kerana dia mencari lelaki terakhir dalam hidupnya, yang bersusah senang dengannya, yang bersama melahirkan ummat muhammad. Bukannya lelaki yang sibuk dengan ilmu agamanya semata-mata tetapi tidak disulami rasa belas sesam manusia.

    Tinggalkanlah saja tunangmu.

    Dia tidak layak untuk kamu. Jelaskan saja pada umi dan abi kamu perihal dirinya dan putuskanlah pertunangan itu. Umi dan abi tentu mahu calon dari keturunan baik2 sebagai isterimu. Tak mungkin mereka bersedih. Mereka tentu bersyukur kerana kamu belum lagi bernikah dengannya.

    Tinggalkanlah saja tunangmu.

    Supaya dia tidak menampung derita dan air mata apabila dinikahi lelaki yang memandang hina maruah dirinya.

    Yang benar,
    Fasiq munafiq
    (Menurut tafsirmu)

  25. Kdg kalaw diri kita baik pn tak semestinya ALLAH jdohkan kita dgn org yg baik ada sebab pmpuan tu hadir dlm hidup awk wahai confessor ni slh satu ujian utk awk sebenarnya ujian tuhan suruh cek balik amalan awk selama hidup ni

  26. Jumud sangat ni…
    Yang baik boleh jd buruk
    Yang buruk boleh jadi baik
    The fact that she chose orng yg baik2 as husband tu dah nmpk dah yg dia nak dibimbing.so kau yg baik ni..bimbang la dia jd lebih baik. Kenapa pon dgn sejarah dia?hmmmmm…bende kecik dibesarkan. Syaitan x suka kau kawen la tu….dia kan x suka anak adam beranak pinak

  27. aq mungkin pernah couple and munafik fasik berdosa xguna…tp pada pandangan aq org mcm ko ni yg patut bwk wanita2 yg bengkok ni ke jlan yg lurus…ko kan baik…tggi ilmu agama…ape guna tinggi ilmu agama tp stakat nak share dgn pempuan baik…pempuan jahat ko xnak share sbb ko nak suruh dy jd jahat teruskan ko xnak dy jd baik…puiiiihhh

  28. I nak bgtau Kat you better you g cari bidadari syurga sebab bidadari syurga perfect 10. #jgn nak perasan diri tu baik sgt mcm Ada riak pun ada#kau sekolah agama kau boleh fikir weyh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *