Doakan supaya aku kuat…

5 Julai 2016
30 Ramadhan

Wahai diriku…
Hendaklah kamu sentiasa mengingati tarikh keramat ini, tarikh di mana kamu mula mendapat semangat untuk memulakan kehidupan yang baru.

Wahai diriku…
Lebih sepurnama kamu hidup tanpa arah…
Lebih sepurnama jualah kamu seperti orang gila, tanpa fikiran yang waras.

Wahai diriku…
Ingatlah janji kamu pada hari ini…
Janji bahawa kamu akan menjadi insan yg lebih baik dari hari semalam…
Janji untuk tidak lagi menangis…
Janji untuk tidak lagi mengulangi kesilapan silam…
Janji seorang lelaki…

Wahai diriku…
Yakinilah… Allah menyayangimu…

Ujian yang menimpa kamu bukanlah sekadar ujian kosong…
Ujian itu mendewasakanmu…
Ujian itu untuk kamu menilai siapa antara mereka-mereka di dalam hidupmu yang setia bersamamu…
Ujian itu didatangkan bersama rahmat Ilahi…

Wahai diriku…
Hendaklah kamu bersangka baik kepada Allah, nescaya yang baik jua akan datang kepadamu…

Wahai diriku…
Saat kamu bertanya “Ya tuhan…mengapa seberat ini ujian menimpaku?”
Saat kamu menitiskan airmata dan menyalahkan takdir, tidakkah kamu yakin bahawa Allah takkan mengujimu melebihi kemampuanmu?

Setelah lebih sepurnama berlalu…
Bukankah jiwamu kini menjadi lebih kental?
Bukankah kini kamu menjadi seseorang yang lebih menghargai?
Sedarkah kamu sekarang menjadi lebih matang?
Lantas…masihkah kamu sangsi janji tuhanmu?

Wahai diriku…
Ketahuilah bahawa setiap kepayahan itu dijanjikan kesenangan sesudahnya…
Ini kalam tuhanmu…
Jangan kau nantikan kesenangan itu…
Yakin sahaja…
KERANA TUHANMU TIDAK PERNAH BERDUSTA…

Ucapkanlah salam untuk dirimu yang baru!

5 Julai 2016
2.52am

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *