Diuji Punya Perasaan Dengan Pasangan Sejenis

Walaupun dah 3 tahun berlalu kisah aku dengan dia tapi kenangan itu tetap terpahat dalam hatiku dan terkesan hingga kini. Aku hanya mampu luahkan perasaan dalam ni. Aku tak mampu nak ceritakan pada siapa-siapa kerana orang hanya akan mengeji dan menghina golongan seperti kami.

Kadang-kadang perasaan ni buat aku rasa nak gila. Aku rasa sengsara punya perasaan macam ni. Bertapa aku cuba lari dari perasaan ini, tapi makin cuba masa tu juga la dugaan dan godaan datang menjengah.

Ok kenalkan aku N seorang gadis biasa nampak normal seperti gadis lain tapi punyai naluri lelaki yang terperangkap dalam badan gadis ini. Maksudnya aku seorang perempuan yang mencintai kaumku sendiri dan aku bukan seorang pengkid.

Jikalau orang melihat aku, aku hanyalah seperti wanita biasa berpakaian wanita, tidak kelihatan yang aku mencintai kaumku juga. Umur aku di akhir 20 an.

Kisahnya bermula di mana aku mengenali S. Tempoh perkenalan kami lebih kurang 9 tahun. Aku mengenalinya pada ketika itu umur aku sekitar 19 tahun. Kami belajar bersama di satu universiti tempatan. Pada awalnya kami hanya rakan biasa, dia adalah senior satu semester daripada aku dan aku adalah junior dia, perkenalan kami bermula di dalam kelas.

Dia repeaters dan dia mintak nombor telefon aku untuk memudahkan dia tahu info tentang kelas nanti. Untuk pengetahuan S ni sebaya dengan aku walaupun beza semester. Bermula la episod aku dan dia berkenalan. Dia menghubungi aku untuk tanya tentang satu acara wajib yang perlu kami hadiri sebagai pelajar.

Acara itu di adakan di universiti sama tapi di cawangan yang lain, jadi kami perlu menaiki bas pelajar untuk ke sana. Dia menghubungi aku pada malam tu tapi aku hairan nombor siapa yang call malam-malam ni. Sebab aku tak ambil nombor dia masa tu. Masa tu pula memang single dan tak tengok phone sangat.

Jadi agak pelik kalau tiba2 nombor tak kenal masuk takut untuk angkat. Ok lepas tu aku angkat panggilan tu, dia memberi salam dan memanggil aku adik, aku tanya siapa ni. Sebab macam pelik kak mana pulak call malam2 ni hehehe. Aku pulak cakap oh tak payah la panggil adik kak ni sebab kita sebaya saja lepastu masing-masing ketawa.

S perkenalkan diri dia then macam biasa aku cakap esok sekian masa/tempat berkumpul di mana so habis di situ. Esoknya pula S minta aku duduk sebelah dia dalam bas, aku cakap ohh tak pela duduk saja dengan siapa-siapa pon boleh sebab masa tu aku dengan bff aku.

Of course la aku selesa lagi dengan bff aku berbanding dia. Muka dia agak kecewa dan macam merajuk dengan aku. Tapi aku ignore saja sebab benda kecil saja kan.

Hari demi hari kami makin mesra. Dia pulak kerap hubungi aku boleh di katakan hari-hari bertanyakan khabar aku. Dia selalu tanya dah makan ke, ada kelas ke hari ni, sibuk tak. Aku anggap biasala kot sebagai kawan kan. Tapi kalau kawan lain hanya akan sekali sekala saja mesej kita.

Masa tu tak ada aplikasi whatssap lagi ye, masih menggunakan mesej. Nampak sangat tua dah aku ni hehehe. Tapi S ni hari-hari mesej aku, kadang aku tertanya sendiri kenapa S ni ambil berat sangat pasal aku. Aku dah la memang seorang lesbian bila di uji jumpa perempuan macam ni lama-lama terluluh cair juga hati ni.

Tapi masa tu aku kosongkan hati aku sebab nak berubah ke pangkal jalan. 5 tahun juga single sebelum aku jatuh cinta dengan S ni. Sebelum ni cinta monyet zaman sekolah macam tu jela dengan perempuan juga. S ni la yang merubah segalanya balik buat aku terjebak kembali. Dalam tempoh 19 tahun hingga 23 tahun kami hanya kawan biasa.

Aku ceritakan sedikit tentang watak S ni dia sorang yang berkulit cerah putih gebu boleh di katakan cantik juga, rendah kecil badan dia daripada aku. Memang girly type yang manja dan lembut orangnya.

Berbeza dengan aku yang agak tinggi, yang keras hati, kasar, independent, tak peduli tentang orang sangat sebab aku buat hal sendiri, ada sifat maskulin sikit dan possessive sikit.

Kira kalau aku dengan dia ibarat macam aku protect jaga dia. Beza macam langit dan bumi kan. Masa kami berkawan S ni memang seorang kawan yang penyayang, mengambil berat, sweet, dan tidak berkira. Sifat dia yang penyayang ni la yang buat aku tertarik dengan dia.

Actually, macam ni dalam kelas dia asyik suruh aku pandang belakang sebab dalam kelas memang dia duduk di belakang manakala aku jenis suka duduk di depan. Sebab aku tak suka di belakang takut tertinggal apa yang lecturer cakap nanti. Aku macam biasa berkepit dengan bff aku la.

Dia mesej malam semalam esok dalam kelas pagi nak duduk tepi aku. Aku cakap tengok la esok kalau ada tempat kosong. Lepastu tak ada tempat kosong di depan, dia pergi ke belakang. Dalam masa yang sama dia mesej aku, pandanglah belakang. Jem krenggg aku masa ni.

Aku tanya balik dalam mesej nak suruh tengok belakang buat apa aku kata. Dia kata pandanglah sekejap please. Aku dalam hati adoiii, aku toleh senyum sekejap lepastu cepat-cepat tengok depan balik. Dia mesej ala sekejapnya. Aku cakap nantila habis kelas kita pergi lunch sekali.

Masa lunch tu, dia duk depan aku asyik main mata ja. Aku yang tak selesa. Bff aku asyik gelakkan aku sebab dia boleh agak. Balik daripada kelas dia mesej kata aku sombong siang tadi. Aku cakap ya allah nak macam mana lagi, kan dah lunch sekali tadi. Dia kata tak sembang pon dengan dia sangat.

Sebenarnya aku sendiri tak selesa dengan dia. Sebab tu aku elak, aku sebenarnya takut godaan tu. Biar aku sorang tak normal jangan ada sorang lagi macam ni aku fikir. Lepas tu kami buat assignment sekali kena kerja dalam teamwork berdua. Bff aku masa tu dengan kawan lain. So aku berdua dengan dia jela.

Masa ni ada assignment luar kena interview 1 public figure dan orang tu hantar P.A dia. Sementara tunggu orang tu sampai kami jalan-jalan dulu dalam mall. Masa tu dia mula rangkul tangan aku, peluk tangan aku mula cakap manja2. Aku terus berdebar padahal its normal bagi kawan2 perempuan kan.

Masalahnya dengan dia jer aku rasa macam tu. Kawan-kawan lain buat aku tak rasa apa. Dia mula suruh aku pilih tudung dan alat make up untuk dia. Yang aku pilih tu dia beli. Dia kata apa yang aku suka tengok dia pakai, dia beli. Dalam hati aku adoi jangan macam ni, buat relax sudahla taste orang masing-masing kan bukan sama.

Kawan biasa yang lain suruh pilih lain taw, tak sama dengan yang ni. Entah la sukar di ungkapkan perasaan tu. Masa tengah interview P.A orang yang kami nak jumpa tu, P.A dia lelaki tu main mata dengan si S ni. S ni tak berapa suka dia cubit peha aku. Aku pon auchhh sakitla tanya dia asal cubit.

Sebab aku tengah khusyuk prepare soalan nak tanya utk assignment kami. S ni macam buat muka la tak suka, aku cakap jangan la macam ni. Be profesional please. Tangan dia letak atas peha aku, aku pegang sekejap tangan dia. Aku cepatkan tanya semua soalan sebab aku nampak S tak selesa.

So dah habis kami balik tumpang kereta kwn S. Dah sampai bilik masing-masing, S mesej aku. Thaks for today, aku tanya why, thanks sebab selamatkan daripada jantan gatal tu. Aku cakap no worries la tak ada hal pon yang tu. Lagi pon benda biasa ja. It’s normal la laki cmtu. Bukan dia kacau apa pon aku cakap.

Hubungan kami seperti biasa. Hari-hari mesej call sampai habis kredit. Kadang aku call, kadang dia call berganti sembang macam pasangan kekasih. Kadang-kadang selisih di jalan tanya pergi mana tu. Di jalan jumpa sepatah saja cakap macam masing-masing malu. Tapi dalam call punya ramah.

Dia cakap pergi koperasi beli topup dah habis. Sebersalah pulak rasa sebab dia call aku ke?? balik tu dia mesej aku, aku cakap simpan la kredit tu nanti habis pulak kesian nak beli lagi. Aku kata nanti habis kelas aku call dia.

So begitu la hubungan kami sampai la ada satu masa dia call aku suruh teman dia kat bilik dia. Sebab housemate semua tak ada, jadi dia takut duk sorang. Kami duduk hostel yang jenis apartment. 1 rumah ada 3 bilik boleh stay dalam 8 org macam tu.

Mula aku malas nk pergi sebab penat baru balik daripada luar dengan bff aku, tapi memandangkan tak nak dia merajuk or marah dengan aku. Aku gagahkan jua, sebab aku tak nak la gaduh ke apa sebab assignment pon ada tak siap lagi dengan dia.

Aku naik rumah dia selang dua blok daripada hostel aku. Aku pergi masa tu pukul 6 petang dah. Aku scary jugak nak pergi sebab gelap betul rumah dia. Aku pergi buka lampu ruang tamu rumah, dia memang tak keluar daripada bilik. Aku sampai pintu tak kunci aku terus masuk buka lampu.

Aku pangil S dia terus tarik masuk bilik. Tapi tak jadi apa-apa pon aku cuma sembang-sembang teman dia sampai housemate dia balik. Dia bagi aku makan biskut macam tu. Masa tu bluetooth tukar lagu dengan dia. Lepastu sampai masa dia nak bagi phone dia pada aku mata dia dengan mata aku tertatap. Lama juga dalam 3 minit.

Lepas tu masing-masing tunduk. Dia larikan mata tengok lain. Aku pon tunduk kembali. Dalam hati aduhhh kenapa aku boleh berdebar dengan dia ni. Aku rasa nak balik dah masa tu. Dia suruh aku baring. Aku kata tak apa ok ja duduk. Sedar tak sedar masa berlalu. Daripada pukul 6 petang sampai 10 malam aku teman dia dan housemate dia pon balik.

Dia tak bagi aku balik suruh teman tidur dengan dia. Aku cakap eh tak boleh la. Baju tak ada tuala tak ada. Dia kata pakai saja dia pnya. Giler apaa. Dalaman ni smua takkan nak share hahaha. Aku cakap nak mandi sebab aku dah rimas daripada luar tadi tak mandi lagi.

Kalau ikut dia suruh bermalam kang jadi lain sebab tu aku balik. Yang bff aku duk mesej tanya bila nak balik jangan buat pelik-pelik. Bff aku macam menganjing la apa yang sampai berjam-jam. Aku pon cakap bff dah cari kena balik ni. Nanti apa-apa text.

Sebelum balik aku cakap haa see ni orang datang jugak teman dia sampai 4-5 jam ni. Kalau daripada KL boleh sampai utaqa dah taw. Dia gelak senyum2 ja.

Balik tu dapat mesej daripada dia thank you for today temankan dia. Aku cakap no hal la kawan-kawan apa salahnya. Last mesej dia ckp I Love You. Goodnight Love. Perghhh aku yang berbunga-bunga. Tidur nyenyak malam tu. Dia buat aku rasa getaran yang dah lama aku tak rasa dan yang aku elakkan sebelum ni.

Kawan-kawan aku tanya asal aku tersenyum-tersenyum macam kerang busuk. Aku diam saja. Selang 3 hari macam tu dia ajak aku lepak kat bawah hostel. Standard malam-malam pelajar semua santai kat meja batu. Nak ulangkaji, basuh baju, beli makanan. So dia belikan aku burger.

Masa awal tu aku dah makan dengan bff aku. Balik daripada tu jumpa dia aku ingat saja nak sembang-sembang. Dia belikan aku makanan dia kata jangan lupa makan. Aku kata tak payah susah-susah dia kata say thanks sebab selalu temankan dia. Aku cakap ok aku ambik tapi aku suruh S makan la aku teman.

Dia kata tak apala balik nanti baru makan. Dia malu nk makan depan aku. aku pelik kenapa nak malu dengan aku. Lepas tu dia cerita zaman sekolah dia dulu ada girl suka dia. Tapi girl tu ada bf, aku macam ohhh ok aku tak ckp apa pon. Cuma pelik motif dia nak bagi tahu aku.

Actually masa tu dia dah taw aku ni lesbian sebab since dia pernah cerita ada girl suka dia masa zaman sekolah. Since tu aku mengaku yang aku lessy. Aku cakap nak kawan, kawanla. Taknak pon tak apa. Dia ok ja tak judge aku or hina aku. Dia terima aku as kawan dia. Tak tahu plak lama kelamaan dia bagi harapan untuk aku.

Kawan- kawan aku kat blok atas duk ehem2 menganjing aku. Diorang mesej balik laa buat apa lama-lama kat bawah. Sebab dorang nampak S mula pegang tangan aku, tu yang diaorang panggil balik. hahahaa. Bagus kawan-kawan aku alert juga bff aku ni. Ok dugaan seterusnya, yang ni aku tak suka pon.

Akuu panggil dia R. Tak boleh la dedahkan nama diorang. Nama samaran jadila ye. R ni jenis tough kasar sikit macam minah rempit badan dia tapi dengan aku jadi manja gedik2. R ni housemate aku. R ni boleh tahan gatal. Ada malam tu dia sembang-sembang dengan aku tidur atas katil aku.

Aku ok ja selagi tangan tu tak merayap or pegang-pegang. R ni mula start goda aku. Main-main belai rambut aku, tangan mula letak atas perut aku macam peluk tu. Dia punya dada kena lengan aku pulak, aku dah mula tak selesa. Bff aku datang tegur woi tidur la buat apa lagi tu.

Aku tarik nafas lega. Bff aku selamatkan aku daripada R. R macam biasa masih dengan manja-manja dia aku tak berminat. Sebab aku lagi tertarik dengan S.

Lepas tu berapa minggu kemudian S datang rumah aku untuk ambik movie. Kena bertukar pendrive la masa tu. Dia masuk dalam bilik aku. Masa aku tengah transfer dia pegang rambut aku. Dia kata nice la rambut pendek macam ni. Aku cakap oh yeke biasa saja sebab panas tu potong pendek.

Dia kata tak sangka sebab pakai tudung tak nampak pendek. Dah nama pakai tudung nak nampak apanya. Dia makin dekat duduk sebelah aku dekat katil aku. Tangan dia mula merayap dekat peha aku dah. Letak tgn macam tu. Yang kawan-kawan aku lain semua tengok dah lain macam.

Dalam hati S ko jangan macam-macam. Aku dah la jenuh tepis perasaan ni ko pulak datang menguji menggoda depan kawan-kawan aku ni. Aku cepat transfer dalam pendrive dia, aku cakap ok done tanya nak apa lagi yang boleh saya bantu. Dia kata tak ada apa dan berlalu pergi.

Kawan-kawan housemate aku marah tanya kenapa gedik sangat dia dengan ko?? Ko jangn lembut sangat dengan dia marah dia sama. Aku cakap biarla dia bukan buat apa pon. Kawan-kawan aku tak suka S sebab dia gedik dengan aku. Aku macam biasa ok ja biarla dia janji dia baik dengan aku.

Hubungan kami mesra berjalan seperti biasa. Sampai la dia di akhir semester. Dia memberi semua nota dia pada aku, dia minta untuk aku datang ke rumah dia. Tapi aku tak larat untuk ke rumah dia. Aku hanya hantar kawan aku pergi ambil nota tu. Dia seakan kecewa katanya kenapa tak datang ambil. Dia terus call tanya dah dapat ke nota dia bagi. Aku cakap dah dapat tq.

Tiba masa kami kena berpisah. Dia dah di akhir semester manakala aku masih berbaki satu semester lagi. Tak silap aku masa tu nak cuti semester. Aku dah ada dalam bas dalam perjalanan balik ke negeri aku. Dia pulak tengah kemas- kemas untuk clearance. Dia tinggal di ibu kota saja. Universiti yang aku belajar juga terletak di ibu kota.

Jadi dia punya rumah dengan universiti dekat sahaja. Kami tak sempat berjumpa masa hari dia last tu. Aku ada beli hadiah tapi tak sempat bagi pada dia. Dia mesej aku tanya adakah kita masih boleh berkawan jarak jauh? Aku cakap blh ja kawan tak semestinya zaman study ja. Dah habis pon boleh kawan lagi.

Dia suruh aku jaga diri belajar elok-elok. Dia cakap rindu aku dan love u. Dia ucap selamat jalan untuk aku. Aku pon wish benda yang sama. Hari pon berlalu. Aku rasa agak sunyi tanpa kehadiran dia. Sebab aku dah tak boleh tengok dia lagi. Tapi kami still contact each other hari-hari.

Kebetulan di akhir smesta aku, masa tu tengah hari raya aildifitri. Masa tu dah start pakai apps whatssap. Aku update status takda siapa-siapa buat open house ke area sini kami student kebulur. Kemudian S komen datangla rumah dia. Aku macam what takkan kot. Dia kata datang la ada buat makan-makan.

Sedangkan aku rasa dia tak buat open house pon cuma dia saja nak aku datang. Lepastu aku pon datang actually ada 2 buah rumah yang invite masa tu. Aku pon pergi rumah dia dengan kawan-kawan aku masa tu. Masa otw nak sampai tu hati aku berdebar teruk. Mengeletar pon ada masa drive tak snang duduk rasa nervous.

Dah pelik asal aku macam ni. Masa nak masuk rumah dia aku tolak kwn aku masuk dulu. Sebab aku malu nak mampus time tu. But im pretend to be cool. Dia pon tak banyak cakap sebab dia pon malu. So dia tolong letakkan makanan untuk aku dalam pinggan. Habis tu sempat sembang sekejap.

Dia mula dah pegang-pegang tangan aku. Yang aku perasan S ni suka flirt dengan tempting la. Kawan-kawan aku duk tengok ja daripada jauh. Diorang sembang dengan mak dia. Aku dah macam haishhh S jangan la macam ni. Nak balik sempat la peluk kiss pipi ramai-ramai macam tu.

Kitaorang datang sekejap saja sebab ada lagi sebuah rumah di Putrajaya pula. Dari hostel aku nak ke rumah S dalam 2 jam macamtu. So kena cepat nak redah jem lagi. nak balik tu S say tq sebab sudi datang. Aku cakap patutnya aku say tq sebab susah sediakan makanan untuk kitaorang. Tu la kenangan terakhir aku jumpa dia sebagai kawan. Sebab aku pon masa tu dah semester akhir.

Akhirnya kami konvo, konvo berlainan tahun. Actually untuk pengatahuan korang masa dia kawan dengan aku ni dia ada bf taw. Dia actually straight tapi entah kenapa dengan aku tiba-tiba boleh jadi lessy. Dia kata hanya dengan aku, bukan perempuan lain.

Bermula lah episod hitam aku, kemuncak confession aku. Kami masih berkawan seperti biasa sehinggakan dia call aku malam tu dia nangis-nangis. Aku tanya kenapa ni sebab dah lewat pagi dia call aku. Dia cerita dia break up dengan bf dia. Aku layankan sampai 4 pagi. Aku tenangkan dia as friend.

Macam biasa dia akan say thanks sebab aku selalu ada untuk dia. Dah nama pon kawan. Ok next dah msuk alam pekerjaan. Aku berkenalan dengan seorang ibu tunggal ni, umur dalam awal 40 an. Masih cantik dan bergetah. Aku banyak kerja di luar so aku rapat dengan kak ni sebab nak belajar ilmu daripada dia.

Memandangkan dia lebih pengalaman dan aku hanya la student yang baru grad. So aku memang akan teman kak ni ke sana ke sini daripada siang smpai malam. Memandangkan kerja kitaorang kena jumpa client so agak busy. Ok so masa aku kawan dengan kak ni juga dugaan buat aku. Aku mula suka kan dia.

Kak ni juga boleh tahan manjanya. Aduh aku jadi jem dengan orang yang aku jumpa ni. Tak boleh ke semua buat normal tak payah manja gedik-gedik dengan aku. Bukan aku nak perasan masalahnya dorang dengan orang lain boleh behave elok-elok, dengan aku mula perangai manja sekor-sekor keluar.

Bila dah siang ke malam banyak habiskan masa bersama of course ada perasaan suka kan. Dia pulak selalu call or chat aku. Aku faham sebab dia kesunyian need someone to talk. Ok I be there for u. Pernah sekali tu dia puji dia kata suka dengar suara aku macam husky voice sebab tu dia selalu call aku nak dengar suara aku.

Aduh jem plak. Kerap weh siang malam call kadang sampai malas nak layan. Suara aku memang serak-serak basah cam rock macamtu. Dia pernah try letak tangan dia atas peha aku sambil gosok-gosok lama juga while she lend on my shoulder masa tu aku tengah drive. Mungkin dia nampak aku tak selesa baru dia duduk posisi asal balik.

Actually aku tak berapa suka sentuhan yang macam tu. Sebab boleh bezakan sentuhan menggoda berbanding yang biasa. Tiap kali balik memang dia akan kiss pipi aku. Tapi biasala yang tu aku tak anggap apa pon. Yang aku geram dia suka buat lirikan jelingan tajam manja macamtu. Tergugat juga kadang aku dengan dia.

Dia ni pon sama dengan kawan lain tak pulak manja-manja gitu. Ok masa ni aku tak ada masa dah untuk S sebab aku dah busy kerja. S mula jealous sebab aku selalu update dengan kak tu. S mula marah maki-maki aku. Aku tanya asal jadi cmni. Dia mula cari gaduh dengan aku. Lama-lama tu S confess she fall in love with me.

Nahhhhhh damn. Again. Yang ni yang aku cakap after 5 years aku single then aku couple balik dengan sejenis. Aku yang hampir berubah terjatuh lagi. Ok aku mengaku aku pon sayangkan S, dan dalam masa yang sama aku tak nak hilang dia dan dalam masa yang sama aku nak elak daripada kak tu juga. So bila aku dah couple dengan S, aku tak perlu pandang kak tu sangat. So dengan kak tu aku biasa-biasa sahaja.

Akhirnya aku bhgia dengan S. Dia la dunia aku. She my everything. Saat aku down dalam bisnes dia bantu bagi semangat untuk aku. Dia juga share recommend contact kawan-kawan dia untuk aku buat bisnes aku. Walaupun aku tak berjaya close kawan-kawan dia tapi aku appreciate cara dia tolong aku.

Hari-hari aku ceria dengan cinta dia. Saat aku bangun ada mesej dia, saat aku tidur juga dengar suara dia tertidur sambil cakap dengan aku. Lupa nak cerita kami hubungan LDR. Dia di ibu kota dan aku di utara semenanjung. Hubungan percintaan kami tak lama pon hanya mampu bertahan 1 tahun setengah.

Dalam tahun yang sama sebelum kami berpisah bulan 6 macam tu aku pergi ke ibu kota untuk berjumpa kawan-kawan aku untuk reunion sekali aku berjumpa S. Kali ni aku datang sorang, bagi aku agak janggal sebab rumah yang aku nak pergi ni 1st time sebab area lain.

Dia dah tak tinggal di rumah dulu yang aku pergi tu…Aku tak familiar area baru ni. Actually aku takut juga time tu tapi demi cinta ku gagahkan jua. So ni la kali pertama aku keluar dengan dia as couple, bahagianya aku kali ni. Dia juga perempuan pertama yang berani kiss aku.

Tak pernah lagi aku kiss dengan siapa-siapa sebelum ni. Terkejut juga aku time tu. Aku just bawa dia pergi mall makan-makan then aku hantar balik. Sebab malam tu perjalanan aku balik ke utara. Sebelum sampai rumah dia tiba masa untuk berpisah, dia menangis peluk aku kuat.

Dia mintak supaya aku tak tinggalkan dia. Aku berjanji takkan pernah tinggalkan dia dan lap air mata cuba tenangkan dia. Tak aku sangka memang tu kali trakhir aku jumpa dia. Sepanjang jalan dia pegang tangan aku tak lepas baring atas bahuku. Aku mencium dahinya….

Kemudian hubungan kami menanti belah. Macam-macam ujian halangan daripada family pihak S. S plak jenis jujur tak pandai sorok dia selalu cerita pasal aku kat mak dia. Mak dia dah mula syak something. Sebab dia selalu on the phone dengan aku sampai ke pagi. Biasalah orang bercinta semua macam tu kan.

Mula tiba saat kantoi. Langit tak selalu cerahkan, tibalah petir kilat hujan melanda hubungan kami.

Ayah dia dapat tahu dia couple dengan aku sebab ayah dia dengar duk bersayang- sayang dalam otp. Ayah dia masuk bilik terus bising-bising tengking jerit kat dia. Dia siap kena lempang sampai tak sedar diri. Phone dia ayah dia rampas. Berhari juga aku tak dapat contact dia. Dia dah jerit-jerit macam histeria.

Dia cerita balik pada aku. Last-last ayah dia bagi balik phone dia sebab tengok dia menganmuk sangat. Aku serius nangis time tu. Aku sebak sebab aku tak ada kat situ. Kalau aku ada mesti aku dah minta maaf kat ayah dia cakap jangan pukul S. Dia boleh tegur elok-elok tak perlu kasarkan S.

S pnh ajak aku lari, sedangkan aku sendiri tak ada income tetap aku takut tak mampu sara dia. Tambah aku di sini menjaga 2 orang tua ku. Mana mungkin tinggalkan parents aku. Hanya aku anak yang tinggal, yang atas-atas aku semua dah berkahwin.

Hubungan kami tetap macam biasa walaupon di halang orang tua S. Family S memang anti aku. Ya mereka tuduh aku penyebab anak mereka macam tu. Sedangkan aku juga tak minta jadi macam tu. Anak mereka yang mengatakan cinta dulu. Aku tersepit dalam hubungan ni.

Walaupun aku lessy, tapi aku tetap suruh dia jangan lawan parents dia. Aku kata limitkan masa kita bercakap. Tapi S marah la, S cakap why u don’t want fight for this love. Bukan aku taknak fight tapi aku taw sejauh mana pon aku cinta kau at the end of the day aku tetap kena lepaskan kau…

Hubungan kami on off. Dah mula tegang dan dingin. Mungkin sebab aku sendiri rasa susah bila family S asyik control asyik marah-marah dia, aku kesian dengan dia. Aku cakap kalau kita terpaksa berpisah sebab parents S aku terima. Andai ini yang terbaik untuk S tak kena pukul lagi. Aku rasa sakit tiap kali tengok dia terseksa macam tu.

Dia sendiri hantar gambar bekas dia kena pukul. Berbirat badan dia allahu. Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.. Sebab aku tahu dia perlukan aku sangat-sangat bagi moral support.

Lepas tu mula hubungan kami agak goyah bila ex aku chat kembali untuk tanya khabar. Aku panggil dia C, C ni actually dah kahwin anak nak masuk 2 dah masa tu… S dapat tahu sebab dia cek friend list FB aku ada nama C.

S menganmuk macam orang gila la dia. Aku cakap C just nak tanya kabar dan bagitahu yang dia tengah preggy tu saja. S tak boleh terima. S cakap daripada sebelum kahwin, dah kawin, sampai dah ada anak asyik nak contact ko ja.

Asal dah ada laki nak gatal dengan betina lagi. Aku dah mula naik angin time ni. Aku cakap dia contact sebagai kawan bukan partner. Orang tu dah berubah ada anak dah pon. Salah ke dia contact ex dia tanya kabar.

S siap pegi serang C tanya sama ada aku contact C tak. C cakap tak salah pon contact ex just tanya kabar. S lagi mengamuk la cakap what if ada orang lain kacau laki you kat C. Damn. Kalau aku kena serang macam ni pon hangin. C cakap you settle sendiri i taknak masuk campur…

Tapi aku ada mintak maaf kat C sebab perangai gf aku si S tu. Lepas daripada tu C tak pernah contact aku langsung dah. Sampai sekarang gara-gara S. Hmmmm.

Masa ni dah jadi bunga-bunga taik nak break up. S dah mula tawar hati dengan perangai aku. Masa tu aku ramai client perempuan. Kawan-kawan perempuan. Tapi semua ni kawan jela biasalah dorang call nak gosip macam tu la.

S dah tak tahan dengan perangai aku yang melayan perempuan sana sini. Padahal aku setia dengan S, cuma yela aku ramai kawan perempuan. S mula buat perangai kenal ramai jantan dlm webcam. Dia mula nak jadi wild girl. Dia sengaja buat macam tu nak bagi aku sikit hati. Sampai la akhir bulan 11.

Masa ni aku kena kerja di negeri sebelah negeri aku. Aku kerja retail memang tak ada masa nak tengok phone. Masa ni la dia pon dah tawar hati dengan aku. Family S especially ayah dia dah mula bagi hint suruh dia kerja. Sebelum ni S duduk di rumah. Ni tanda- tanda ayah dia nak pisahkan kitaorang.

S pon mula brkja, kami dah tak selalu contact. Akhirnya ayah dia berjaya pisahkan kami. Aku dapat hidu S mula curang dengan aku. Sebab aku dengar dia naik motor dengan laki. S mula tinggalkan aku lepas dia jumpa 1 laki ni. S mula jadi liar hantar gambar video bukan-bukan dia dengan laki tu siap bangga cerita dah tidur dengan laki tu.

Sebelum ni pon S pon pernah tidur dengan ex bf dia. Cuma dengan aku dia selamat sebab aku bukan jenis macam tu. Lepas tu aku break dengan dia. Aku dah tak ambik tahu psl dia. Aku block dia. Setiap kali dia call pakai nombor baru, aku block dia. Dia pulak tak pernah putus asa untuk hubungi aku.

Sebab dia ingat nombor aku. Aku benci dan simpan rasa dendam pada dia. Sebab tu aku taknak ambil tahu dah pasal dia. Kiranya macam aku dah buang dia dalam hidup aku.

Bermula la kisah pasal diriku. Dah 3 tahun berlalu. Tapi aku masih terbayang dosa-dosaku yang lalu. Aku rasa ni balasan kifarah untuk aku sebab pernah lukakan dia dulu. Seksa sengsaranya aku sendiri yang rasa. Sendiri tanpa cinta, sahabat, teman, soulmate.

Sendiri menangung rasa sakit mencintai kaumku. Rasa kehilangan dia amat terkesan untuk hidupku. Aku jadi depressi, badan aku susut makan tak lalu, tidur aku tak lena, kerja tak jalan.

Aku asyik terkenangkan waktu bahagia aku dengan dia. Dalam masa yang sama aku juga cuba berubah. Kenangan dengan dia masih menghantuiku mungkin akibat dosaku. Aku buat conffesion ni sebab aku perlu moral support. Aku tak ada siapa untuk bercerita. Aku hanya mampu menulis dan menangis sahaja.

Aku rasa hampir gila punyai perasaan macam ni. Kadang aku rasa lebih baik aku mati daripada aku terus punya perasaan macam ni. Nak mencintai lelaki aku tak mampu, mencintai perempuan kaumku salah dalam islam. Aku memilih untuk sendiri sekarang. Dah 3tahun aku menyendiri. Aku mencari diri aku yang hilang.

Aku lebih mendekati diri aku kepada Allah. Aku menangis luah perasaan keluh kesah aku pada Dia. Selalu aku baca surah Al Ghafir ayat 44. Aku menyerahkan segala urusan takdir jalan hidupku hanya pada mu Ya Allah, sesungguhnya hanya kau yang Maha melihat keadaan hambamu ini.

Aku juga minta semoga allah ambik balik perasaan ini, rindu terlarang ini. Siksanya hanya aku yang rasa. Selepas S tinggalkan aku, tak pernah lagi ada siapa yang berjaya buka balik hatiku. S kini dah pon bertunang dengan bf yang baru. Aku selalu doakan dia bahagia bersama pasangannya.

Kami cuba untuk berkawan tapi akhirnya tetap bergaduh. Pernah Video Call tapi bila tengok muka dia aku jadi sebak. Dia nampak mata aku yang berkaca. Dia kata walaupun kau senyum tapi mata ko nampak kau sedih. Aku diam sahaja cepat-cepat aku akhirkan call. Dia call aku tapi aku tak jawab.

Dia minta aku block dia. Mungkin sebab dia juga nak elakkan. Kami cuba berkawan tapi susah sebab masing-masing akan bergaduh cakap pasal kisah lama. S juga kadang-kadang nampak confused. Aku faham S. Ko dah berubah. Ko mesti tak nak kawan dengan aku dah kan. Perrkenalan yang selama 9 tahun terpaksa berakhir di sini.

Akhir kata buat aku insan yang di uji sebegini aku berharap moga aku terus istiqomah ke jalan Mu Ya Allah. Aku redha dengan segala Qada dan Qadarmu. Salah aku kerana mencintai mahlukmu melebihi diri Mu Ya Rabb. Aku juga berdoa semoga aku meninggal dalam keadaan di mana aku bersujud padamu ya allah.

Kadang rasa ni sakit sangat tak tertahan ya allah. Aku mohon ambil la nyawaku andai ini takdirku bagi mengantikan rasa sakit ini. Tiada apa lagi di dunia ni yang aku harapkan ya allah selain Mu. Aku sudah pon meninggalkan semuanya kehidupan duniawiku. Maaf andai conffession ni terlampau panjang dan tak tersusun.

Masa aku menulis ni pon emosi aku tak stabil tengah menangis kenang dosa lalu. Mohon jangan kecam aku. Aku hanyalah pendosa yang mahu bertaubat. Aku cuma mohon di beri moral support dan doa kalian supaya aku terus kuat dan mampu berubah ke pangkal jalan untuk hadapi ujian ni.

Pernah terfikir untuk bunuh diri tapi iman masih mengatakan tidak. Maafkan aku jika confession ni terlalu panjang. Tujuan hanyalah ingin beri pengajaran pada yang di luar sana yang baru nak ceburi.

Pada yang baru jinak dalam dunia pelangi ni janganlah masuk. Nak keluar nanti sangat lah sukar. Percintaan begini lebih sakit dan terseksa daripada cinta normal…

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kak even saya bertahun lambat but saya faham sangat perasaan akak lepas baca confession akak ni sebab saya pun sedang menghadapi benda sama (btw saya skrg tgh buat asasi sje bgitau hehe) and tbh saya benci diri sendiri sbb ada perasaan mcm ni. Cuz.. yela ni benda normal kot between perempuan but why eh bila that person buat saya jadi berdebar 🙁 and tbh saya rasa saya banyak sakitkan hati si dia sebab yela dgn org lain saya okay dorg buat benda sama kat saya but kalau dia je saya terus rasa asyik nak mengelak.. sorry ranting pulak erk saya senanye just nak cakap saya relate dgn akak je :’) semoga Allah permudahkan urusan kita semua ye

  2. saya dah habis baca akak punya confession and saya menangis. sebab cerita akak sangat relate dengan saya. walapun saya tak pernah date this particular person but saya faham akak dari segi struggle nak lawan perasan ni. ujian kita, saya selalu berharap untuk Allah janganlah datangkan org ii mcm ni dalam hidup saya jadi mcm magnet untuk mereka ni. Walaupun mereka bukan lessy but cara saya dorg layan saya buat saya senang terjatuh hati dgn dorg. Sangat susah untuk hadap semua ni but saya husnuzon sampai sekarang saya cuba fikir ini cuma ujian, InsyaAllah aku boleh buat. Akak kalau akak baca balik ni saya nak minta doakan saya untuk saya dapat lawan godaan dan perasaan ni ye kak :’) semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT Amiinn saya doakan juga akak sentiasa berjaya dalam kehidupan akak InsyaAllah. ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *