Duit raya

Tak lama lagi raya menjelma. Aku ni, baru hari ini dapat gaji. Barulah terkial-kial pikir pasal duit raya untuk ayah (mak aku dh passed away), mak tiri dan anak-anak buah.

Teringat masa kecil. Ayah aku rajin bawa kami semua pulang ke kg mak setiap kali raya. Kebetulan, adik-beradik mak hanya ada 3 orang termasuk mak. Sikit kan? Jadi dengan hadirnya kami adik beradik seramai 7 orang pulang ke kg melawat Tok, meriahlah sedikit hari raya Tok. Lagipun makcik(adik mak) cuma ada 2 anak, pakcik (abg mak)pula ada 4org anak. Setiap kali raya, sepupu aku akan bertanya "Wei, hangpa dapat duit raya berapa banyak? Kami dapat banyak. Ayah kami bagi". Aku yg semasa itu baru di awal persekolahan, rasa down. Sebabnya, ayah aku, walau dia seorang guru, gajinya sebenarnya mampu untuk beri sedikit duit raya kpd kami, ayah akan habiskan untuk beli rokok dan melepak di kedai kopi. Belanja bulanan pun ayah beri cukup-cukup makan kepada mak. Jadi, memang tak pernah lah aku merasa dpt duit raya.

Ayah juga sering berkata, "Hangpa posa ni sebab nak duit raya atau pahala?". Jadi, tiada seorang pun dari kami adik-beradik yg minta duit raya dr mak atau ayah. Tapi hati seorang budak yg masih kecil, melihat sepupu yg menayang duit raya. Belum lagi bab makcik yg minta Tok bagi duit raya yg banyak untuk anak-anaknya. Kerana makcik ingat, Tok telah berikan duit raya pada kami. Walhal, mak telah bagi warning awal-awal kpd kami semua supaya jangan meminta-minta pada Tok. Bila ada adik-beradik ramai, macam ini lah. Ramai tak suka kami pulang sebab dikatakan tujuan kami pulang adalah untuk bolot duit Tok. Sian mak dan ayah. Penat pulang naik keretapi beramai-ramai, perjalanan berjam-jam, hanya untuk meraikan hari raya bersama Tok. Tapi dituduh pula nak bolot harta.

Aku dan adik-adik jarang pergi beraya di rumah jiran. Kerana, banyak dari mereka ini suka tak buka pintu walau kami beri salam berpuluh kali. Jadi, duit raya pun jarang dapat. Kalau dapat, memang aku rasa nak lompat bintang. Simpan duit raya dalam bank. Tak sampai 2 bulan, mak mintak pinjam untuk beli barang dapur. Akhirnya, duit raya aku tak pernah disimpan lama. Mak janji nak bayar. Tapi tak pernah bayar. Lama-kelamaan aku dh biasa n faham. Mak takde duit.

Kini aku telah bekerja dalam bidang profesional. Setiap kali raya aku tukar duit dengan gembira. Aku tahu perasaan bila dapat duit raya. Dahulu masa kecil, cukup susah nak dapat, kini aku excited pula nak beri. Setiap kali aku terdengar suara kanak-kanak diluar rumah, pasti aku atau adik-adik aku akan intai di tingkap. Berharap ada yg sudi datang beraya. Sebab kami dah sediakan kuih dan duit raya!

Kalau dulu aku down sebab aku tak boleh nak berkongsi cerita mengenai duit raya dgn rakan, hanya mendengar. Kini aku berbangga, aku yg hulurkan duit raya.

Salam Aidilfitri dari saya. Jemputlah mai beraya kat umah kami ;)

– Cik Chik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *