Doa Yang Terkabul

Nama aku Bulan. Sudah tentu bukan nama sebenar. Aku dibesarkan dalam keluarga yang miskin.

Berbelanja RM5 seminggu sewaktu di asrama. Mencuri untuk duit poket jika kehabiskan.

Meningkat dewasa fahamlah kini mengapa keluarga aku miskin.

Awalnya aku adalah anak yang tidak pernah dijentik. Apatah lagi di rotan oleh Bapak. Aku bagaikan anak emas bapak. Bahkan adik aku juga tidak menafikan ini.

Kami pernah saling bertekak gara-gara dia berasa seolah-olah bapak pilih kasih.

Kerana aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang bapak, aku juga berdoa “ya Tuhan, berikanlah aku suami seperti bapak”

Tahun terus berganti. Aku akhirnya mendirikan rumah tangga. Aku wanita berkerjaya. Seorang penjawat awam yang bergajikan 93% bersih daripada sebarang hutang pinjaman.

Ya! Doa aku didengari Tuhan. Aku berkahwin dengan lelaki seperti bapak.

Apa yang seperti bapak? Tidak solat seperti bapak, tidak memberikan nafkah seperti bapak, suka menipu seperti bapak hampir semuanya seperti bapak.

Tapi, bapak tak mencarut. Suami aku ya. Hanya itu perbezaan. Selebihnya, cerminan bapak. Kadang aku confius, siapa anak bapak? Aku atau dia? Haha.

Kami pjj. Segala urusan rumah atas kepala aku. Awalnya aku rasa aku tak mahu dia terbeban. Aku membayar segalanya. Rumah, bil, pengasuh, belanja dapur semuanya atas aku.

Aku penat bekerja. Perlu masak untuk sang suami yang bertekakkan seperti seorang Raja.

Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya emosi aku. Aku fikir, aku perlu susah dan senang bersamanya. Namun kini, aku seolah-olah hanyalah susah sendiri.

Tiada sikit pun wang yang aku keluarkan untuk melalui fasa susah bersamanya yang aku halalkan. Ya. Tidak.

Saat melalui fasa ini fahamlah kini aku, kenapa dahulunya kami susah. Sebab bapak tak pernah belikan kami baju sekolah, baju raya, buku sekolah, yuran sekolah, belanja dapur. Segalanya atas mak.

Mak perlu menyara kami tiga beradik. Sedangkan bapak? Tak tahulah.

Banyak perkara yang aku lalui. Daripada fasa bertunang aku nampak hal ini. Tapi, akibat terlampau husnudzon. Kini aku merana.

Ibu mertua yang bermulut busuk persis bangkai biawak yang dilanggar lori. Suami yang penuh akal misteri. Dari mana aku tak tahulah akal penipu dia.

Aku semakin berani untuk hidup sendiri lepas aku bersalin. Konon dijaga oleh ibu mertua. Hakikatnya? Hanya aku dan bayi. Berjaga malam juga sendiri.

Mandikan bayi? Juga sendiri? Mandi air panas? Terpaksalah ke rumah biras disebelah pintu. Basuh kain? Jemur kain? Semualah sendiri?

Suami? Hanya tahu buat aku mengandung. Tu pun berani nak ambil anak dari aku. Dasar bajang.

Semoga Tuhan mengambil kembali bapak dan suami ku. Aamiin.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *