Dugaan W4n1ta Selepas Berkahwin III

Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-w4nita-selepas-berkahwin/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/dugaan-w4n1ta-selepas-berkahwin-ii/).

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih banyak2 admin kerana menyiarkan confessions aku. Moga admin sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah SWT.

Pertama kali, aku minta maaf kerana confession aku dah sampai 3. Sebab aku tak nak cerita keburukan suami terus, ada juga kebaikan dia.

Aku dah lama taip confession nie sampai berpage2 tapi baru ada keberanian nak post.

Insiden ini baru berlaku hujung tahun lepas. Aku sambung yea apa yang berlaku seterusnya.

Abang ipar aku menyangkakan yang aku bergaduh biasa dengan suami tapi bila kakak aku bagitau yang aku dituduh curang dengan Shah, abang ipar aku marah.

Dia berkawan baik dengan Shah dan ini isu besar melibatkan aib. Abang ipar aku minta izin aku untuk settlekan isu ini.

Dia ada berhubung dengan Shah dan seperti yang dijangkakan, Shah mengamuk. Shah walaupun cousin suami aku tetapi hubungan diorang dingin disebabkan mak mertua aku.

Mak mertua aku pernah bergaduh dengan mak Shah semasa di kampung jadi memang tak bertegur sapa. Mak mertua aku nie memang terkenal di kampung sebab cari pasal hampir dengan setiap orang.

Selepas beberapa hari, mak dan adik2 aku pun tahu pasal perkara ini. Mak minta aku balik rumah mak. Mak aku support Shah suruh buat report polis sebab memang this time mak mertua aku cross the limit. Dia tak fikir apa impak dia terhadap kitorang.

Suami aku cuba hubungi aku setiap hari. Aku ignore semua call dan mesej dia. Dia ada call adik2 aku juga tapi diorang pesan kat dia give time and space kat aku. Suami nak datang jumpa mak aku tapi mak aku masih marah jadi dia tak izinkan datang rumah.

Selepas beberapa hari, Sazlan datang pujuk aku tolong tengokkan anak2 sebab anak sulung dengar pergaduhan kami dan dia trauma. Allahuakbar, aku suruh Sazlan hantar anak2 semua ke rumah mak aku.

Anak sulung aku menangis2 sampai demam. Dia takut aku akan tinggalkan dia, adik2 dia dan suami. Dia merayu aku pulang rumah. Dia berjanji akan dengar cakap aku.

Sekuat mana sekeras mana aku buat hati aku, tapi aku tak mampu nak membatu depan anak2. They are my strength and weakness.

Aku pujuk anak sulung cakap yang aku tak sihat. Aku duduk rumah nenek sementara. Aku minta maaf dengan anak2 sebab terheret diorang sekali dalam isu nie.

Aku cakap aku marah ayah dia sebab benda nie biasalah gaduh antara suami isteri. Kali ini ibu dengan ayah akan duduk asing sekejap. Ayah kena time out duduk seorang2. Anak sulung dah besar jadi aku tak nak tipu dia. Aku explain elok2 bagi dia faham.

Suami aku terpaksa ke Johor semula. Dia pesan kat anak sulung yang dia sayangkan aku dan anak2. Dia tak akan tinggalkan kitorang tak kisah apa jadi. Bila dia pulang nanti dia akan settlekan isu nie.

Dipendekkan cerita, Shah buat report polis terhadap mak mertua dan Sarah. Dia juga ambik lawyer dan hantar notis untuk saman fitnah. Masa nie suami kat Johor.

Bila dapat surat saman fitnah, baru mak mertua aku takut. Dia menangis merayu pastu cuba untuk salahkan Sarah. Mak mertua dan Sarah bergaduh teruk sampaikan main cakar2.

Sazlan yang bagitau kat aku. Masing2 cuak bila kena panggil polis. Shah juga ada report pasal apa mak mertua buat kat mak dia sebelum nie.

Isu nie aku tak ulas kat sini.

Sazlan sanggup jadi saksi kitorang untuk kes fitnah. Ayah mertua aku akhirnya baru ada akal datang berjumpa dengan aku dan Shah untuk minta maaf.

Bila dia nak berlutut, aku dan Shah rasa tak selesa. Bayangkan ayah korang kat tempat tu. Dia berjanji yang dia akan suruh isteri dia minta maaf dan tak akan kacau kitorang lagi.

Suami pun ada berhubung dengan abang ipar dan Shah. Dia minta maaf atas segala yang terjadi dan minta peluang untuk berjumpa jernihkan keadaan.

Suami ada datang rumah mak tapi aku dah keluar dengan adik aku. Dia berjumpa dengan mak, abang ipar, Shah dan keluarga Shah.

Basically dia minta maaf dan memohon untuk diberikan peluang kedua. Dia mengakui yang awal2 dia kesian kat Rossa. Bila Rossa contact dia semula, dia excited nak jumpa balik dia.

Rossa memang banyak cerita kisah2 sedih trauma dia jadi suami makin cepat kesian. Dia ada beberapa kali makan dengan Rossa sebab Rossa yang mostly insist. Pasal gambar yang Rossa post, suami tak tahu.

Demi Allah, dia bersumpah yang dia hanya call mesej Rossa dan makan2 tapi tak pernah lebih dari tu. Dia pun confuse dengan perasaan dia ketika itu.

Dia memang nak jadi hero konon2 nak support Rossa go through the trauma tapi dia lupa yang dia ada isteri anak. Bila dah jadi camni, baru dia tersedar.

Suami ada confront Rossa sebab dia pun terkejut Rossa berani cakap camtu. Rossa menangis2 cakap kenapa sekarang suami tak nak kat dia. Suami pun dah puas explain yang dia tak akan tinggalkan anak bini atau kahwin dengan Rossa.

Dia minta Rossa untuk end everything for once and all. Rossa still tak boleh move on tapi suami dah berhenti berhubung dengan dia.

Suami juga dapat pressure dari mak Rossa. Dia macam cuba nak paksa suami kahwin dengan dia sebab cara Rossa bercerita macam suami salah.

Dia siap suruh suami ceraikan saja aku sebab Rossa tak nak bermadu.

Astaghfirullah, sebagai seorang wanita, isteri dan ibu, sampai hati dia sokong anak dia jahanamkan rumahtangga orang lain asalkan anak dia bahagia. Dia fikir duit boleh beli semua. Suami jumpa keluarga dia explain elok2 for the last time then dia terus cut all contact.

Masa suami dapat call dari mak dia pasal aku konon2 berhubung balik dengan Shah, dia tak percaya tapi jauh di sudut hati dia dah mula bersangka macam2.

Dia akui dia cemburu dengan Shah so bila mak mertua mula cucuk2, dia hilang pertimbangan. Dia tahu antara aku dan Shah nothing happen tapi ego dia mengatasi segalanya.

Shah cakap dia akan tarik balik saman tapi dia nak mak mertua minta maaf depan semua keluarga dan sedara yang dia dah tabur fitnah.

Suami aku bersetuju sebab dia pun tahu mak dia dah betul2 melampau tapi sebagai anak tak akan dia nak hantar mak dia masuk penjara. This will be her last warning.

Bila aku balik, mak aku panggil bercerita semua. Aku sebenarnya dah tak tahu nak rasa atau fikir apa. Aku memang nak cerai dan hidup sendiri tapi anak2 nielah yang membuatkan aku tewas dengan perasaan sendiri.

Anak2 sampai mengigau malam2 menangis sebab diorang ingatkan aku atau suami akan tinggalkan diorang. Aku rasa diri aku sebagai ibu yang tak guna pisahkan anak2 dengan ayah mereka.

Mak aku tak putus2 nasihatkan aku dugaan wanita selepas berkahwin tak sama dengan lelaki. Mak aku pun selalu bergaduh dengan arwah ayah.

Masa tengah bergaduhlah ayah meninggal dunia. Bila ayah dah tak ada, baru mak terasa kehilangannya. Kalau boleh putar masa, mak aku nak betulkan balik semua tapi apakan daya.

Mak suruh aku ambil seberapa masa yang perlu tapi fikir masak2. Bila datang ujian, barulah kita boleh menilai hati perasaan masing2.

Suami mengakui salah dia, minta maaf dan sedang berusaha untuk memperbaiki diri dia. Demi anak2, berikan dia peluang kedua.

Sepanjang suami di Johor, dia tak lupa call mesej tapi aku tak respond. Aku baca mesej dia penuh dengan kekesalan. Dia terlalai seketika bila diuji orang ketiga. Dia nak minta maaf dengan aku depan2.

Bila dia video call, anak2 jea akan bercakap. Dah susut badan dia, berjambang dengan uban, nampak serabai. Aku tengok raut wajah nampaklah dia pun terseksa juga.

Aku solat mohon petunjuk dari Allah SWT dan berdoa hari2. Aku takut kalau aku tersilap buat keputusan kerana ikutkan perasaan.

Aku dah tinggal balik kat rumah kitorang. Awal2 aku masuk rumah, habis tunggang langgang rumah. Makan masa juga aku nak bersihkan balik rumah.

Bila suami balik, dia terus minta maaf sambil menangis. Aku cuba nak keraskan hati tapi akhirnya aku pun menangis.

Lama kitorang sembang malam tu. Suami aku ulang semula apa yang dia bagitau kepada mak aku. Dia memang tak mampu nak hidup tanpa aku atau anak2.

Aku maafkan dia tapi aku masih trauma. Aku minta masa dengan dia sebab luka di hati masih berdarah. Kitorang punya priority adalah anak2. Anak sulung sangat2 terkesan akibat isu nie jadi kitorang nak pulihkan dia dulu.

Mak mertua aku dan Sarah akhirnya minta maaf kat aku dengan Shah depan keluarga dan beberapa saudara mara rapat dia. Shah dan keluarga dia memang tegas dengan mak mertua. Diorang siap rekod dan bagi last warning.

Shah ada mainkan rakaman CCTV untuk tunjuk yang dia tak pernah ke rumah aku pada hari yang mak mertua cakap kononnya aku bersama2 dengan dia dalam rumah aku. Shah tunjuk bukti dia kat hospital.

Perjumpaan nie berlaku kat rumah mak mertua. Mak mertua terus masuk bilik dengan alasan sakit kepala selepas minta maaf. Aku rasa dia dengan Sarah tak ikhlas pun but this will be a lesson to them. Ayah mertua diam membisu.

Selang beberapa hari, adik suami, Saiful pun minta maaf dengan aku sebab banyak termakan hasutan Sarah dan mak dia. Aku maafkan dia tapi aku tak akan lupakan apa yang diorang buat.

Selepas insiden tersebut, Saiful lafaz cerai kat Sarah awal tahun nie. Diorang memang dah lama ada masalah tapi isu nie trigger Saiful. Sarah sebenarnya pernah kantoi mesej2 dengan client lelaki dia dan Saiful pun pernah warning dia sebelum nie.

No wonder dia boleh fitnah aku sebab dia yang tak betul sebenarnya. Kes diorang masih berjalan ntahlah agak rumit juga tapi aku tak masuk campur.

Sazlan pun dah keluar rumah mak dia. Disebabkan insiden nie, dia tak selesa duduk rumah. Dia balik sekali sekala. Dia pun tengah dalam proses apply kerja lain.

Perkahwinan Shah dan Lia ditunda ke tahun hadapan. Shah pun terkesan sebab mulut orang kan mana boleh tutup. Shah cakap biar isu nie redha baru dia nak kahwin. Sedikit sebanyak dia pun affected, nasib baik Lia jenis strong.

Berbalik kepada aku dan suami, kami berbincang untuk make sure masing2 tak terbeban dan fair to each other. Suami aku sekarang kena PJJ di Johor sebab ada short staff. Dia still kena balik kerja kat Selangor.

Dia ada berbincang dengan boss dia dan boss dia cakap suami kena PJJ at least untuk 2 tahun lagi. Tapi nak maintain kat Selangor memang tak boleh for now. Option lain adalah ke Sarawak atau negara lain. Lagilah jauh.

In the end, suami cakap dia transfer terus ke Johor untuk take over kekosongan staff tu. Kalau dia lulus exam company next year, dia boleh naik pangkat dan maybe that time dia boleh transfer balik ke Selangor.

This time, suami suruh aku dan anak2 ikut dia ke Johor. Dia dah serik PJJ dan dia pun masih was2 dengan mak dia.

Btw, mak mertua aku masih marah dengan suami. Dia macam tak boleh nak terima bila suami betul2 marah dia dan support aku. Suami cakap dengan mak dia yang dia sangat kecewa dan mak.

Dia pun hampir melakukan dosa besar sebab secara tak sedar terhanyut dengan fitnah mak dia. Bila suami cakap dia akan bawa kitorang ke Johor, mak mertua diam. Dia tak mampu nak buat apa2 dah.

Satu persatu anak dia tinggalkan dia. Rumahtangga anak kedua dia, Saiful pun berantakan hasil dari mak mertua aku brainwash Sarah.

Diorang nak kenakan aku tapi akhirnya Sarah yang diceraikan.

Jujurnya, sampai sekarang aku tak boleh nak digest apa mak mertua aku buat. Dan macam mana ayah mertua aku langsung tak tegas ke atau bimbing isteri dia. Malah, dia guna cara selamat dengan berdiam diri. Ntahlah nak cakap apa. Aku harap diorang insaf.

Mak aku ikut kitorang pindah Johor sebab nak tolong tengokkan anak2. Suami aku izinkan aku kerja locum. Aku bekerja ikut hours dan selalunya cover weekend sama ada Sabtu atau Ahad. Suami cuti Sabtu Ahad.

Aku kerja suka2 jea bukan nak kejar duit. At least ada something yang buat aku tak kemurungan.

Aku join budak2 kat klinik aku kerja buat zumba ke run. Aku ada kawan sekolah dan kolej di Johor jadi kitorang just lepak borak2 sometimes bawa anak2. Dan suami tak pernah cakap no so far. Dia akan siap hantar dan ambil aku.

Beberapa hari sebelum nak puasa nie, mak aku balik semula rumah. Lili mengandung jadi mak aku nak tolong tengokkan Lili dan adik2 aku sekali. Mak aku nak bagi privacy kat kitorang.

Masa nak masuk puasa nie, aku terbayang2 apa yang berlaku tahun lepas. Aku jadi emosi balik. Sayu hati aku tengok anak sulung terawih dengan ayah dia.

Last year, disebabkan suami PJJ, dia tak dapat nak terawih sama2. Dia selalu sedih tengok kawan2 dia terawih dengan ayah diorang.

This time, seronok anak2 dapat spend masa dengan suami. To think that we almost lost everything this year, aku jadi sebak sangat2.

Lili selalu nasihatkan aku adat berumahtangga nie, bila kau dah mengatasi ujian yang perit dan mampu untuk sama2 minta maaf dan fight untuk terus kekal bersama, then relationship tu akan jadi lagi kuat.

Rossa masih menganggu hidup kami tapi kali nie suami dah bijak dan continue block dia. Aku pun dah mesej dia untuk stop all the nonsenses. Buat masa nie dia dah stop.

Bila tengok kes Put**i Sa**h, aku terfikir mungkin aku boleh saman Rossa sebab kacau rumahtangga orang.

Aku cuba berlapang dada di bulan penuh mulia nie untuk terima suami sepenuhnya. Aku tahu suami pun sedang cuba juga. Anak2 lah faktor penguat hubungan kitorang.

Aku pilih untuk maafkan suami dan percaya pada dia. Aku beri dia peluang kedua sebab aku nampak effort dia dan petunjuk dari doa aku.

Sekarang kitorang dah duduk sama, jauh dari mak mertua dan segala kekusutan dah dijernihkan jadi aku berharap kami boleh kuat sama2 untuk menghadapi dugaan2 akan datang.

Kepada pembaca sekalian, terima kasih banyak2 atas kata2 semangat, nasihat dan doa kalian. Terharu aku baca sampai berair mata. Maafkan aku jika kisah aku nie buat ada yang nak tercarut time2 tengah puasa atau ada yang menangis sekali.

Aku minta tips bukan saja2 tapi sebab aku dan suami memang tengah berusaha untuk perbaiki hubungan kami. Mungkin ada tips atau nasihat kalian yang berguna.

Aku berharap jika ada mak mertua yang membaca kisah aku nie, tolonglah jangan menganiaya menantu. Anda pun seorang wanita dan isteri, kalau tak nak support menantu tak apa tapi janganlah jahanamkan rumahtangga dia.

Di bulan Ramadhan nie, aku berdoa kita semua yang sedang diuji dapat mencari sinar kebahagiaan masing2. Doakan sekali untuk keluarga aku wahai pembaca yang budiman.

Salam Ramadan Al Mubarak!

P/s : Btw, bazaar Ramadan mana yang best kat Johor yea, tolong komen sekali haha.

– Lizie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *