Doa, Usaha, dan Tawakkal

Confession aku pada kali ini bukannya bermaksud hendak menyalahkan sesiapa tapi hanya sekadar mahu berkongsi pendapat.

Perkenalkan aku Mentari. Berasal dari timur tanah air.

Baru-baru ini aku ada melihat satu posting di media sosial mengenai sistem pembelajaran yang boleh dikatakan agak menarik di mrsm berbanding di sekolah yang lain.

Tapi, sayangnya apabila aku membuka halaman komen, rata-rata netizen mula membandingkan sbp dan mrsm.

Aku bukannya hendak melabelkan yang mana satu sekolah yang terbaik kerana masing-masing mempunyai pro and cons yang tersendiri.

Memang betul, mrsm mengikut sistem universiti (bukan semuanya). Tapi dari segi penilaian exam, markah png (4.0) diambil kira.

Sejujurnya, ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan kita dengan cara penilaian di universiti.

Begitu juga dengan sbp, ada caranya yang tersendiri.

Bagi aku, tak kisahlah belajar di mana-mana pun, asalkan mempunyai target dan impian untuk berjaya supaya dapat boost semangat belajar.

Mungkin di asrama surrounding dia different dari segi competitive yang agak mencabar membuatkannya lain dari sekolah harian.

Ini tidak, adanya sesetengah netizen yang mula membandingkan keburukan sekolah masing masing sampai ada pula yang mengatakan “kalau adanya tawaran dari ……, memang takkan terima.”

In the same time, kita mula memberi tanggapan buruk kepada ibu bapa dan para pelapis yakni budak budak itu sendiri yang semangat nak masuk sekolah asrama terus jadi down.

Nasihat saya, tak perlulah sampai nak banding bandingkan sekolah sampai macam tu sekali.

Kalau dilihat, pelajar yang cemerlang spm pun ramai di antara sekolah sbp dan mrsm. Begitu juga dengan sekolah harian.

Tak payahlah kita nak judge oh, ni sekolah tak bagus apa semua. Yang penting ada DOA, USAHA DAN TAWAKAL. Serahkan semuanya kepada yang Maha Esa.

Kebas dah menulis. Jadi aku rasa cukup sampai di sini sahaja coretan aku pada kali ini. Ada rezeki, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

– Cik Mentari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit