Untuk part I, (https://iiumc.com/dosa-pahala-bercampur/).
Assalamualaikum… Salam sayang buat semua… Semoga semuanya baik dan bahagia..
Terima kasih tak terhingga andai penulisan ini masih diterima untuk disiarkan di ruangan ini..
Terima kasih daun keladi kepada komen yang dah dititipkan dalam kisah saya sebelum ni… Banyak memberi makna buat saya…
Mohon maaf kepada yang tidak suka atau tidak faham dengan kisah saya dulu… Saya main tulis je tak pandang kiri kanan, rupanya jadi sajak berirama..
Rupanya saya ada bakat sastera, saya tak pernah belajar sastera sebab saya tak ambil SPM. Saya yang jahil banyak dosa ni pernah belajar sekolah agama…
Dari luaran saya bertudung labuh tapi ada dosa tersembunyi yang sangat diketahui Tuhan. Dosa itu bagai beban batu yang dipikul, tanpa pengampunan Allah boleh hancur.
Maaf tak boleh cerita dengan jelas cara berzina dengan tangan sendiri… Atau puaskan dengan tangan… Takut ada yang nak cuba kalau tahu…
Tapi sebenarnya saya dah tertaksengaja merangsang alat sulit tanpa fikir kelucahan bila rasa seronok mengulitnya di waktu awal remaja… Hanya tahu itu salah bila terbaca majalah agama.
Bila dah tahu salah… Buat lagi… Rasa bersalah, malu sebab macam orang tahu, kerana pernah ada yang tegur wajah nampak suram kelam macam ada buat tu ye…
Keinginan ada pasangan membuak di alam remaja tetapi sebagai seorang yang sayangkan agama mahu menjaga ikhtilat langsung tak pandai berkawan dengan lelaki…
Berimaginasi sendiri mulanya untuk sedap… Tak jumpa lagi video yang bebas sekarang ni…
Tapi bila dah berani buat carian benda ke arah tu… Makin nak cari lagi, nak tengok lagi…
Waktu tu guna komputer tak tahu ada history yang dapat terkesan, adik perasan dan cek sebab dia juga guna komputer tu… Huhu malu gila sebab dia tahu kita layari apa… Kantoi. Serius malu gila.
Benda tak senonoh ni, macam maruah… Jika buat jadi hilang maruah… Jika aib tersebar jadi apa… Macammana nak jernihkan pandangan orang…
Ada hadis kata, buat baik… Kebaikan akan memadamkan dosa… Buat jahat akan memadamkan pahala… Begitulah jadinya, dosa pahala bercampur.
Kemudian bila buat dosa bukan sebab jahil tapi fasik… Risau jika tak diampuni, risau jika dapat balasan azab…
Sebab lepas tu makin ketagih, nak tu macam nak juga nak tengok nak buat lepas tu nyesal rasa kenapa buat juga mulalah banyakkan zikir dan taubat…
Pernah terfikir, yang jenis tutup aurat ni pun suka benda tu yang seksi tak terpengaruh ke.. arghh risau.
Makin kritikal dan dapat rasakan kahwin saja cara berdamai dengannya.. dapatlah jodoh terbabas..
Bab jodoh ni…. Saya percaya jika betul kamu mahu sangat dan ada doa…. Akan sampai walaupun nak dapat ke sampai tu macam jatuh gaung banyak kali sebab dosa tu lah. Akhirnya Allah yang Maha Tahu Maha Baik bagi.
Alhamdulillah… Selesai satu masalah. Tapi masuk berjujut masalah baru. Hahahaha. Hadap jelah sebab nak sedap satu bab sakit bab lain terima jelah…
Sungguh, ada terfikir sampai mantan dulu ada penyakit kelamin ke. Buat carian rupa penyakit tu macam mana, dan tengok dia punya… Lega tak ada luka. Hanya luka di hati..
Hati dia pun luka. Dia pun sengsara dengan dosa dia… Kasihan dan ehsan terima seadanya… Tapi bila peluang berulang yang disalah guna, sila berambos dari hidup ini.
Saya ada keluarga kandung yang melindungi tak timbul masalah bila bercerai. Saya lebih bahagia bila bercerai… Ini takdir saya.
Dosa mendekati zina ni… Jauhkanlah. Saya ada rezeki zuriat… Saya hanya mampu doa agar dia terhindar dari benda ni. Dosa ni buat diri jadi tak stabil dan rezeki tersekat. Boleh datangnya musibah…. Rugi, sakit..
Semua yang dah dilakukan dulu… Tak dapat diubah… Tak perlu dikenang sangat… Hanya Tuhan yang tahu….
Masa mengandung juga pernah mengidam nak tengok benda lucah dan bila terangsang suka buat sendiri.
Ya, dah kahwin pun masih banyak buat sendiri sebab entah siapa yang salah bila bersama suami tak boleh sampai nikmat tu…
Konon jika tengok video buat banyak idea cara nak buat… Haaaa.. itu yang best kahwin boleh buat dengan halal malah dapat pahala..
Yang belum ada rezeki kahwin sabar ya.. maaf ya baca kisah mengarut saya ni. Nak sedarkan semua benda ni ada dan menyedihkan.
Sebaiknya bila mengandung banyakkan amal ibadah, baca Quran… Ya ada buat juga, dan yang dosa tu pun ada buat juga…
Sampai rasa kasihan anak ini adakah dia akan buat benda ni nanti ya Tuhan jagalah dia, berilah dia ilmu dan iman yang benar, jangan terpengaruh dengan hasutan Syaitan.
Syukur sangat anak lahir sempurna. Sebab banyak anak istimewa di dunia… Rasa dengan dosa ni tak layak dapat kesempurnaan tapi, Allah terima taubatku… Sebab saya sabar dengan ujian lain.
Saya didik anak tutup aurat, dia kecil lagi dah pakai tudung… Dan dia dengan sendiri akan tahu kena pakai tudung bila keluar jalan…
Didikan aurat ni Insha-Allah mudah bagi diri ini tapi yang lain… Amal soleh yang lain termasuk solat ngaji, saya masih gagal. Saya harap akan berjaya nanti…
Kini, saya dah tiada pasangan… Dan dah malas nak fikir layan pasangan. Benda aib tu pun dah makin tak layan sangat. Masih pernah buat juga tapi tak ketagih dah..
Mohon maaf sekali lagi jika karangan kali ni masih pening tak faham… Yang faham tu faham lah.
Terima kasih tak menyesal baca tolong doakan saya dan keluarga.. juga moga semua akan dirahmati dengan hidayah dan ketakwaan.
Jika ada pengajaran, jadikan ikhtibar… Terima kasih.
– Bukan Siapa Siapa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit