Para Su4mi, Sanggup Tak Anda?

Pernah terbaca confession beberapa suami dalam ni tentang masalah-masalah isteri diorang. Aku tak nafikan. Aku simpati.

Tapi ada beberapa perkara aku nak tanya kan. Seorang suami, sanggup tak kalau….

1. Anda bekerja, isteri pun bekerja. Tapi isteri pergi kerja lebih awal & balik lebih lewat.

Segala urusan anak-anak dipagi hari & selepas balik dari kerja anda uruskan sendirian.

Kejut anak, mandikan, siapkan, sediakan beg ke tadika & daycare, siapkan sarapan, monitor anak makan.

Bersihkan baby, salin pampers, bagi susu.

Disamping anda sendiri yang perlu bersiap utk ke tempat kerja.

Hantar anak-anak ke tadika & taska sebelum ke tempat kerja.

Balik kerja ambil anak dari daycare & taska, sampai rumah susu kan baby, mandikan 2 orang anak, siapkan dinner disamping anda yang perlu mandi & bersiap, solat.

Isteri bangun pagi siapkan diri sendiri & keluar kerja. Balik malam isteri mandi, makan , main dengan anak sekejap & tidur.

2. Semua perbelanjaan anda yang tanggung.

Sewa rumah, bil, barang dapur, barang keperluan, pampers susu anak, yuran tadika, yuran taska, monthly kereta, minyak kereta, servis kereta,

Makanan yang beli di kedai atau bila makan kat luar, ubat ubatan, pakaian, sebarang kerosakan kenderaan atau barang di rumah.

3. Bila anak sakit, anda yang perlu ambil cuti & jaga anak.

Isteri bagi alasan susah nak dapat cuti, jadi setiap kali anak tak sihat anda yang kena ambil cuti, bawak anak ke klinik, jaga anak sakit kat rumah, malam tak cukup tidur sebab melayan ragam anak tak sihat.

Bukan tu je, anda jugak yang perlu bawak anak check-up kat KK ikut jadual. Kalau anak warded, anda jugak yang kena jaga anak kat hospital.

4. Semua keperluan anak di taska & tadika anda uruskan.

Isteri bagi alasan takde masa sebab kerja, jadi semua whatsapp group tadika & taska anda yang monitor, segala makluman dari cikgu-cikgu anda yang kena ambil tahu & sediakan.

Segala masalah anak di tadika / taska anda yang kena maklum & ambil tindakan.

5. Makan minum pakaian anak semua anda uruskan.

Dari sarapan pagi, bekal ke taska, lunch dinner, tea time anak & isteri semua anda uruskan.

Beli bahan, preparation, masak, kemas lepas memasak. Sebab isteri balik kerja dah lambat tak dapat masak.

6. Mengemas rumah selalunya anda buat.

Isteri cuma bantu sesekali ikut mood sedangkan anda seorang pembersih, jadi anda lah yang kerap sapu rumah, mop, bersihkan dapur, lap meja, cuci toilet.

Saje nak tau, para suami ada ke yang sanggup hidup macam ni?

Saya isteri, ini yang saya hadap. Dan saya tahu ramai isteri yang hadap benda yang sama.

Jadi saya nak tahu, kalau pihak suami, ada tak yang sanggup buat semua ni, atau awal-awal dah diceraikan isteri tu?

Jangan tanya & persoalkan duit suami ke mana, tak pernah berbincang ke etc. Anggap saje semua perkara yang tak mustahil, saya dah lakukan.

Pertanyaan di sini simple, suami suami sanggup tak berperanan seperti ini?

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *