Padah Kerana Nafsu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/padah-kerana-nafsu/).

Aku R. Sebelum ini aku buat confession. Aku membaca komen2 sahabat semua setiap satu. Dan aku mahu perbetulkan apa yang dalam confession aku itu.

Bila mana aku sebut dia bermaksiat, mengauli perempuana lain itu tidak lah sampai tahap berzina, mencelup perempuan tersebut. Tidak wahai sahabat semua.

Tahap maksiat yang mereka lakukan hanya ringan, berpelukan berciuman. Tetapi bagi aku itu sudah cukup menjijikkan dan dikira maksiat mengauli perempuan lain.

Mungkin ada yang kata aku cuba back-up suami, tidak sahabat2 semua. Sememangnya aku check satu persatu mesej rekod2 semua untuk check tahap bermaksiat tersebut.

Bahkan aku siap pegang, mengenggam kemaluan suami aku dan bertanya sampai mana dia buat.

Kalau rasa dia tak mampu nak kawal nafsu dia, aku boleh tolong mandulkan dia dan buat dia tak boleh guna kemaluan nya selama2 nya.

Jika anda fikir setakat penampar yang aku bagi, tidak jugak sahabat2 semua. Aku juga cekik dia ketika tidur.

Adakah berlaku keganasan rumahtangga sepanjang perkahwinan kami? Pon tidak sahabat2 semua. Meskipon suami aku black belt taekwando, dia tidak naik tangan dekat aku.

Meskipon aku ada pencak silat, aku juga tidak memukul suami aku.

Andai kata kami bergaduh dan dia naik tangan terhadap aku, aku jugak takkan berdiam diri, nak bertumbuk kita bertumbuk wrestling betul2 sampai dua2 masuk hospital.

Mesti sahabat2 semua kata aku bodoh, dah curang tak angkat kaki. Tak sayang-sayang semua, aku tak bodoh.

Bukti semua aku simpan untuk ke mahkamah. Meskipon aku suri rumah, aku juga pernah bekerja sebelum jadi suri rumah.

Aku ada saving, ada barang kemas yang boleh dijual jika aku hendak berpisah, untuk upah peguam mahkamah. Aku ada lesen kereta & motor. Senang kata, untuk berlalu pergi boleh angkat kaki.

Jadi kenapa aku teragak2?

Kerana sememangnya dia suami yang baik. Baik bukan sekadar baik sahabat2 semua.

Sebelum berkahwin aku telah siasat semua mengenai dia, sebelum memilih dia menjadi suami. Dari segi pergaulan, cara percakapan, dengan keluarga nya dengan kawan2 nya dengan adik2 nya.

Semua aku check.

Dia bukan kaki perempuan. Seperti mana yang aku beritahu, ini kali pertama terjadi. Dan Allah masih selamatkan dia tak pergi jauh sebab kantoi dengan aku.

Aku dah cakap jangan khianati aku, kalau Allah nak tunjuk, sekejap sahaja Allah tunjuk kepada ak. Dan itu lah yang terjadi.

Tiada juga plot twist di mana aku juga curang. Aku sangat menjaga ikhtilat pergaulan, bahkan gambar2 aku di media social aku tidak upload, FB IG Tiktok semua.

Meskipon aku juga tahu mengenai apps omi aku tak pernah cuba2 dan tak teringin mencuba.

Walaupun 24/7 aku di rumah, dengan kurang perhatian dari suami kerana penat bekerja, tidak ada mana aku nak cari laki lain. Kerana aku nak syurga Ya Allah.

Hidup ini singkat, tak tahu bila ajal sampai. Hidup bukan sekadar untuk seronok semata2.

Ak bertanya kepada dia, apa lagi yang tak cukup dalam hidup ini. Semua dah ada, jadi kenapa boleh terjadi perkara ini. Kenapa sanggup musnahkan kebahagiaan ini dengan tangan sendiri?

Aku bertanya adakah aku bukan isteri yang baik. Dia jawab Tidak

Adakah aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Dia jawab Tidak

Adakah aku tak hormat dia sebagai suami. Dia jawab Tidak.

Jadi kenapa boleh terjadi semua ini? Ya Allah.

Aku berkata jika dia mahu aku freehair, seksi aku boleh buat kalau itu dia mahu.

Dia simpan aku dalam rumah, tak bagi aku bekerja kerana ingin menjaga maruah aku dari fitnah luar, kerana taknak lelaki lain memandang aku. Tapi dia tak jaga pandangan, ya Allah.

Aku boleh dikatakan ada rupa sedap memandang. Badan still in shape seperti sebelum kahwin walaupun dah ada anak dua orang. Jadi kenapa?

Dia jawab tak tahu, tak tahu macam mana boleh terfikir nak main apps tu dan terjebak sampai macam tu sekali.

Aku sememangnya mahu angkat kaki sahabat2 semua. Dia berkata dia takkan mengulangi nya lagi, bertaubat nasuha, memohon maaf takkan ulangi nya lagi.

Siapa lah aku untuk menidakkan taubat nya ya Allah.

Aku melihat dia menangis di sejadah, aku melihat dia bangun malam menunaikan solat sunat.

Jahat lah aku jika aku menidakkan taubat dia sedangkan Allah yang menerima taubat. Ya Allah.

Lagi bila mana ketika masalah ini berlaku, bermacam macam ceramah mengenai taubat berlalu lalang di wall aku seolah memberi pesanan mengenai taubat suami aku. Ya Allah.

Orang berkata baik angkat kaki mencari kebahagiaan sendiri. Bagaimana dengan kebahagiaan anak2 kami? Dia ayah yang baik, anak2 lebih rapat dengan dia dari aku.

Adakah aku patut pentingkan kebahagiaan aku dari anak2? Di saat anak memanggil ayah, ayah.. Di saat anak memanggil ibu, ibu.. ya Allah..

Aku berasal dari keluarga yang tak lengkap membesar tanpa ayah. Jadi aku tahu perit nya hidup membesar dalam keluarga tak lengkap ini.

Aku tak mahu anak2 mengalami perkara yang sama.

Ada juga berkata jika aku bekerja tentu senang2 aku buat keputusan. Tidak juga sahabat2 semua.

Jika dia betul2 bertaubat, siapalah aku untuk menidakkan taubat nya. Ya Allah.

Tapi bagaimana dengan perasaan aku? Itu lah yang membuatkan lagi perit nya ya Allah.

Betul lah ujian bagi isteri adalah suami nya. Ujian bagi suami adalah dunia.

Mungkin kah ini juga pembalasan atas dosa2 kami yang lalu, sebelum kami berkahwin. Meskipon telah buat solat taubat selepas kahwin, Allah masih belum menerima taubat kami. Ya Allah, kasihani lah kami hambaMu ini

Kami berdua sering berjemaah solat bersama, suami aku juga mengajar aku mengaji. Dia jaga aku & anak2 kami dengan baik. Aku juga tak tahu kenapa ini terjadi di saat tahun kelima perkahwinan kami.

Betul orang kata ujian perkahwinan mengikut tahap ini. Ya Allah, perit nya ujian Mu kali ini.

Aku juga pernah antara kalian melihat membaca kisah2 tentang kecurangan, pengkhianatan suami terhadap suami. Dan akhir nya perkara ini berlaku kepada aku.

Betul lah Allah Maha Adil, DIA bagi semua hambaNya ujian yang sama, melihat sejauh mana hamba Nya mampu hadapi nya.

Ya Allah. Sesungguhnya syurgaMu itu cukup mahal.

Terima kasih yang bagi komen positif, negatif semua aku terima.

Doakan aku kuat tak kira apa keputusan aku ambil dan aku doakan kalian semua tidak akan mengalami apa yang aku lalui, kerana pengkhianatan itu cukup menyeksakan Ya Allah.

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *