Perlukah Aku Berundur?

Namaku Jiha (Nama Samaran). Sudah tiga tahun aku mendirikan perkahwinan bersama suami dan kami mempunyai anak yang kini berumur 1 tahun 6 bulan.

Pada akhir2 ni, aku selalu tertanya “Perlukah aku berundur demi kebahagiaan suami aku?”

Kisahnya bermula begini, aku berkenalan dengan suami aku pada hujung tahun 2019 di media sosial dan bernikah pada bulan 10 2020.

Aku berkenalan dengan dia sewaktu dia telah ditinggalkan isterinya yang dengan membawa pergi dua anak mereka selama tempoh setahun lebih.

Aku masih ingat lagi tangisan dia saat meluah kepada aku mengenai kisah hidupnya.

Dia tak sangka isterinya pulang ke rumah keluarganya buat selamanya dan dia dihalang untuk berjumpa dengan anak-anaknya atas disebabkan kesusahan yang menimpa dirinya.

Pada ketika itu, katanya dia telah berpisah dengan isterinya.

Pada awal perkenalan, aku kesian dengan dia sebab bila dia menceritakan kisah kehidupan dirinya dan keluarga.

Suami merupakan anak sulung jadi dialah yang banyak menampung keperluan ibu bapa dan dua orang adiknya.

Pada masa tu niat aku cuma berkawan tapi tak lama lepastu dia confess pada aku menyatakan dia selesa berbual dengan aku dan mula jatuh hati pada aku.

Awalnya aku tolak tapi lepas 2-3 bulan aku tengok effort dia terhadap aku, aku pun mula jatuh hati.

Selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan, suami bagitau ada perkara yang dia sembunyikan selama ni dan dia nak bagitau aku supaya tiada sebarang rahsia dalam perkahwinan kami.

Dia mengaku bahawa dia masih berhubung dengan isterinya yang telah berpisah dengannya.

Sebenarnya sepanjang masa berhubung dengan aku memang dia selalu contact 1st wife cuma aku tak perasan sebab dia save contact 1st wife dia kononnya sebagai partner in business.

Aku buat tak kisah je sebab kalau berhubung pun mereka selalu bergaduh dan menjerit di panggilan telefon disebabkan hal duit.

Selepas aku mengandungkan anak aku bulan pertama pada awal januari 2021, aku mula cari fasal dengan suami bila aku dapat tau dari rakan karibnya sendiri yang dia sebenarnya bukan boleh move on dengan 1st wife dia.

Aku sengaja cakap, “Yana (bukan nama sebenar 1st wife) tu buruk kan? Yelaa dengan perangai dia tak habis2 cari gaduh dgn abang.”

Suami terus melenting bila aku kutuk 1st wife dia macamtu. Aku tak faham apa yang buat dia marah sangat jadi aku selidik melalui adik ipar aku dan isteri rakan karibnya.

Selepas 5 bulan aku mengandung, aku mengamuk gila dengan suami bila dapat tau rupanya dia belum ceraikan yana. Mereka cuma berpisah tapi bukan bercerai.

Untuk pengetahuan semua, suami dan yana berkahwin dia siam kerana tidak mendapat keizinan bernikah dari keluarga yana.

Suami juga belum mendaftar pernikahan mereka jadi statusnya masih lagi bujang. Dia boleh cakap dekat aku dia menipu sebab dia takut aku tak boleh terima dia berstatus suami orang.

Aku marah tak boleh terima lalu aku menjerit suruh suami aku ceraikan yana.

Suami aku marah cakap aku ni perangai macam sundal sanggup nak meruntuhkan sebuah rumahtangga demi kepentingan sendiri. Dia cakap kalau dia berpisah dengan Yana, dia takkan tau lagi khabar anak-anaknya.

Selama tempoh aku mengandung, kami memang selalu bergaduh sehingga masing2 hilang kawalan diri dan cuba mencederakan diri sendiri.

Aku banyak kali meminta cerai dan nak gugurkan kandungan tetapi suami tak izinkan.

Aku dimaki suami sebab bertindak macam orang tak waras. Memang aku bertindak macam orang gila sebab aku tahu dia sebenarnya masih sayangkan yana.

Adik ipar perempuan aku selalu bercerita macam mana suami aku ni hampir jadi gila asyik menangis sebab ditinggalkan yana.

Lepas 2 bulan aku cuba menenangkan diri, aku selalu cuba muhasabah diri dan elak stres sebab bayi dalam kandungan.

Aku pun berfikir takkan aku sanggup pisahkan seorang ayah dengan anak2 dan aku berdoa meminta yang terbaik utk perkahwinan kami.

Tak lama lepastu suami selalu dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Yana ni tinggal di negeri 9.

Suami memang selalu bawa aku ikut sekali sebab rumah kami di selangor jadi dia tinggalkan aku di hotel sementara dia berjumpa dengan anak-anaknya.

Dia begitu gembira sewaktu jumpa dengan anaknya dalam masa sama dia sedih tak dapat tengok anaknya ketika itu berusia 2 dan 3 tahun membesar depan mata.

Keluarga mertua memang tak suka dengan yana dikatakan yana ni mata duitan. Hubungi anaknya sekadar untuk meminta wang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan cucu-cucunya.

Yana pula selalu mempersalahkan suami kerana selalu melebihkan keluarga lebih dari dirinya.

Yana ni berasal dari keluarga senang manakala keluarga suami boleh faham sendiri rasanya sebab dia banyak perlu menampung keperluan keluarga walaupun dua orang adiknya telah bekerja.

Pada tahun aku mengandung tu memang kami hidup susah sehingga tak mampu bayar sewa dua bulan,

dan dihalau keluar ketika aku mengandung dan seharian kami berteduh dalam kereta dan dua hari seterusnya kami tidur di hotel bajet sementara mendapatkan rumah sewa.

Keluarga aku tak banyak tau perihal aku sejak bernikah dan aku banyak membohongi keluarga aku.

Mereka tidak tahu bahawa aku telah berhenti pengajian aku di universiti diberhentikan suami disebabkan cemburu dan risau sekiranya berlaku apa2 terhadap aku sepanjang pjj.

Namun aku selalu meminta wang alasan utk membayar yuran dan perbelanjaan pada ayah aku walhal duit itu aku gunakan untuk membantu suami menampung keperluan hidup.

Beribu duit yang diberi ayah aku untuk menampung kelangsungan hidup kami.

Pada tahun 2022, alhamdulillah kami mula hidup senang walaupun ada naik dan turunnya. Nama aku digunakan untuk membuat pinjaman kereta dan peribadi bagi memulakan perniagaan.

Suami selalu dapat berjumpa dengan anak-anak dan memberi nafkah yang cukup pada pertengahan tahun 2022.

Aku tak kisah suami selalu berjumpa dengan anak-anak walaupun yana ikut sekali sebab aku selalu baca whatsapp macam mana yana ni selalu maki dan menyatakan perasaan benci terhadap suami aku.

Waktu call pun dia selalu layan acuh tak acuh dan bagitau dia keluarganya nak jodohkan dia bersama orang lain.

Suami aku pun dah tak kisah kalau yana nak bernikah dengan orang lain asalkan anak-anak tidak terabai tapi yana tak pernah tau bahawa suaminya ni sebenarnya dah berkahwin dengan aku.

Pada suatu hari, ketika suami berjumpa dengan anak-anak dan yana berlaku pergaduhan pagi tu sebab suami aku lambat datang berjumpa dengan untuk bawa anak-anak bawa pergi lunch.

Dia maki hamun suami aku dengan macam2 perkataan. Suami aku dah terbiasa dihina jadi dia tak kisah.

Yana bagitau suami aku dia kenal lelaki baik yang berminat kat dia. Suami aku buat taktau lalu bagitau pada yana yang dia dah ada aku dan berniat nak menghalalkan aku walaupun sebenarnya kami dah halal.

Pada awalnya yana tidak memberi reaksi tapi waktu makan malam depan anak2 ketika suami tengah reply chat customer, dia rampas phone suami aku dan tengok semua chat aku dan suami.

Yana marah seolah tak berpuas hati dengan suami bila ada orang lain.

Dia tanya suami aku “Dah berapa lama berhubungan dengan Jiha?! Senang je kan lelaki tau2 dah ada yang lain.”

Suami aku membalas bahawa yana tinggalkan dia selama 3 tahun dan bukannya ada perasaan terhadap dia jadi tak salah pun kalau dia nak cari pengganti.

Yana tetap tidak mengaku salah kemudian dia memberitahu dia tak kisah kalau suami nak cari pengganti.

Tiba-tiba pada pagi subuh sewaktu kami di hotel, Yana asyik call suami kemudian whatsapp suami aku bertanya kalau sudah bertolak pulang ke rumah. Dia bertanya khabar suami aku dengan baik sekali.

Suami aku sendiri terkejut kenapa yana tiba2 bersikap macamtu tapi dia buat tak endah.

Bermula dari situ, yana selalu call suami untuk bertanyakan khabar dan mula ambil berat sekiranya suami dah makan atau belum.

Aku pun macam pelik tapi 3 hari kemudian yana menangis teresak waktu call suami aku dia cakap yang dia tak tenang bila suami aku nak kahwin lain dan menyatakan bahawa dia sebenarnya masih sayangkan suami aku.

Yana bagitau dia sebenarnya dah tawar hati tapi tak lama lepastu dia mula rasa sayangkan suami aku kembali.

Aku terkedu dan tak faham mengapa perkara sebegini berlaku walhal dia selalu menyatakan dia benci suami aku.

– Jiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *