Dosa Kecil Yang Diperbesarkan, Dosa Besar Yang Diperkecilkan

Salam semua, aku kenalkan diri aku sebagai Z, izinkan aku berkongsi luahan hati menjadi isteri yang dikhianati oleh suamiku A sehingga terlerainya perkahwinan yang dibina.

Ampunkan aku Allah andai aku dianggap membuka aib, akan tetapi aku tidak mampu menyimpan kelukaan ini bersendirian.

Ambillah yang baik dari kisahku ini sebagai pengajaran, dan yang buruk daripada kisahku ini sebagai sempadan agar kalian tidak mengulangi silap yang sama sepertiku.

Aku dan A ditakdirkan berkenalan tidak lama selepas A bercerai dengan isteri pertama, maaf ya aku bukanlah perampas seperti yang disangka.

Mendengar A bercerita mengapa perkahwinan pertamanya terlerai, aku jatuh kasihan kerana bukan silapnya dan menerima A seadanya. A akan berubah insyaallah. For me, past is past, tutup buku, lepas kahwin sama2 kita berubah.

Perkahwinan kami pada awalnya bahagia, bergaduh dan bermasam muka itu adatlah dalam rumahtangga mana ada yang indah sahaja. Kami pasangan PJJ, bekerja di bidang yang sama.

Ruang yang terbuka menyebabkan aku langsung tidak sedar bahawa A curang di usia perkahwinan baru menjangkau 3 tahun. Alasan penat perlu berulang alik setiap minggu, tiada duit semua timbul.

A mula tidur di sofa setiapkali ada peluang balik hujung minggu, membiarkan aku keseorangan di bilik, dengan alasan mahu menonton TV dan terlelap sehingga pagi. Apabila tidur berasingan, seperti biasalah hubungan kelamin tidak diberikan berbulan2 lamanya.

Aku benar2 sangkakan A ada masalah manhood kerana walaupun baru berkahwin, kami terlalu jarang bersama.

Lama aku bersabar, sehinggalah kami bergaduh besar pada malam hari lahirku dan dia memutuskan tidak akan kembali kepadaku lagi. A keluar rumah dan tidak pulang hampir setahun.

Kecurangan kali pertama A ku hidu tidak beberapa lama selepas A keluar rumah. Bayangkan hujung Sep keluar rumah, awal Oct sudah mula saling like dan love gambar di FB.

Allah Maha Baik, tetap memberikan aku naluri sebagai seorang isteri untuk menghidu kecurangan A.

Aku cuba approach sundal tersebut pada bulan Nov, seorang janda yang turut bekerja di bidang yang sama.

Begitu bodohnya aku, memperkenalkan diri dan bercakap penuh hormat kerana begitu takut aku tersilap orang, berkali2 aku meminta maaf pada sundal tersebut di dalam panggilan telefon kerana mengesyakinya.

Sundal tersebut maklum hanya kenal A atas dasar kerja dan tidak berhubungan. Sundal tersebut memang mukanya seperti orang baik2, bercakap manja dan lemah lembut, dah pegi umrah, untuk dibandingkan aku yang serba kekurangan ini.

Aku pula dimarahi oleh A kerana katanya tak pasal2 orang yang tiada kena mengena pun tahu tentang masalah kami.

Dalam tempoh A tidak balik berbulan2, aku bagaikan orang sasau merayu dan memujuk A supaya kembali. Aku sedar aku bukan isteri yang baik, aku juga ada khilafnya dan aku andaikan semuanya boleh dibetulkan dengan peluang yang ada.

Aku pernah pergi mencari A di tempat kerjanya, kononnya ingin membuat kejutan kerana rindukannya, tetapi sudahnya aku yang terkejut kerana A tiada.

Macam2 aku ikhtiarkan, berubat, kaunseling tapi semua tak berhasil kerana A tetap tidak mahukan aku kembali. Aku juga berusaha untuk pindahkan A untuk tidak lagi PJJ.

Allah Maha Baik, rezeki aku, A pindah dekat dengan aku, tetapi dia tetap tidak tinggal bersama aku. Kebetulan majikan A kenal aku, dan cuba pujuk A untuk berbaik semula dengan aku.

A akhirnya setuju dan akulah orang yang paling bersyukur. Kami mula tinggal bersama2 semula.

Sebulan selepas berbaik, aku terjumpa album gambar dan frame di dalam kotak2 barangan A. Betapa terkejutnya aku bila kulihat album tersebut gambar2 dating bersama sundal yang pernah kusyaki dulu.

Saat itu, aku merasakan betapa bodohnya aku, dan mungkin saja aku ditertawakan oleh mereka berdua. Kerana takut, aku diamkan dahulu malam itu. Keesokannya, aku minta telefon A kononnya mahu tengok FB.

Aku scroll WhatsApp A dan sundal tersebut, penuh conversation bersayang2 dan aku hanya sempat scroll sehingga awal Okt sahaja ketika A mula keluar rumah. Hujung Sep keluar rumah, awal Okt telah mula bersayang2, entah sejak bila berkawan.

Aku hubungi sundal tersebut di depan A, sundal tersebut memarahi aku kerana dikatakan A yang terhegeh2 kepadanya.

Sundal tersebut juga menasihatkan aku untuk ubah perangai dan berkata dia berkawan dengan A kerana ingin berkongsi nasihat dan tidak menggalakkan A bercerai denganku.

Eh, who are you to judge me sundal? Bersayang2 tu bukan untuk menyundal kah?

Kecurangan pertama A, walaupun perit untuk aku lupakan, tetapi kerana A meminta maaf, aku kembali normal. A juga berkata hubungan dengan sundal sudah berakhir di saat dia memilih kembali kepadaku. Bodohnya aku kala itu.

Tidak lama selepas itu, A dinaikkan pangkat dan ditukarkan kembali. Mujurlah kali ini aku dapat bertukar sekali. A ajak untuk mulakan hidup baru dan aku setuju.

Hidup baru tidaklah berapa baru, mungkin sebab A rasa dia ada rupa dan suka berlagak bujang, berkali2 juga kantoi sexting dengan beberapa perempuan. Itulah, curang itu pilihan. Walaupun berkongsi bantal, hidung bertemu hidung jika ingin curang tetap curang.

Aku akui trust issue aku zero, sudahlah payah untuk melupakan kecurangan yang lama, disambung pula dengan edisi seterusnya. Baik, gado, baik, gado itu dah jadi lumrah. Tidaklah sepanjang masa kami bergaduh, ada je waktu indahnya.

Setahun lebih tinggal bersama, A pilih untuk PJJ semula. Menangis2 aku kerana trauma episod lama berulang semula.

Sudahlah bila tinggal bersama di depan mata pun pernah curang dan tidak mahu bersama kerana alasan penat bekerja, inikan mahu PJJ semula. Tapi, A meyakinkan yang dia akan pulang setiap minggu demi aku.

Mula2 nampak okay, tapi episod kedua kali ini berlainan. A sudah mula naik tangan dan memaki hamun bila bergaduh.

Bila ditanya, ianya berlaku kerana tidak dapat mengawal kemarahan. Masuk tahun terakhir kami berkahwin, A sudah tidak menyambut hari lahirku dan juga anniversary kami.

Alasannya sibuk, nanti some other day kita sambut. Tinggal janji. Aku bergaduh besar sehari sebelum hari lahirku kerana perkara yang sangat kecil.

Aku hulurkan tali pinggang supaya A dapat melampiaskan kemarahannya, tetapi A tidak mahu kerana sudah lama bersabar dengan perangai aku dan berkata akan meninggalkan aku forever.

Kerana aku terlalu emosi ketika itu, aku bertindak mencapai pisau dan cuba mengelar tanganku.

A yang melihat tindakan aku terus menumbuk dan memukul aku berkali2 untuk merampas pisau tersebut. Kenapalah A tidak memelukku saat itu, I’m his wife right? I really need his comfort.

Aku bukan nak bunuh dia pun. Emosi aku semakin tidak stabil apabila A menceraikan aku pada waktu itu selepas dia berjaya merampas pisau di tanganku. Aku tambah emosi dan menghantukkan kepala di dinding.

Lembik aku, A menolak aku dengan kasar ke lantai setiap kali aku menghantukkan kepala. Teruk aku dibelasahnya waktu itu seperti bukan seorang isteri.

Pergaduhan terhenti apabila aku sudah terlalu lembik teresak2 di lantai dan tidak mampu bangun. A menyuruh aku tidur dan dia rujuk semula dengan aku pada pagi tersebut. 2 minggu juga nak hilangkan lebam2 di badan kerana dibelasah A.

Aku ajak A untuk buat IUI, kerana anak itu pengikat kasih sayang. Jika A tidak mahu balik rumah kerana aku, setidak2nya A perlu pulang untuk anaknya. Bijaknya A memberi pelbagai alasan mengelak, sehingga gagal IUI kami pada waktu itu.

Aku benar2 kecewa. Kemuncak kami bergaduh akibat A culas memberikan komitmen terhadap IUI dengan alasan sibuk dan tidak tahu.

Aku sangat kecewa, sudahlah tahun itu memang kami plan untuk TTC, tapi tindakan A tidur luar, tidak mahu beri nafkah batin berbulan2, IUI pun tidak commit jadi bagaimana nak dapat anak.

A berkata aku sering salahkannya membuatkan dia terasa hati. Aku masih ingat lagi terakhir kali aku menegurnya tentang tidur berasingan, A berkata dia akan meludah mukaku jika selepas dia tidur sekatil aku masih lagi menarik muka kepadanya.

Adakah aku tidak punya hati untuk terasa dengan segala kata2 kesatnya? Aku mesej panjang lebar tidak mahu dibaca, aku merajuk dia tidak peduli.

Sehinggalah aku pesan pada A, tidak perlu balik jika sekadar untuk memenuhi kehendak aku untuk wujud tiap minggu tetapi tidak mahu menyentuhi aku.

A tidak balik betul2 selepas itu, menghubungi aku pun tidak, sebab padanya aku pun tidak menghubungi dia. Sama2 ego mungkin.

Setelah sebulan tidak balik, aku mesej kepada A, hati aku juga sudah tidak sedap kerana A bukanlah seorang yang mampu setia keseorangan.

Jika dia tidak menghubungi aku, pasti ada orang lain yang menemani sepinya.

Aku katakan pada A tidak perlu ulangi drama lama, tidak balik berbulan2 sebagai hukuman terhadap aku, jika tidak mahukan aku, marilah bercerai.

A hanya berkata tidak tahu mulakan daripada mana. Jika aku inginkan sangat bercerai, sila failkan sendiri kerana A tidak mahu dipersalahkan.

Selepas bulan kedua A tidak balik, aku ceritakan pada ibu bapaku agar mereka dapat bertemu dengan ibu bapa A untuk memujuk A dan menyelesaikan masalah ini.

Pertemuan ibu bapa turut dihadiri oleh A, tanpa aku. Apabila ditegur, A berhujah mempertahankan dirinya dan menyalahkan aku.

Semuanya jadi silap aku, langsung bukan silap dia. Kenapa jika dia tidur di luar, aku tidak ambil bantal dan tilam temani dia bersama2 di luar? Kenapa aku selalu tarik muka?

Jika tengah baik, disalahkan aku pula sibuk ajak dia berjalan2 hari minggu, balik terus aku tertidur awal.

Hari Ahad baru sibuk ajak bersama waktu A dah kelam kabut nak balik. Allahuakbar. Sehinggalah bapanya mencadangkan agar balik berbincang dengan aku. Aku ingatkan nasihat yang baik diambilnya.

A menghubungi aku melalui WhatsApp bertanya apa yang perlu dilakukan seandainya bercerai. A juga bertanya jika aku mahukan dia lagi.

Tiada satu pun cadangan untuk berbaik diberinya kerana padanya sudah tidak ada jalan.

Bila aku bertanya adakah A sayangkan aku lagi, seperti sebelum ini, A hanya memberi kata dua “bukan masalah tidak sayang”. Aku, sedia menerima A lagi seandainya A mahu berubah.

Walaupun PJJ, kami berkahwin sudah lama dan aku cherished perkahwinan ini walau ada suka dukanya.

A memutuskan yang kami sudah tidak ada jalan perdamaian, dan A terus mengisi borang penceraian tanpa bertemu aku untuk berbincang.

A minta aku terima yang jodoh kami sudah berakhir. Ustaz menghubungi aku, aku minta ustaz untuk nasihatkan A, tapi tetap tidak berjaya.

Aku hanya inginkan A menjadi suami yang baik, menunaikan solat, menjalankan tanggungjawab, memberikan nafkah batin kepada aku isterinya dan tidak mengabaikan aku.

Aku willing untuk menerima segala kekurangan A selama ini kerana sayang, tetapi A tidak menerima keburukan aku iaitu selalu tarik muka katanya.

Allahu, aku tidak tahu isteri mana yang mampu bersabar apabila suami PJJ yang dinanti2 balik dan pilih tidur berasingan, tidak menyentuh isteri berbulan2 dan apabila ditegur hanya berubah untuk sebulan dua.

Apa yang aku tegur hanya benda yang sama, bab solat, bab nafkah, bab tanggungjawab sehingga A cakap dia rimas aku selalu membebel. Pada aku, jika A benar2 istiqamah berubah, tidak perlu aku menegurnya berkali2.

Aku minta untuk bersemuka dengan A di rumah mertua untuk terakhir kali. Aku datang masih dengan harapan A ada options untuk berdamai, tetapi hampa. Segala apa yang dipendam A selama ini dihamburkan pada malam tersebut di depan ibu bapanya.

Aku dituduh membuka aib nya, sedangkan pada siapa lagi aku nak mengadu untuk bantu aku menegur kesalahan A jika bukan ibu bapa.

Bukan aku tidak pernah tanya apa yang tidak kena dengan perkahwinan kami sebelum ini, tetapi A pilih untuk berdiam dan makan hati.

Allahuakbar, aku akan ingat sampai bila2 ayat A. A sebenarnya sudah lama tiada hati pada aku, sebab itulah dia tidak mampu memberikan nafkah batin kepadaku sejak sekian lama. A memang tidak mahu anak denganku kerana dia sudah lama tiada hati kepadaku.

Hancur remuk hati aku malam itu. Tergamaknya A buat begitu pada aku, isteri yang selayaknya disayangi tetapi A hanya tinggal perasaan kasihan sahaja yang menyebabkan A tidak jadi bercerai sebelum ini.

Betapa besarnya dosa aku tarik muka, untuk dibandingkan dengan dosa kecurangan dan ketidakadilan A dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Dosa curang dianggap kecil, dosa tarik muka dikira besar. Allah, maafkan aku. Sehingga ke saat akhir, A langsung tidak mahu menyantuni aku seperti seorang isteri. Dia menempelak aku di hadapan ibu bapanya, dan tetap meninggikan suara.

Aku benar2 memang sudah tiada makna padanya. A sudah tidak melihat aku sebagai isterinya.

Aku benar2 rasa bodoh dengan apa yang berlaku,hasutan syaitan mengatakan mesti A sudah berjanji kepada sundalannya untuk tidak menyentuh aku selama ini demi cintanya terhadap sundalan itu. Allah, beratnya rasa hati.

Ya Allah, redhakanlah aku untuk melepaskan A yang aku sayangi selamanya. Tiada guna lagi aku menggenggam A, kerana hati A milik orang lain. A sudah lama tiada hati denganku, tiada apa yang mampu aku buat untuk mempertahankan lagi rumahtangga ini.

Jika aku terus ego memperjuangkan rumahtangga ini, A boleh memilih tindakan yang sama iaitu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, kerana A hanya hidup atas dasar kesian kepadaku, bukan lagi perasaan sayang.

Selamat tinggal A, semoga kau jumpa kebahagiaan yang kau cari bersama insan yang kau cintai. Terima kasih A untuk segala kebahagiaan yang dicipta walaupun untuk sementara cuma.

Kepada sundalan, terima kasih kerana mengambil kesempatan dan menyumbang kepada penceraian ini.

Jika A seperti aku yang bodoh setia menunggu, dan kau tidak wujud, sudah pasti perkahwinan ini masih mampu diselamatkan.

Seburuk manapun, aku sentiasa memilih untuk memperbaiki A, tetapi malangnya A punya options lain daripada perlu bersusah payah memperbaiki aku. Ingatlah, kifarah Allah itu ada.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *