Tauladan Patut Ditunjuk, Bukan Hanya Diperkatakan

Aku seorang penuntut di sebuah IPT di Pagoh. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Ini adalah luahan pertama aku. Mohon maaf jika ada yang terkasar dan terasa nanti.

Disebabkan pandemik, aku tidak dapat pulang ke kampung dan terpaksa duduk di kolej. Ini satu pengorbanan yang perlu aku lakukan demi kebaikan semua. Aku akur segala arahan yang dikeluarkan oleh IPT tempat aku belajar.

Kami di sini tidak dibenarkan untuk keluar dari kolej dengan bergerak bebas. Hatta suatu ketika, jika kami duduk berkumpul sesama kami, pasti akan disuraikan oleh staf (felo/pengetua) kolej.

Ada yang menegur dengan baik, dan tidak terkecuali ada yang naik gila ibarat singa jantan mengaum kegilaan. Kami dihalau bagai tiada maruah. Namun aku akur dan faham, sememangnya itu adalah peraturan dan kami perlu patuhinya. Jadi full stop.

Aku tidak suka untuk mencari keburukan orang, namun ianya ketara di mata aku. Aku perhatikan para staf juga buat perkara yang sama.

Jadi apa bezanya antara kami dan mereka. Adakah virus pandemik ini dapat membezakan antara students dan juga staf? Asalkan students, semuanya tak boleh. Ini peraturan, katanya.

Aku tak nafikan mereka CUBA menjalankan tugas dengan baik. Itu aku tidak persoalkan. Aku perhatikan ada staf yang meronda keliling kolej dengan menaiki motosikal.

Ada staf yang meronda di malam hari demi menjaga keselamatan kami. Ada staf yang memberikan kami makanan percuma. Itu aku puji, tahniah dan terima kasih.

Yang menjadi pertikaian aku, jika students berkumpul, kami telah dihalau diherdik, apa beza dengan staf? Kami students langsung tidak keluar dari kolej.

Aku sudah hampir 2 bulan tidak keluar. Di mana possibilities yang ada untuk kami bawa virus? Berbanding mereka, yang mudah keluar masuk kolej.

Aku tidak pertikaikan mereka boleh keluar masuk. Tapi yang aku pertikaikan, mereka boleh pula berkumpul dan berborak. Staf perempuan boleh pula berkumpul depan rumah borak macam tiada apa.

Malah lebih teruk, mereka langsung tidak memakai mask. Yang mana, possibilities untuk mereka bawa virus masuk ke dalam kolej lebih tinggi dari kami, sebab mereka bebas keluar masuk.

Pada hari raya aidul adha lepas memang mencetuskan pertikaian tahap maksima aku terhadap mereka. Bukan sekali, tapi ini sudah kali kedua. Aku perhatikan, mereka boleh pula buat jamuan sesama mereka.

Sebenarnya apa yang ingin mereka tunjukkan? Adakah mereka ingin berbangga yang mereka tetap boleh berkumpul bersama?

Atas kapasiti apa mereka boleh berkumpul dan yang sudah pasti aku dapat rasakan mereka tidak akan ada penjarakkan dan tidak memakai mask. Adakah mereka terlalu yakin yang mana kesemua mereka tidak langsung membawa virus?

Aku rasa mereka tahu, suatu ketika dahulu kampung berdekatan telah dijangkiti virus pandemik ini, yang berpunca dari ahli keluarga datang berziarah yang akhirnya mengorbankan nyawa?

Sudah pasti ahli keluarga itu tidak menyangka yang tetamu dari darah daging mereka juga yang membawa virus tersebut.

Persoalan demi persoalan boleh aku bangkitkan. Aku cuma mahukan keadilan sama. Jika students tidak dibenarkan berkumpul ramai, kenapa mereka boleh?

Aku cuba berfikiran baik, kalau mereka buat jamuan di dalam rumah terlindung dari pandangan orang, aku tidak akan pertikaikan. Masalahnya figure students pun ada. Inikah contoh yang ingin ditunjukkan??? Sangat memalukan dan menyedihkan.

Tauladan patut ditunjukkan bukan hanya diperkatakan!

Jangan hanya menyalahkan orang lain. Jangan hanya nampak salah orang lain. Hakikatnya diri sendiri membuat perkara yang sama,

(Dan sudah pasti mereka akan ada hujah jawab mereka sendiri untuk membenarkan apa yang mereka buat). Jangan ibarat ketam mengajar berjalan lurus!

Untuk staf kolej jika ada yang baca luahan ini, aku mohon maaf. Sesungguhnya aku meletakkan penghormatan tinggi dekat semua, sebab itu aku luahkan di sini. Tolong tunjukkan tauladan yang patut kami contohi.

Untuk para staf mahu pun orang dewasa di luar sana, anda bukan dinilai berdasarkan hebatnya anda berkata-kata.

Jika seseorang itu dinilai berdasarkan kata-kata, sudah pasti orang bisu itu tiada sebarang makna untuk dicontohi. Tetapi anda dinilai dan diikuti berdasarkan apa yang anda tunjukkan. Action speaks louder than words.

– Fang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *