Reply kepada " keluarga yang penuh dosa"
Thanks admin sbb approved . Ini kisah aku. Mungkin agak panjang untuk korang membaca tapi ambillah pengajaran dari kisah aku ni. Jagalah harga diri kamu sebagai seorang wanita. Jagalah perasaan dan maruah Ibu bapa kamu. Jadilah anak yang mampu menghantar ibu ayah nya ke syurga.
Cik lilo..kamu patut bersyukur apabila Allah bukakan pintu hati kamu untuk kamu berubah. Dengan hanya mendengar mendengar ceramah.. Ya Allah..besarnya rahmat kamu.
Berlainan dengan aku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama.. Dihantar ke sekolah agama. One of the best student. Seorang penghafaz Quran. Ayah sering dipanggil untuk menjadi bilal.
Tetapi…betul la orang kata iman tak pernah dapat diwarisi. Abang aku ditangkap basah dengan kenalan office dia dirumah nya sendiri sedangkan pada masa itu dia telah berkahwin. YES. Sudan berkahwin. Hasil dari perbuatan itu, dorg punya anak. Dorang terpaksa bernikah wlaupun masih punya isteri. Anaknya sekarang berumur 9 tahun dan pernah bertanya. "Kenapa surat beranak kakak lain dengan adik2?"
Itu pasal abang aku.
Ini cerita adik bongsu aku. Ditangkap polis ketika sedang berasmara di dalam kereta dengan kawan sekolah. Dibawa ke balai polis dan memanggil mak ayah aku untuk menjamin. Ditambah dalam keadaan cabut sekolah dengan berpakaian sekolah. Hancurnya hati ayah masa tu. Menangis seorang mak mengenang nasib diri dia.
Berkenaan dgn kakak yang sulung. Berumur 35 tahun tetapi belum berkahwin. Bercinta dengan bos tempat dia bekerja yang statusnya suami orang. Hubungan dorang da berlarutan sehingga 11 tahun. Dalam tempoh tu, hasil dari keberanian aku bertanya dengan lelaki tu, dia mengaku yang hubungan mereka lebih dari suami isteri. Dia mengaku kesilapan dia dan cuba untuk perbaiki dengan mengajak kakak aku berkahwin.
Dan aku…harapan terakhir mak ayah untuk tengok hasil didikan dia. Pernah ayah cakap dengan aku ”kamu anak ayah yang paling bail". Tapi..aku hancurkan harapan ayah..harapan mak. Aku bercinta dengan lelaki berstatus suami orang. Ye..aku ulang kesilapan kakak aku. Juga sehingga terlanjur. Aku pernah terlintas di hati untuk tinggalkan dia, tapi tertangguh dengan pelbagai alasan. Dia pernah ajak aku bernikah tapi aku menolak sebab aku tak sanggup untuk rampas kebahagiaan isteri dan anak2 dia. Aku tahu sakitnya untuk perempuan berkongsi kasih suami dengan perempuan yang lain.Sehingga lah awal ramadhan yang lepas aku pertemukan dia dengan 2 orang kakak aku untuk berbuka puasa bersama. Mungkin Allah bukakan pintu hati aku untuk melihat.
Sehari selepas pertemuan tu, aku tengok dia da lain. Blocked aku di apps WhatsApp dan hanya berinteraksi di telegram. Online tapi tak approached aku. Hurm. Aku mula berfikir lain. Mungkin Allah nak tunjukkan aku..nak aku balik bersujud dengan dia. Terlalu rindu untuk lihat aku sebagai aku yang dulu. Aku ternampak segala messages di WhatsApp kakak aku (yang aku cerita kisah dia kat atas)dengan dia. Ya Allah…hibanya hati aku bila baca. Siapa aku sehingga mereka buat aku sehingga tahap macam ni? 2 hari aku meratap sedih. Dosa2 yang aku pernah buat terbayang2 dalam ingatan aku. Aku menangis. Adakah ini dosa sebab aku hancurkan harapan mak ayah aku? Sebab membelakangkan agama aku?
Ya Allah..kau maha pengasih ya allah bila kau bukakan pintu hati aku untuk kembalikan aku kepada-MU. Walaupun dalam keadaan yang sudah tak sempurna sebagai seorang gadis. Aku bersyukur. Mungkin ini hikmahnya setelah lama aku dengan dosa2 aku. Aku cuba walaupun susah. Doakan aku.
-nurr-
– Nurr
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
so maksudnya laki yg kau becinta tu is laki yg kakak kau pun cinta tu ke? aku x paham la weh..
ye kot..same guy..
ye.. lps pertemuan mereka dgn kakak dia 2 org, si laki tu bercinta berwsp pulak dgn si kakak sulong tu, sampai block wsp dia nie.. kakak sulong tu yg pernah bercinta dgn bos sendiri..
if thats the case, jauh kan la diri dr laki org.. aku pun penah di approach laki org and aku x nafikan manisnya ayat diorg, manisnya cara diorg punya “caring” tu berbeza dgn yg masih bujang.. and having a relationship with married people, of course they expect something up to bed since they already had that experiences .. aku pun x paham sesetengah org ni, dah ada halal relationship, apesal la kau hadap lg yg haram ni.. they just dont realize of how much single peoples are striving for halal relationship… nasihat aku buat sis.. jd kuat utk end eveything with that guy, if possible ask ur sister to do the same.. fikir kan psl wife dan anak2 lelaki tu.. what if u were the wife whose husband “mkn luar” mcm tu.. jgn fikir ahhhh sapa suruh bini dia x pandai jaga laki.. bcoz its way too bulls**t.. don’t settle for less sister, coz laki tu nampak sgt way too deep at the bottom.. cari lah yg boleh memimpin.. kesian anak2 awak nanti.. and please do not blame your father.. abah x penah ajar kita utk have s*x with laki orang…
Tula…x fhm sngt kn part tu..
laki tu try akak dia pulak.dia akan buat apa yg dia buat kat confessor
semoga kuat utk berubah, insyaAllah jauhi laki tu sampai bila2
tanye hati kuatkan iman.. belum terlewat utk bertaubat.. jauhkan lelaki sebegitu..jika sunyi ingatlah kita tak sendiriaan krn Allah sentiasa ada utk kita..
Kesiannya mak ayah :(
Syifa Huzna
Ujian utk mak ayah…satu2 jadi. Your parents are so strong to face it.
Mak abh aku pon risau juge tmbh2 km ni anak pmpn 3 org. Besaq dh p u smua dh. Tp mungkin berkat doa mak aku yg tk putus2 dok doaa utk ank2 smpaikan nk plih mahallah pon mak aku tk ptus2 doa bg dpt kwn elok2. Alhamdulillahhh., terhindar dr perbuatan cmtu..walaupun ht sudah tercemarrr dgn cinta lelaki tp msih boleh d buat bini. Fuhh ayatt
Dah jadi sendiri mak ayah, baru tau betapa penat, perit, payahnya nak mengandung, lahirkan, dan besarkan anak. Hancurnya hati kalau anak-anak sampai jadi macam ni.
Nadwa Hussain Thaqifah Hussain Faieqah Furqan Wan Zack Imran Ganu jaga maruah diri molek2 . paling penting jaga maruah umi ayoh kite . jgn wk umi ayoh risau . jgn wk umi ayoh malu dgn kelakuan kita . umi ayoh tua doh . ni mase utk anok2 balas jasa umi ayoh . jgn kite koho tamboh masalah umi ayoh . peringatan bersame . kalu ade saloh, saling tegur kesalahan . kalu xdok org tego, sapa bila2 kita lalai dgn dunia yg sementara ni . semua hamba Allah ade peluang utk bruboh . ats diri masing2 je nk ke xmboh . I love you all . :* :* :* :* :* :D :D :D :D :D <3 <3 <3 <3 <3