Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Pemilik Yang Meninggal Dunia

Salam semua. Saya Ms AR (bukan nama sebenar), ingin menceritakan pengalaman menukar hakmilik kenderaan daripada nama arwah suami kepada nama saya.

Maaf, jika cerita ini panjang dan bahasa yang digunakan agak caca-marba. Selepas ini, saya bahasakan diri saya, akak.

Sebelum berurusan dengan JPJ untuk pertukaran hakmilik pastikan perkara berikut:

1) Pinjaman atas kenderaan sudah dilangsaikan dengan syarikat kewangan.

2) Surat kuasa/ probet/ pentadbir/ perintah mahkamah sudah diperoleh daripada badan berkenaan

3) Inspection daripada Puspakom sudah dilakukan dan laporan sudah dikeluarkan

Kini anda boleh membuat temu janji dengan Puspakom melalui online. Pilih tarikh, masa dan cawangan Puspakom yang anda ingin pergi.

Setelah selesai inspection, laporan akan dihantar ke email anda. Laporan ini ada tempoh sah laku. Kalau tidak silap, 60 hari sahaja.

Dokumen yang diperlukan semasa ke JPJ adalah seperti berikut.

1) Geran asal kenderaan (akan ditukar dengan yang baru)

2) Surat Kuasa/Pentadbir/Surat Perintah Mahkamah (tidak akan dikembalikan)

3) Borang JPJK3A

4) Inspection report daripada Puspakom

5) Salinan asal surat mati (bawa salinan pendua)

6) Salinan kad pengenalan waris (bawa salinan pendua)

Sebenarnya urusan tukar nama ini sangat mudah asalkan semua dokumen berkenaan disediakan. Oleh kerana akak confident tiada masalah dengan dokumen, di hari Jumaat yang baru lepas akak terus ke cawangan berdekatan dengan tempat tinggal akak.

Please take note, untuk urusan penukaran hakmilik yang melibatkan kematian tidak boleh dilakukan di cawangan JPJ yang bertempat di UTC.

Kini, JPJ sudah ada applikasi untuk nombor giliran dan tempahan temu janji which is for me is good.

Mudah, cuma perlu download apps tersebut, imbas pada QR code cawangan berkenaan, dan nombor giliran anda akan tertera pada skrin. Cuma tinggal menunggu nombor anda dipanggil sahaja.

Akak sampai di cawangan sebelum tengah hari, dokumen akak diperiksa oleh kaunter semak, semua okay dan akak pun mendapatkan nombor giliran. Setelah menunggu beberapa ketika, nombor akak dipanggil dan akak ke kaunter berkenaan.

Setelah menyerahkan dokumen yang diperlukan, akak diminta duduk sementara pegawai atasan memeriksa dokumen akak. Ketika itu sudah hampir Jam 12 tengah hari. Tidak berapa lama kemudian, nama akak dipanggil.

Akak ingatkan tiada sebarang masalah sebab dokumen complete. Anda tahu apa masalahnya? Ini yang disampaikan kepada akak semasa pegawai JPJ menolak permohonan tukar nama kereta daripada arwah suami kepada akak.

1) Maklumat kematian arwah tiada dalam sistem mereka dan meminta saya ke JPN untuk mengemas kini maklumat kematian arwah.

(Sebenarnya saya boleh argue perkara ini sebab sijil kematian ada, takkan mereka tak boleh counter cross dengan pihak JPN)

2) Maklumat kenderaan dalam geran tidak sama dengan maklumat kenderaan di dalam surat kuasa yang akak beri. Mereka meminta akak ke Pejabat Tanah semula untuk meminda atau menambah maklumat pada surat kuasa tersebut.

Hurm …. you all tahu tak, berapa masa yang akan dihabiskan untuk proses yang melibatkan harta dan Pejabat Tanah?

(Sebenarnya bukan tidak sama, cuma kenderaan tersebut adalah kenderaan yang melakukan plate interchange dan dalam geran telah pun ditulis nombor pendaftaran baru dengan cop pengesahan JPJ semasa proses interchange dilakukan.

Nombor pendaftaran yang lama pun ada tertera pada geran tersebut. Menurut akak, tiada masalah dan tiada kesalahan pun pada maklumat dalam geran dan surat kuasa.)

Oleh kerana akak malas nak argue di hari Jumaat yang mulia, maka akak pun mengambil semula borang dan dokumen tersebut daripada pegawai berkenaan.

Akak ke JPN berdekatan, pejabat JPN letaknya tidak jauh daripada cawangan JPJ tersebut. Seperti yang akak jangka, menurut pihak JPN, bila sijil kematian sudah dikeluarkan, bermakna maklumat kematian sudah pun berada di dalam sistem.

Sepatutnya, pegawai JPJ boleh sahaja menghubungi pihak JPN untuk mendapatkan pengesahan. Pihak JPN kemudian, memberikan akak nombor telefon untuk pihak JPJ hubungi bila akak kembali berurusan dengan mereka semula.

Well, I am not going to waste my time with the same JPJ branch again. Jadi, akak cuba menghubungi pihak Pejabat Tanah pula. Just to get an opinion, borang apa yang perlu akak isi dan keperluan untuk membuat penambahan atau meminda maklumat.

Tapi, beberapa kali akak cuba berhubung, tidak dapat disambungkan kepada pegawai berkenaan, and maybe sebab Jumaat, masa berurusan sampai jam 3.30pm sahaja.

Last resort, akak buat panggilan kepada HQ JPJ. Alhamdulillah, pihak HQ JPJ sangat-sangat membantu.

Menurut mereka, mungkin kemudahan di cawangan JPJ ‘yang berkenaan’ agak terbatas dan meminta agar akak berurusan dengan cawangan lebih besar i.e. Shah Alam atau Bangi.

Hari Isnin berikutnya, akak ke JPJ Shah Alam. Alhamdulillah, urusan di sana sangat lancar. Akak amat berterima kasih kerana pihak JPJ Shah Alam memudahkan proses pertukaran.

Tiada masalah dengan borang dan dokumen yang akak beri sedangkan ia dokumen yang sama akak berikan semasa berurusan di cawangan JPJ yang sebelum ini. Tiada soalan renyah seperti yang sebelum ini.

Malah, pegawai JPJ di cawangan Shah Alam yang memeriksa dokumen akak juga memberitahu akak juga boleh menukar sebuah lagi kenderaan yang ada dalam senarai surat kuasa. Sebuah motor. Motor tersebut tidak ada dengan akak, ada dengan adik ipar.

Dia kata boleh, kerana motor tak perlukan inspection daripada Puspakom. Dia menerangkan prosedur. Syukur akak ditemukan orang seperti ini. Dan, hari itu, akak dapat melakukan pertukaran nama untuk dua geran sekali. Kudos to staf JPJ Padang Jawa, Shah Alam. :)

Last but not least, semoga pengalaman akak ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda yang mengalami masalah seperti akak.

Pesanan, please ensure details dalam geran dan surat kuasa terutamanya kenderaan yang melakukan interchange nombor plate. Just in case.

Thanks for reading.

– Ms AR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *