Gen Z Gen Strawberry

Assalamualaikum semua. Nama aku Y mestilah bukan nama sebenar. Kalau confession ni tersiar, terima lah kasih.

Bukan apa, aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap anak buah aku. Bukan anak buah betul lah, tapi anak buah kat office.

Kalau baca tajuk mesti dah tau kan aku nak mengumpat pasal apa.

Aku ni keje kat satu company kecik. Ada boss, aku dan beberapa lagi staff bawah aku. Adalah dalam 5 tahun aku dah keje kat sini. Yang staff lain tu pulak dalam setahun lebih keje kat sini.

Boss kitorang bagi aku antara kategori boss yang baik. Gaji setimpal dengan taraf hidup di bandar ni.

Bahkan, aku rasa macam lebih2 pulak. Sebab company kitorang kecik, time busy pun tak busy sangat. So banyak je time yang takde keje. Makan gaji buta je time tak busy tu.

Pastu office ni takde sistem thumbprint ke punch card ke. So staff punya working hour agak flexible lah, suka2 hati je boleh masuk lambat. Kadang2 tu boss bagi balik awal.

Balik rumah dah tak payah sambung buat kerja dah. Sampai aku rasa staff2 dia ni dah tahap amek kesempatan pun ada.

Office hour pukul 9, tapi diorang masuk pukul 11. Boss tak pernah question sebab boss pun tak tau. Boss selalu masuk office belah petang.

Aku je lah berbulu mata tengok diorang masuk lambat. Aku lambat2 pun takde lah sampai dah nak tengahari baru nak masuk office. Itupun aku cover balik lambat sikit.

Perangai gen z yang keje dengan aku ni, (disclaimer, bukan semua gen z ya, ni gen z yang keje bawah aku je), diorang ni lemah ya. Ada je alasan nak wfh atau tak masuk office.

Aku perhati je. Dah lah hari2 datang lambat. Kadang2 tu seminggu ada lah sehari diorang bagi alasan tak nak masuk office. Nak wfh katanya.

Ni satu lagi sistem aku angin. Wfh tu work from home. Office kitorang ni banyak keje yang based kat office. Kena tunggu kat office barang sampai pastu kena hantar kat customer.

Macam mana nak work from home gitu? Pastu macam aku cakaplah, ada je hari yang kitorang takde keje sangat, so diorang nak work from home dengan keadaaan yang takde keje.

Aku garu kepala pikir diorang buat keje apa kat rumah.

At least kalau kat office boleh lah buat filing ke, tolong sort document ke, update report ke, study pasal company ke. Ni kat rumah tu ada jaminan ke diorang duduk menghadap laptop selama working hours tu?

Alasan nak wfh, sebab tak sedap badan katanya. Adui laa muda lagi janganlah lemah sangat dikk. Aku tak sihat macam mana pun, selagi larat pergi kerja, aku gigih jugak datang.

Kalau betul2 tak larat baru aku amek MC atau amek EL je. Malas nak guna alasan wfh. Sebab aku tau wfh pun takde keje yang aku boleh buat kat rumah.

Lagi satu, company kitorang kan berapa kerat je la yang ada. Workstation pun jauh2.

Kebarangkalian nak berjangkit batuk ke selesema ke tak de la tinggi sangat. Pakailah mask kalau takut. Setakat batuk manja2 pun nak wfh.

Aku cakap kat diorang, kalau tak sihat amek MC. Sampai ke sudah takde MC nya.

Pastu, keje semua nak senang je. Aku ni buat hampir semua keje. Dari prepare document sampai lah deal dengan customer. Keje yang susah2 aku setelkan. Keje diorang aku senangkan.

Kadang tu aku saja lah tinggalkan keje sikit untuk diorang buat, masalahnya, sementara tunggu diorang masuk office tu, aku dah siap setel semua keje tu.

Baik aku buat sendiri dari tunggu diorang lambat. Adakah sebab diorang terlampau rilek jadi diorang amek mudah semua benda? Sebab semua benda aku dah setelkan? So, adakah aku kena pikir nak tambah keje apa kat diorang ni?

Tapi, nak bagi diorang keje pun, end up aku yang akan buat jugak. Kenapa? Sebab diorang semua nak disuap. Ada satu time tu, aku suruh deal dengan customer, tapi diorang tanya aku balik macam mana.

Padahal semua info dah ada dekat dalam shared google sheet. Diorang tinggal nak baca dan fahamkan je. Tak susah pun keje kitorang kat dalam office ni. Tak tau kenapa diorang macam taknak belajar.

Aku dulu banyak je kena belajar sendiri. Sebab time aku masuk keje, staff lain semua dah berhenti. Tinggal aku dengan boss je terkontang kanting urus company. Kalau aku boleh adapt keje dekat sini, kenapa diorang tak boleh?

Entahlah, kadang aku pening dengan perangai diorang ni.

Pernah ada satu time tu aku hampir nak resign sebab aku tak tahan keje dengan orang ignorant macam ni. Tapi boss aku tak bagi sebab dia kata nanti dia mati. Hahaha.

Boss aku pun boleh tahan banyak lepas tangan kat aku. Mentang2 lah aku competent (berlagak sikit boleh tak).

Kadang aku rasa elok je takde staff dari ada staff tapi macam takde. Kitorang hire staff sebab nak tolong key in data dengan delivery, tapi selalunya aku sorang-sorang jugaklah yang jadi penunggu kat office ni.

Kadang aku ada urusan nak settlekan kat bank atau office customer, terpaksa buat hari lain yang ada orang lain kat office ni. Mana boleh tinggal office takde orang.

Aku ni sakit hati pendam sorang sorang je. Tak de pun aku mengadu kat boss. Atau maki hamun diorang. Amboi, takkan aku pulak nak maki hamun, boss buat biasa je tak nak lah aku lebih sudu dari kuah.

Depan diorang aku still buat baik lagi. Bagi muka lah. Kang diorang cabut, satu hal la pulak nak cari staff baru. Dah la susah nak cari staff sekarang ni.

Dapat staff pun jenis yang main2 buat keje. Diorang ni pun satu hal, tak tau ke ramai orang susah nak dapat keje sekarang. Ni dah dapat keje, jangan lah take for granted.

Aku harap satu hari nanti diorang keje kat company lain yang lagi strict dari company aku, baru diorang tau erti penyesalan. Dan kalau diorang takde hati dah nak keje kat sini, silalah berhenti dengan cara terhormat.

Takkan nak tunggu boss mengamuk baru nak sedar (walaupun boss tak pernah mengamuk lagi dengan perangai diorang, kecuali time diorang buat silap lah).

Penat dah membebel. Banyak lagi aku memendam rasa dengan diorang ni, contohnya bila hari hujan tiba2 mesej aku tanya kak, macam mana saya nak masuk office ni, hujan. saya naik motor. Kamu nanya? dah tu nak aku payungkan dari rumah sampai ke office ke?

Ataupun bila tiba2 pagi tu baru mesej kak, saya wfh tau harini. nak pergi bengkel service kereta. Eh, wfh tu work from home. Bukan work from bengkel. Amek EL la gitu. Anak2 aku demam pun aku amek EL bukan bagi alasan WFH.

Ni tak, Dalam seminggu ada je WFH/EL/MC. Sampai hujung tahun buat2 terkejut AL dah habis. Habis tu dia ingat dia amek EL tu tak tolak AL ke? Bahagialah keje kalau camtu.

Last sekali, aku ada satu soalan. Sejak covid ni, memang ramai company yang allow wfh. Aku pun tak kisah kalau wfh dan buat keje.

Tapi wfh dalam keadaan yang tak de keje ni aku musykil sikit. Nak buat macam mana ya? Korang ada idea tak macam mana nak pantau staff yang wfh ni?

Ke bagi je diorang wfh sambil goyang kaki? Sebab kalau duduk kat office pun diorang goyang kaki jugak. Eh macam senang sangat je kan keje kat sini. Haha.

Mohon pandangan semua. Mohon maaf jugak andai ada yang rasa aku tak bertimbang rasa atau dengki dengan staff. Aku ni mungkin sejenis typical gen Y yang merasakan bekerja tu sebenarnya lebih efisien jika dilakukan di office je. Terima kasih.

– Akak Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *