Aku Yang Problem II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-problem/).

Assalamualaikum, hi semua.

Haha, nak tergelak aku baca comment sorang-sorang.

Ada yang kata pasangan muda tau cari salah keluarga mertua lah, overthinking, mengada-ngada dan ada yang kata sampai bila nak merajakan lelaki?

Apa-apa pun terima kasih atas comment.

Cuma tujuan aku meluahkan pada confession yang lepas ialah:

1. Aku takde anak lagi. Kalau aku cakap aku mentally and physically exhausted atas faktor kerja dan lain-lain pun orang susah nak percaya.

Sebab takde tanggungjawab jaga anak lagi. Ibarat mustahil lah untuk penat.

2. Kalau ada majlis di rumah in law aku, tak kisah lah rumah terbuka ke, sambutan hari jadi ke, yang beli barang mentah dan lain-lain is MIL.

Selalunya abang ipar aku hanya akan bawa MIL aku ke pasar.

3. Dari proses menyiang, menyuci, memasak sampai la ke mencuci pinggan mangkuk, is semua kerja menantu perempuan yang buat.

4. Lelaki? Bermain dengan anak saudara masing-masing, tengokkan anak, tengok tv, keluar dengan member.

Paling tak pun, menyapu dan susun atur kerusi meja sebab nak buat majlis kan, Kena ada space yang besar sedikit.

Memandangkan aku seorang je belum ada anak lagi, takde point untuk lari kejap kononnya nak tengokkan anak atau pun bagi susu.

Aku bukanlah nak kutuk keluarga mertua aku. Tapi bila dah pendam makan bertahun, aku rasa macam nak menangis je bila suami aku kata nak balik kampung (rumah dia).

Aku pernah je luahkan dekat suami aku, dengan harapan dia faham la juga kenapa aku berperasaan bergitu. Tapi hampeh…

Dia kata sekali tu je penat dan bak kata dia aku perlu memainkan peranan as menantu. Hmm.. fine..

Di rumah family aku, ummi dan bapak aku layan menantu tiptop. Baik perempuan mahupun lelaki.

Aku bukan nak puji melebih. Tapi itulah hakikat. Sepanjang kami kahwin, suami aku tak pernah pun buat apa-apa kerja rumah.

Dia bebas nak keluar melepak minum-minum sekejap dengan member, tidur, tengok tv, kiranya takde peraturan lah.

Ummi aku siap marah aku lagi kalau aku tak sendukkan nasi ke pinggan suami aku dan ambilkan air untuk dia. Hahaha…

Sama juga kakak ipar aku, dia ada je tolong memasak. Tapi tu pun sebab dia nak tolong sendiri. Ummi aku siap kata dekat dia tak payah tolong.

Bila dia berkeras untuk membantu, ummi aku minta dia potongkan bahan menumis. Basuh pinggan pun, kami basuh pinggan mangkuk sendiri.

Part suami aku pula, bapak aku pernah mengajak suami aku teman dia ke kebun. Sekadar nak membaja dan menyiram tanaman.

Pernah je aku minta izin dari suami aku untuk keluar minum petang dengan kawan perempuan aku memandangkan dah lama tak jumpa, dan kebetulah pada ketika itu, turn di rumah in law aku.

Tapi, suami aku tak izinkan. Dia tak suka aku kemana-mana yang bukan dengan dia semasa di rumahnya. Kalau semasa turn di rumah aku, dia tak kisah.

Memandangkan aku kerap balik ke kampung suami aku, walaupun 2kali sebulan JE, aku rasa dah terlalu lama dah tu. Maybe atas sebab…aku yang problem..

To be honest, aku SANGAT suka raya semasa PKP. Aku TAK rasa rindu langsung nak berperang di dapur, rindu keriuhan suasana malam raya dan lain-lain. TIDAK sama sekali.

Nampak kejam, tapi tu hakikatnya. Yang aku rindu is waktu berkumpul berbual beramai-ramai je (both family aku dan in law).

Walaupun raya berdua je semasa PKP, aku happy sangat. Tak tau kenapa. Dapat drive thru beli air Starbucks, makan dalam mall pun seronok dah.

Dan masatu stok barang segar untuk raya agak limited dan disebakan boleh travel berapa KM je aku dah lupa. Nak dapatkan lemang, daging segar dll agak sukar.

End up aku decide untuk order ketupat & daging masak hitam je. Itu pun MIL aku berubah air muka (video call 2st raya) sebab tak masak. Haha…

Mengenai introvert tu, ya ada betulnya comment yang dihantar oleh kalian. Mungkin atas faktor kerja/industri yang berbeza, takde common topics yang boleh buat bincang.

Maklumlah kebanyakkan orang di sekeliling aku golongan professional, pegawai kerajaan, bussinessman yang berjaya. Aku kerja biasa je.

Dan kalau boleh memang suami aku tak galakkan aku ikut kemana dia duduk walaupun aku hanya mendengar dan menyampuk sikit-sikit je.

Dia nak aku menyelit dekat mak saudara dan sepupunya untuk menyembang.

Tapi pada akhirnya, aku rasa yang aku dah memalukan diri sendiri sebab buntu topik apa nak cakap. Haha.. Agaknya perlu membawang baru rancak kot? Entah la…

Kepada adik-adik semua yang baru nak kahwin tu, boleh la selidik dulu budaya bakal family in law masing-masing. Bukan apa, takut nanti terbuat luahan pula dekat sini. Hehehe

Ok. Babai..

– Mimie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *