Doakan Aku

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi post luahan aku.

Untuk pembaca semua.. aku perkenalkan diri sebagai Maya. Pertama kali aku luah di sini. Jika ayat agak berterabur, maaflah sebab emosi aku agak kurang stabil kali ni.

Jarang aku berkongsi masalah dengan orang lain sebab aku seorang introvert. Kalau ada masalah biasanya aku settle sendiri. Tapi untuk kali ni, aku rasa tak tertanggung. Korang doakan lah aku ya.

Aku dah berkahwin, ada 3 anak dan suami yang baik. Aku seorang pegawai kerajaan dan suami pekerja swasta. Kehidupan kami seperti orang lain juga.Ada jatuh bangun.

Perbelanjaan kami sekeluarga cukup selama ini. Aku rajin juga membeli untuk support bisnes kawan, saudara-mara dan orang yamg berniaga kecil.

Begitu juga suami aku tak kedekut orangnya. Bila ada rezeki lebih, kami buat makan-makan, belanja saudara-mara dan ada juga bersedekah sana-sini.

Tapi, dugaan datang selepas suami aku ni diberhentikan kerja kerana covid. Aku tahu semua orang terkesan dengan covid ni. Dugaan demi dugaan. Perbelanjaan kami cukup-cukup saja.

Aku ni sebenarnya tersepit. Tiada siapa pun dalam ahli keluarga yang tahu masalah ni. Aku rahsiakan sebab tidak mahu membebankan mereka.

Kami berjimat sekarang ini kerana pendapatan hanya bergantung pada aku saja. Mujur ada moratorium untuk menampung hidup 6 bulan ini. Selepas 6 bulan, aku tak pasti apa yang berlaku.

Aku dan suami sedaya-upaya nak kekalkan duit bulanan yang kami asingkan setiap bulan untuk diberi kepada mak ayah di kampung agar tidak terjejas selepas ini. Ya Allah Kau permudahkanlah.

Sejujurnya, bila dah jadi macam ni kami dah tak dapat membeli atau support bisnes kawan, saudara-mara macam dulu lagi.

Aku ni tersepit antara nak berjimat dengan nak membantu bisnes kawan, saudara-mara. Aku pun kasihan juga dengan mereka yang berniaga untuk survival.

Dalam keadaan kami yang begini, whatsapp bertubi-tubi masuk tentang produk/ bisnes kawan-kawan.

Aku jadi fobia nak buka whatsapp sebab tak sampai hati. Selama ini aku ok je. Kalau whatsapp masuk aku pasti beli. Jika tak perlu aku akan beli dan sedekah kepada orang lain.

Tapi sekarang ni, nak beli pun aku dah mula berkira-kira takut tak cukup duit untuk tampung kehidupan.

Aku harap sangat kawan-kawan dan saudara-mara tidak berkecil hati kalau kami tak dapat membeli seperti biasa.

Kalau ada rezeki, pasti kami akan membeli dan menyokong bisnes orang lain. Hakikatnya, kami pula dah kecundang dengan masalah kewangan sekarang.

Korang yang membaca luahan aku ni, kiranya sudilah doakan suami aku dapat pekerjaan dan berjaya dalam temuduga.

Dia seorang anak, suami dan bapa yang baik. Tak sampai hati tengok dia susah sekarang ni. Harap ada rezeki untuk dia.

Aku tak tahu nak luah kepada siapa lagi. Hari- hari aku berdoa semoga kehidupan kami, rezeki kami berganda.

Semoga rezeki yang ada boleh juga dikongsi bersama. Semoga ujian ini cepat berakhir. Doakan kami, M40 yang terkesan.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit