disumpah anak derhaka

salam admin. mohon maaf kalau confession saya agak membosankan.
.
begini, setiap kali cuti, saya tak suka balik ke rumah dan memilih untuk stay di uia. saya tak suka balik ke rumah sebab keluarga saya porak peranda. ibu dan ayah asyik bergaduh ttg perkara yang remeh temeh. setiap kali ada kawan sembang ttg family diorang yang bahagia, aku akan tutup telinga dan duduk jauh2. kekadang aku akan ubah topik dan taknak fikir pasal keluarga.
.
btw, ibu selalu ucapkan benda yang bukan2 kpd kami. kami selalu dituduh ‘anak derhaka’ kalau dapat result exam yang kurang baik. kalau berjuta kali dengar benda macamtu, memang berasap telinga ni kan. haha
.
tindakan aku untuk tidak pulang ke rumah ni okay tak? ada chance untuk aku masuk syurga kalau ibu aku sumpah aku anak derhaka? mohon maaf kalau confession saya menyampah.
CREATE A POST