Salam semua.
Pertama sekali saya kenalkan diri dulu. Saya dalam proses memohon HO posting. Baru beberapa bulan tamat belajar.
Saya kalau ditanya soalan cliche interview : “Kenapa awak pilih utk menjadi doktor?”. Jujurnya, saya tiada jawapan konkrit. Cuba soalan yg sama ditanya kpd mana-mana pelajar perubatan mahupun yg sudah bergelar doktor. Soalan yg tiada jawanpan konkrit.
Ps: Saya bukanlah insan paling layak utk memberi pandangan memandangkan saya sendiri belum lagi mula bekerja.
___________________
Mengapa saya pilih doktor?
Saya memilih mengambil bidang ino sejurus selepas tamat SPM bukan atas paksaan sesiapa. Bukan kerana minat mendalam, personal experience yg buat saya ingin jadi doktor, teringin mencapai status doktor yg dipandang tinggi.
Tapi kerana
○ keputusan SPM bagus
○ tidak ada apa-apa bidang yg saya minati
○ saya tidak punyai sebarang skill kemahiran
○ saya tidak mahu belajar bidang yg berkaitan matematik
○ saya boleh skor subjek biologi
○ kerja yg secure & stabil
Tahun pertama & kedua berjalan lancar. Tetapi apabila memasuki clinical years (pendekatan belajar ditumpukan di hospital), ramai yg mula mengeluh dan sudah terasa letih. Masuk tahun 4 lagi letih.
Belajar secara teori dan belajar di hospital tersangat lain. Penatnya lain, stressnya lain, cabarannya berbeza.
Bagi saya kepuasan & reward menjadi doktor berdasarkan pengalaman sy di medical school, apabila pesakit mngucapkan t.kasih. That feeling bila dapat menyelamatkan seseorang, mereka smakin sihat. Semasa sy mengambil history, ramai pesakit yg suka berbual dn btkasih ada orang melayan berbual.
Namun ada juga pesakit yg kurang ajar. Manusia, bukan semuanya berbudi.
____________
Nasihat utk adik SPM yg ingin jadi doktor
Nasihat saya pada adik-adik yg teringin sangat nak jadi doktor, fikir masak-masak kenapa. Kalau kerana anda inginkan gah & status doktor yg diagung-agungkan masyarakat, anda less likely to survive medschool even the hostile working environment especially in Malaysia.
Belajar perubatan tidak akan sama dgn belajar di sek menengah. Melainkan anda memang bijak susah utk skor A sepanjang masa. Di medical school, kawan takkan tanya berapa A, kawan tanya lulus tak?
_____________________________
Ibu bapa/sekolah/pelajar sendiri perlu buka minda & explore other interests
Bagi saya, sewajarnya setiap sekolah menganjurkan career day. Caranya panggil, iklankan sesiapa doktor, peguam, jurutera tapi jangan lupa panggil juga kerjaya lain spt photographer, cheff, guru, wedding planner, fashion designer datang dan beri pendedahan. Lebih afdhal kalau panggil semula bekas pelajar sekolah tersebut yg dah bekerja.
Saya tahu ini kedengaran agak idealistik tapi tidak mustahil dn ia tidaklah sesusah mana. Tujuannya supaya buka minda masyarakat terutama generasi muda bahawa ada banyak peluang kerjaya lain yg menarik. Supaya mereka boleh discover passion mereka di mana. Galakkan mereka mencari minat.
Bagaimana mahu tahu minat kita di mana jika kita tidak pernah didedahkan? Jujur, selama saya di medical school, saya discover banyak minat lain yg sy buat utk menghilangkan stress, mengisi masa yg saya akan pursue seandainya sy tidak belajar medicine.
____________________
Jgn bongkak dgn title doktor
Kawan-kawan ibu bapa memang memandang tinggi & memuji sy. Expect doktor akan hidup senang, kaya, pakai kereta besar. Mujur ibubapa sy bukan jenis yg memandang harta benda sgt. Pesanan mereka doktor ini hanya gelaran, tanggungjawab besar dn ia tidak menjadikan kita lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dgn sesiapa pun.
Pernah sy temui seseorang yg menarik muka dn tidak senang hati dgn orang yg berbual dgnnya tetapi tidak memanggilnya doktor. Walhal itu borak di kedai makan, si polan pun bukannya pernah menjadi pesakit si doktor. Saya pelik, perlukah?
Cukuplah kita menilai seseorang berdasarkan kerjanya, kemewahan keretanya atau rumahnya. Seorang doktor sendiri pun tidak semestinya secara umumnya mempunyai cara berfikir yg hebat, sikap yg terpelajar sekalipun dia itu doktor.
_____
Sekian. Banyak betul sy melalut ke sana sini. Tkasih kerana membaca.
– Medical graduate yg menganggur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit