Duit dan Perkahwinan

Salam semua.. terima kasih admin sebab approve..

Di sini aku nak luahkan perasaan aku sepanjang tempoh pertunangan dan persiapan nak kahwin. Aku bertunang tahun lepas dan bakal berkahwin 4 bulan lagi.. masalah sekarang adalah sebab duit. Aku ada gaji tetap, aku boleh simpan tiap bulan seribu.. tapi masalahnya, tunang aku tak de gaji yang tetap. Dia bekerja sendiri, tapi dia susah nak simpan duit sebab dia kene sara family dia (termasuk adik beradik dia yang sudah bekerja tapi belum kahwin)

Aku sedar tanggungjwab seorang lelaki besar utk sara mak dia. Tapi, dia cukup susah nak simpan duit sebab duit habis bayar bil2 dan barang rumah. Adik beradik dia tak banyak membantu walaupun mereka dah bergaji. Aku nak cakap lebih pun tak boleh, sebab itu adik beradik dia.Cukup pening bila majlis dah dekat, tapi simpanan duit tak banyak.

Aku mengalah dalam banyak benda. Aku beli barang2 hantaran sendiri sebab aku tak nak bebankan dia. Walaupun sebenarnya, dia yang kene beli. Berkenaan duit hantaran, aku rasa cukup membazir bila duit hantaran simpan selama beberapa tahun akan dihabiskan untuk satu hari. Duit hantaran 11 ribu. Tapi keluarga aku nak guna duit tu untuk bayar catering. Cukup membazir bagi aku habiskan 11 ribu hanya untuk sehari. Kalau lah duit tu aku boleh simpan untuk deposit rumah baru…

Susah untuk aku terangkan dekat family aku. Serba salah jugak nak bagi ayah aku guna duit simpanan dia bayar catering. Aku kesian dekat tunang aku sebab dia bersusah payah simpan duit semata2 untuk majlis kahwin hanya sehari. Memang trend guna duit hantaran untuk catering ke?

Dan sebab itu, aku tolong cukupkan duit hantaran tu. Adakah aku buta cinta sampai sanggup korbankan duit sendiri untuk tolong dia? Sebenarnya hati aku selalu berbelah bagi.. sekarang ni banyak kes aku dengar, isteri tanggung suami sebab isteri gaji lagi besar dari suami. Aku kalau boleh nak elakkan benda ni berlaku.

Rezeki dari Allah. Dia berhak bagi dan tarik bila2 saja. Sebab itu aku percaya yang dia boleh ubah nasib dia satu hari nanti. Cuma aku rasa cukup tak puas hati bila dia kena sara adik beradik dia yg sudah bekerja. Dan satu lagi masalah, adik beradik dia tak berapa sekepala dengan aku. Mereka lagi tua dari aku cuma belum berkahwin. Aku takut hidup lepas kahwin. Macam mana aku nak hadap adik beradik dia yang jenis lepas tanggungjawab dekat mak ayah. Aku ada terbaca kes mertua dan kakak ipar kejam yang viral baru2 ni. Kes2 realiti macam ni buat aku lagi takut akan sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas berkahwin.

Kadang2 aku pelik macam mana student2 boleh kahwin sedangkan mereka masih belajar dan takde duit langsung. Dengan kos sara hidup tinggi. Buntu sangat sekarang ni. Dengan tekanan duit buat aku rasa taknak kahwin. Aku perlukan sokongan dan nasihat semua. Tolong jangan bagi ayat negatif. Aku hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan.

– Shaaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

23 Comments

  1. Adik2 yg dh bekerja, tak perlu disara, cukuplah untuk belanja ibu bapa dia saja..
    Ingt, selepas berkahwin, tanggungjawab dia akan bertambah, dan dia x wajib untuk menanggung adik2 dia yg dh bekerja..
    Slow talk dgn tunang awk. Klu awk rasa segan nk slow talk pasal ni, xpe, tp jgn biasakan diri nk support dia apa2..
    Sikit2 boleh, tp jgn semua bnda..
    Recently, ramai wanita yg support atau kluarkan belanja dlm keluarga, sedangkan yg lelaki boleh ambil sambil lewa

  2. Rezeki orang nak kahwin, nak buat baik ni insya Allah ada. Jgn risau sgt. Sebelum kahwin untuk majlis mmg masing2 kn saling tolong top up, lepas kahwin kn ingatkan suami nafkah anak2 n isteri yg utama. Bertabahla dik. Nak jimat buat majlis sebelah perempuan / gabung je.

    “prepare more on your marriage, not your wedding”.

  3. Bro/Sis.. aku doakan kau kaya raya jutawan dermawan lepas kawen bro.. Aku doakan kau Bro/Sis..

    Boleh kira balik untuk makan2 n hantaran.. 11k untuk catering.. Makan apa.. Hahaha..

  4. Blah jelaaa. Bkn sb tunang ko tu xbduit tp sb keluarga dia bakal menyusahlan idop ko laki bini kelak. ko ada ckp adk brdk dh ada gji tp bil sume tunang tgung kan? xcaya?Ha ko tgu jela nt

  5. Student yg kahwin tu parents diorang mampu tanggung belanja kahwin. Kalau jenis student yang tak mampu tapi nak kahwin juga biasanya diorang buat apa yang mampu. Tkde barang hantaran, makan beradab, buat kenduri setakat yg mampu walaupun 200 orang. Dah tahu tak berduit buat cara tkde duit. Belanja kenduri belah perempuan, memang bapa belah perempuan yg kena tanggung. Kalau hantaran 11k, kau sebagai pengantin perempuan takde hak 100% terhadap duit hantaran tersebut, means your parents boleh usik. Lain la kalau mas kawen yg 11k. Orang nak barang hantaran, kau pun nak barang hantaran. Pastu mengungkit sebab terpaksa beli guna duit kau, eh kenapa? Lepas kahwin tak boleh beli ke? Nak tayang dekat orang apa kau beli? Kesimpulannya, ada duit buat cara berduit. Kalau takde, buat sekadar yg mampu

  6. Student yg kahwin tu parents diorang mampu tanggung belanja kahwin. Kalau jenis student yang tak mampu tapi nak kahwin juga biasanya diorang buat apa yang mampu. Tkde barang hantaran, makan beradab, buat kenduri setakat yg mampu walaupun 200 orang. Dah tahu tak berduit buat cara tkde duit. Belanja kenduri belah perempuan, memang bapa belah perempuan yg kena tanggung. Kalau hantaran 11k, kau sebagai pengantin perempuan takde hak 100% terhadap duit hantaran tersebut, means your parents boleh usik. Lain la kalau mas kawen yg 11k. Orang nak barang hantaran, kau pun nak barang hantaran. Pastu mengungkit sebab terpaksa beli guna duit kau, eh kenapa? Lepas kahwin tak boleh beli ke? Nak tayang dekat orang apa kau beli? Kesimpulannya, ada duit buat cara berduit. Kalau takde, buat sekadar yg mampu

  7. Bab hantaran tu saya setuju dgn confessor. Sejak bila dlm islam suami kena tanggung kenduri pihak perempuan? Dia cuma wajib bagi mas kahwin kepada isteri shj. Insyallah bila anak perempuan sy nk kahwin nnt, ya, saya akan minta hantaran tinggi2. Tapi lps abes majlis, sy pulangkn 100% pada pengantin utk diorg mulakn hidup baru….insyallah…

  8. Kenduri kesyukuran perkahwinan sebelah perempuan, keluarga perempuan la yg tanggung. Bukan guna duit menantu lelaki untuk buat kenduri belah sendiri. Masak la lelaki tu nak kena tanggung dua kenduri. Belah dia lagi. Belah perempuan lagi. Hantaran tu adalah hadiah saguhati untuk pengantin perempuan. Bukan untuk keluarga perempuan guna untuk renovate rumah, buat majlis kenduri grand tapi suruh menantu lelaki yg tanggung. Benda ni dah banyak dah ustaz2 tegur.

  9. Btw, patutnya bakal laki akak kenalah berterus terang tentan jagaan dia terhadap adik2 dia tu…kalau macam tu, sampai bila dieorang nak berdikari.bukannya tak kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *