Assalamualaikum semua…
Aku Nana. Tujuan aku menulis hari ini sebab nak mintak doa daripada kalian semua untuk aku sempena nak masuk bulan Ramadan ni.
Aku pernah beberapa kali post di sini confessions tentang hubungan aku. Setelah agak lama, aku rasa berpisah merupakan jalan yang terbaik untuk aku dan dia.
Pertama kali dulu aku menulis, bertanya apa harus aku buat kerana hubungan tak mendapat restu kedua orang tua aku. Kami berpisah sementara. Dan akhirnya keluarga aku dan keluarga dia dapat menerima hubungan kami. Mereka senang dengan dia.
Aku juga pernah menulis aku kadang-kadang rasa sunyi kerana dia terlalu mementingkan kerjaya nya dan apabila dia serabut, dia akan menolak aku dan meminta aku untuk pergi. Kalau tak pun dia akan memohon maaf daripada aku dan pergi.
Aku selalu rasa kecewa dengan dia tapi sebab aku rasa yang aku sayang dia, aku masih juga cuba untuk bertahan.
Banyak komen-komen dalam post masa tu yang suruh aku undur diri dan sayangi diri. Tapi aku masih berdegil. Haha… bodoh betul kalau difikirkan.
Dan kini setelah berpisah… aku cuma nak update kehidupan aku dan berterima kasih pada semua yang memberi nasihat dan komen tempoh hari.
Aku pernah bertanya dengan diri aku, aku dah jadi lali dan tak marahkan dia even dia cuma mesej aku sehari atau dua hari sekali, call bila perlu tu sebab aku mula memahami atau aku dah tawar hati.
Bila aku dah berpisah, baru aku sedar. Aku sebenarnya dah lama dah tawar hati dengan dia.
Aku memang sayang kan dia tapi sikap dia buat aku penat untuk bertahan. Lama-lama bertahan seorang diri tu bukan option terbaik.
Dia tak ready untuk ada hubungan dengan sesiapa pun. Adanya aku cuma buat dia serabut. Aku cuma rendahkan expectations aku sebab aku nak sangat dengan dia.
Dan sekarang bila fikir balik, kenapa aku kena downgrade kan diri kan? Dia bukan untuk aku. Aku harus terima kenyataan itu. Yang aku perlukan bukan dia tapi seseorang yang boleh live up to my expectations.
Kenapa aku nak kena hadap dia sampai dia berubah kalau dia sendiri tak pilih untuk berubah. Aku takkan dapat ubah orang yang tak nak berubah.
Macam mana aku tahu aku dah move on lama dah sedangkan baru je kami berpisah?
Sebab satu hari ni, aku tersenyum tengok video dia tanpa ada rasa sakit. Dari situ aku tahu, aku dah lama dah pergi daripada dia cuma saat itu barulah aku ada keikhlasan untuk melepaskan dia.
Sekarang ni aku pilih untuk jadikan dia seorang kawan. Biarlah dia dan dunia dia. Sampai satu waktu, bila dia nak settle down, semoga dia dapat seorang isteri yang memahami dia. Kalaupun dia bukan jodoh aku, aku nak kehidupan dia berakhir bahagia.
Dan untuk aku, aku cuba buka hati aku untuk orang lain. Kata orang cari pasangan yang sukakan kita lebih dari kita sukakan mereka. Cari orang yang betul-betul nakkan kita dan ready untuk memperisterikan kita bukan cuma nak datang, beri harapan kemudian pergi.
Aku ada kenal seseorang ni online. Dari tahun lepas, tapi bila dia tahu aku get back dengan ex aku, dia undur diri. Lepas aku putus dengan ex aku, aku cari dia.
Aku straight forward dengan dia aku kata aku mungkin jadikan dia rebound aku tapi aku akan cuba untuk bagi dia peluang kalau dia betul ikhlas dengan aku. Dia bagitau aku dia dah ready dan dia akan cuba untuk bahagiakan aku.
Aku mohon kalian semua doakan aku ya. Aku dah penat nak mulakan semula hubungan tapi aku juga yakin yang Allah pasti dah sediakan seseorang untuk bahagiakan aku. Aku tahu Allah dah prepare orang yang terbaik untuk aku.
Doakan aku jumpa orang yang terima aku dan keluarga aku. Orang yang boleh beri aku perhatian dan kasih sayang macam yang aku impikan. Orang yang boleh pertahankan dan perjuangkan aku bersama dengan aku.
Orang yang takkan biarkan aku overthink sorang-sorang siapa aku dalam hati dia. Orang yang akan lamar aku sebagai isteri dan serius untuk kotakan janji nya.
Aamiin… Selamat Menyambut Bulan Ramadan yea.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit