Dilema Pencari Kerja

Umurku semakin meningkat.. Pada asalnya mampu untuk melakukan segalanya, tapi faktor usia, keringat semakin terasa sakit dan pedihnya.

Dari tahun 2009 sehinggalah tahun 2023, aku masih ditakuk lama kerana terlalu mementingkan orang lain.

Pelbagai kerja telah dilakukan, dapat juga simpan duit di kwsp, selama setahun bekerja sebagai pembersih kapal terbang air asia.

Pada tahun 2008-2009, secara tiba-tiba aku kehilangan ayah sebagai tunggak keluarga.. Memandang aku seorang anak sulung, dan tiada apa harta oleh arwah ayahku tinggalkan untuk aku, jadi untuk tidak play victim, aku teruskan penghidupan.

Pada asalnya aku tak mahu menyambung pelajaran ke IPTA, tetapi keinginan ibuku mahu aku melanjutkan pelajaran ke IPTA, kerana kepercayaannya terhadap belajar tinggi boleh mengubah hidup sekeluarga.

Aku meminati bidang perniagaan, dimana aku dulu seorang penjual pisang goreng di pekan sepang.

Teringat kembali waktu selepas pemergian ayah aku, perjuangan aku dan ibuku sebagai penjual pisang goreng yang dimana pendapat kami boleh mencecah lebih 2000 sebulan.

Tapi aku agak kecewa kerana waktu itu harga bahan mentah seperti pisang dan bahan mentah yang lain semakin naik harga, sehingga satu tahap aku dan ibuku terpaksa berhenti berniaga kerana ketiadaan stok bahan mentah.

Barangkali ia ada tetapi terlalu takut untuk jual dengan harga yang mahal, tambahan waktu itu baru sahaja krisis ekonomi dunia berlaku.

Saat ibuku berfikir bagaimana untuk melompat lebih jauh untuk aku mencari kehidupan kelak, ibuku mahu aku melanjutkan pelajaran.

Pada asalnya aku tidak mahu, tapi dengan berkat doa ibu dan diri, aku beranikan diri untuk menceburkan diri dalam bidang Computer Science & IT di UTM.

Sepanjang pengajian aku di UTM, sangat mencabar, dimana aku dulu tidak pandai dalam hal pemikiran logik, walhal matematik pun tidak pandai. Tapi apa yang bagusnya disini ialah, aku push diri sendiri untuk belajar logikal thinking sehingga aku lulus.

Salah satu subjek yang aku belajar ialah, logic digital, computer security, programming 1,2,3, Java, PHP, networking dan Unix.. Saat ini juga aku mengetahui keupayaan berfikir kritis aku melebihi otak kananku.

Dulu aku seorang penggiat seni, dimana otak kananku sangat aktif, berbanding otak kiri yang hanya sedikit aktif kerana aku tidak meminati logik.. tapi aku meminati sejarah, falsafah dan seni, sehingga kini aku mempunyai seni lukisan dari kertas hinggalah ke digital.

Seterusnya aku sangat aktif menulis cerpen tentang ibuku, justeru aku juga mempunya album lagu digital dimana aku kompos menggunakan FL Studio dimasa waktu lapangku, aku punya 3 album besar, yang sehingga kini aku mendengarnya, iaitu lagu bergenre Electronic.

Aku juga berupaya menelusuri seni hitam putih di social media aku, kesemuanya seni fotografi hitam dan putih, iaitu foto alam sekitar, disamping aku juga belajar sendiri tentang Hubungan Etnik, dimana ia adalah subjek minor semasa aku di UTM dulu.

Tentang Otak Kiri dan Otak Kananku, aku mampu menguasai kedua-duanya dengan seimbang, dimana aku mampu mencerna Logik dan Seni satu masa yang sama.

Sehinggalah ia develop diri aku sebagai seorang yang ‘mild anxiety’..

Rambut aku juga gugur kerana mind rush dua belah otak, dimana ia selalu membuat aku pening, sakit kepala dan pitam, semata-mata untuk mengetahui dunia luar dan keupayaan aku dalam menggarap peluang untuk kedua-duanya.

Aku pernah digelar seorang pengaturcara yang mempunyai signature tersendiri, kerana dulu waktu aku belajar, pensyarah aku sering menegur aku dan mengatakan cara kerja aku sangat kompleks dan details, tidak seperti pelajar yang lain,

Cumanya kelasnya aku selalu ponteng, disebabkan waktu itu migrain menyerang berkali-kali.

Bekerja sambil belajar itu biasa, makan maggi setiap hari tu biasa, itulah kehidupan seorang pelajar IPT, bagi mereka yang datang dari keluarga senang, no wonder meh.. susah atau senang mereka datang darinya.

Ketahuilah kami IPT Student is the most best strong people when it comes to struggle and manage life disaat kami belajar, susah atau senang, inilah kami yang tidak menjatuhkan satu sama lain, makan maggi sama, kongsi makanan, dan bergotong royong bersama.

Hidup sebagai seorang penuntut ilmu itu indah, dimana hal indahnya ialah, berkongsi ilmu dan pengetahuan, serta mempunya kawan baru dan belajar perkara baru. Dan membina kemahiran diri.

Namun, semenjak akhir2 ini, dunia dikejutkan dengan berita pandemic, yang menjerut periuk nasi kami sebagai pekerja professional, ada diantara kami give up dan kembali ke dunia lama.

Ada yang kekal mencari kerja dan ada yang menganggur sambil kerja part time yang tidak mampu juga mereka untuk adakan sesuatu untuk diri sendiri.

Ada juga yang bercerai berai, kerana kesusahan hidup, namun aku juga masih single belum berkahwin dan selamat dari hal sedemikian, tapi hati nak bernikah, cumanya aku berumur 35 tidak mampu juga untuk mengadakan sesuatu untuk diri aku.

Ibuku semakin hari semakin tua, dan berpuluh kerja kontrak aku lakukan, sehingga tahap habiskan KWSP untuk pengeluaran waktu pandemic untuk membantu hidup aku dan ibuku keluar dari kancah kesusahan. Habis beribu untuk belajar kursus yang mahal.

Sehingga kini tiada panggilan kerja yang berbaloi.

Ini lah pengorbanan aku sebagai anak sulung, bersama ibuku yang semakin tua..

3 ogos 2023.. Inilah tarikh waktu tepat untuk aku lepaskan segalanya.. terima kasih, kita semua scavenger.. kita pasti menang…

– Puteh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *