Admin please approve. Dah lama aku pendamkan dan cuba hadamkan tapi aku tetap tak boleh terima.
Banyak jugak lah lately ni terbaca pasal kene ejek, kene buli sebab gemuk. Entahlah. Orang gemuk kene ejek ni dah jadi macam norma kehidupan. Aku tak gemuk dan mungkin aku tak paham sepenuhnya perasaan mereka yang berbadan besar ni selalu dipandang hina. Tapi aku tak suka bila orang dihina sebab kekurangan yang bukan dia mintak, macam dalam kes ni, berbadan besar. Asal gemuk je orang pandang hina, orang ejek, orang buli. Kenapa ek? Cantik sangat ke fizikal kau orang sampai nak menghina fizikal orang lain? Tepuk dada tanya diri sendiri depan cermin.
Tapi alhamdulillah aku rasa lebih ramai yang backup balik orang gemuk yang dihina daripada yang menghina sekarang ni. Ramai yang beri kata2 semangat. Good job gais. Brothers and sisters yang berbadan besar di luar sana, mohon jangan patah semangat dengan kehidupan. Spesis2 orang biadap ni memang bersepah tapi yang baik hati pon masih ramai. Dan kalau brothers sisters dibuli oleh orang yang konon badan perfect slim slender ni, brothers sisters lenyek je la mereka balik. Take advantage of your badan yang pada dia orang tu kekurangan, kasi ranap spesis bajet hotstuff tu.
Eh terpanjang pulak meroyan. Sebenarnya tujuan aku kat sini aku nak cakap pasal double standard orang gemuk vs orang kurus. Tadi terbaca pasal bro ni yang tetap keding walau makan banyak. Bro, aku paham perasaan kau sebab aku pon kurus dan selalu jadi bahan sebab kurus 'sangat' compared to kengkawan yang lain. Selalu kene bahan keding, senang melayang kalau kene tiup angin etc. Aku admit la aku memang kurus compared to them tapi aku tak keding atau skinny. Aku yakin sebab BMI aku kurang sikitttt sangat je dari normal dan kalau kau orang jenis observant, kau orang boleh beza macam mana rupa orang keding skinny dengan orang yang kurus biasa.
Before that, aku sebenarnya tak sure term 'double standard' ni term yang sesuai ke tak untuk isu yang bakal aku ketengahkan. Aku rasa macam ya tapi rasa macam ada term lain yang lagi sesuai. Lantaklah apa2 term pon kau orang mesti akan paham punya lah apa aku cakapkan ni.
Perasan tak perbezaan apabila orang berbadan besar diejek dengan orang kurus diejek? Tak nampak? Biar aku suluhkan.
Memang secara normanya dalam kehidupan bermasyarakat kita ni, orang yang berbadan besar selalu kene ejek, kene buli. Dan ya, kita (yang baik ni cehh) pandang itu (perlakuan menghina, mengejek membuli orang berbadan besar) sebagai sesuatu penghinaan yang amat besar terhadap tubuh badan or fizikal seseorang. Betul la tu. Perlakuan itu memang salah. Aku setuju. Kau dah kenapa nak hina fizikal orang? Dia tak menyusahkan kau pon. Yang kau menyusahkan diri kau sendiri membazir air liur nak merendah-rendahkan orang dah kenapa? Nak kurus sangat ke sampai air liur pon kene buang? Tak cukup kasih sayang?
Okay meanwhile in a parallel universe, masyarakat seakan-akan berasa seronok 'menyakat' mereka yang kurus ini. Kononnya bergurau senda mengeratkan silaturrahim.
"Kau ni keding gila. Melayang kalau kene tiup angin ni hahaha".
"Kau ni kurus sangat. Tulang je. Laki pon tak lalu pandang."
Dan kita yang, bak kata mereka, kurus kering keding tinggal tulang je ni pon hahahuhu je la bersama mereka. Kau orang ingat lucu lah? Sekali dua bolehlah terima sebab kita boleh anggap bergurau sahaja. Yalah kawan kan. Tapi lama-lama terasa macam diejek pulak. Nanti kalau kita balas balik "kau yang gemuk sangat" terasa pulak.
Oh and kau orang pernah terbaca tak quote ni, "real men go for curves. Only dogs go for bones." Aku rasa terhina gila kot. Tsk tsk. Kalau ya pon nak make other people feel better, tak perlu kot merendah-rendahkan orang lain pulak.
Cuba bayangkan dialog dibawah ini kita sebutkan:
"Kau ni gemuk gila. Bulat macam bola. Kalau tendang masuk gol ni hahaha."
"Kau ni kurangkan la sikit makan. Gemuk. Siapa nak nanti?"
Rasa macam disgusting gila kan perangai nak cakap macam tu? Aku pon tak sampai hati. Tapi itulah ceritanya. Orang sekeliling anggap mengejek orang kurus ni takde apa. Saja menyakat katanya. Little did they know yang sebenarnya every word that comes out of their mouth 'menyakat' kita consumes every bit of confidence left dalam diri kita.
Akhir kata, tak kisahlah orang yang awak 'sakat' tu kurus ke gemuk ke, jangan mainkan fizikal dia. Sudah-sudahlah menghina atau saja nak sakat fizikal orang. Diri sendiri pon bukan kacak mana, bukan lawa mana pon ye dak? Dan kalau ya pon badan awak gagah perkasa macam Zul Ariffin atau slim seramping semut macam Rozita Che Wan, jangan setan sangat perangai tu. Tak perlu belajar pon untuk jaga hati orang lain. Common sense.
Sekian.
– Calon Kakak Ipar Pilihan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Berat sy 38-39kg…tggi 148…ok kite same lah dpt dialog2 ghope itu….
akhirnya ada jg yg bersuara..sama mcm yg sy fikir..”double standard”..thanks confessor for speak up on behalf of ‘our kind’
Cikgu kita dulu siap cakap mcm tiang bergerak sbb tengah main kejar2 ngn kwn lalu depan kls dia yg tengah mengajar