Pengakhiran Hidupku

Menginjak usia awal 20-an. Tidakku sangka hidup boleh menjadi sepahit ini dan sungguh tak aku sangka hidupku akan jadi segelap ini.

Lelaki yang pertama aku cinta, lelaki pertama yang ku sentuh jarinya, lelaki pertama segalanya untukku. Ku serahkan segalanya kepadanya.

Tanpa ku sedar, aku telah mencintainya sepenuh hatiku.

Namun semuanya terlambat, dia telah mengajak ku untuk berkahwin tetapi aku menolak dan terus menolak.

Semasa itu aku masih belum bersedia kerana aku masih kebudak-budak kan dan seperti tidak layak untuknya.

Keluargaku bukan dari keluarga ada-ada. Aku hanyalah orang miskin namun tidak dia.

Dia bagai langit dimata ku. Langit yang tinggi, mustahil untuk ku gapai. Berparas rupa kacak, berpendidikan tinggi, bekerjaya bagus dan dari keluarga hebat.

Sehinggalah dia memberitahu ku bahawa kami tidak boleh lagi berjumpa dan dia harus berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya.

Aku tersentak, hatiku terjentik. Sakit rasanya. Aku merayu supaya dia tidak berkahwin dengan perempuan lain. Aku bersedia untuk berkahwin dengannya.

Namun semuanya telah terlambat bilangnya. Aku merayu dan terus merayu, dia menolak ku dari memeluknya.

Setiap kali perjumpaan terakhir kami, aku merayu. Aku terus merayu tetapi dia juga dengan tegas menolak cintaku.

Sehinggalah aku cuba untuk mengikhlaskan pemergiannya demi kebahagiannya.

Aku sedar aku siapa. Hanyalah wanita miskin. Tidak berpelajaran, tidak bekerjaya, bukan berketurunan hebat-hebat. Aku ikhlaskan demi kebahagiaanya.

Sehinggalah, aku mengetahui aku mengandungkan anaknya. Di hari terakhir kami berjumpa, aku banyak mendiamkan diri.

Aku tidak beritahu dia ada nyawa mulai terbit di dalam rahimku. Kerana aku tidak mahu mengganggu persiapan perkahwinan bersama wanita pilihannya. Aku lemah.

Selepas dia meninggalkan ku dan memilih wanita lain, aku juga memilih untuk meninggalkan segalanya.

Keluargaku, rakan- rakanku, bandar tempatku membesar selama ini ku tinggalkan semuanya dengan alasan aku mendapat kerja baru di bandar Kuala Lumpur.

Aku bekerja keras demi anakku. Aku bekerja demi menampung kelangsungan hidupku di bandar besar ini tanpa siapa-siapa.

Tetapi pada 13 Mac, 3 pagi. Aku telah mengalami pendarahan yang sangat teruk.

Darah mengalir tidak berhenti sehinggalah aku dikejarkan ke hospital dan Doktor mengesahkan aku telah kehilangan janinku.

Hidupku gelap, gelap terlalu gelap. Aku tidak kuat. Aku tiada sesiapa. Aku kehilangan lelaki yang kucinta dan kehilangan anakku. Sakit, sangat sakit ku rasa.

Aku tidak kuat, aku cuba untuk meneruskan kehidupanku seperti biasa. Tetapi aku tidak tahu sampai bila aku mampu.

Tidak pernah satu malam aku tidur dengan nyenyak tanpa memikirkan untuk mengakhiri kesedihan dan kesakitan ku.

Kenapa aku? Aku tidak kuat.

– A.A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *