Dunia apa ni?

Assalamualaikum. Saya nk share story. Baru lepas grad penghujung tahun lepas dan dah bekerja dalam bidang construction. Saya seorang perempuan. Orang kata perempuan payah nak kerja dalam bidang construction yang dimonopoli lelaki. Tapi kalau allah dah kata tu rezeki kita, dapat jugak kerja. Pernah ada saudara mara yang pandang sebelah mata masa study dulu siap cakap alah perempuan mana ada orang nak ambil kerja kat site. Pofff!!!!! Already be an engineer. Kawan2 perempuan pun ramai kerja site.

Nak share experience kerja dalam construction. Kalau diberi pilihan, kalau boleh, memang seboleh nye elak nak kerja ni. Meh aku share apa yg aku lalui.

First aku penah kena cuit ngn mat indon Seram jugak aku kot2 dia mandrem ke kan masa mencuit tu. But luckily dah diambil tindakan sape yang berani main cuit2 staff wanita kat site. Kalau setakat kongsikong (workers at site normally bangla or indon) usha tak berkelip tu benda biasa. Tu yang penting kita punya pakaian harus menutup aurat sesopan yang boleh. Aku pernah rase sampai nk pakai burqa. Burqa weh. Bukan purdah. Sebab tak suka dengan pandangan diorang.

Second. Kat dunia luar ni lah kita jumpa macam2 orang. Kalau dulu masa belajar, semua kawan2 solat. Semua jaga hubungan dengan allah. Kat sini aku sedih jugak tengok orang melayu kita yang mana memang konfirm islam, tak solat. Masa time solat jumaat dia boleh terpacak dalam offce. Kalau sekali dua boleh la nk postif maybe dia sakit. Tapi kalau tiap kali jumaat macam tu, tak tahu nk cakap apa. Maybe aku culture shock la kot jumpa orang2 macam ni. bukan nak cakap aku baik sangat tp sedih. Teguk air setan pun selambek je. Sedih tgk orang kita macam ni. Bila ditegur di kata ustazah. Yang lagi sedih, kawan si peminum ni pun support dia utk minum walaupun dia tak minum. Ya allah sedih sgt masa tgk kelakuan. Aku tak berani tegur sbb kalau orang tgh mabuk tau je lah diorang bukan dia akal yang waras. Lagi pulak aku perempuan.

Third. Ada staff suka cakap benda lucah kat aku. Pernah aku membabikan dia sebab terlampau geram dengan dia yang tak menjaga kata kata. Susah nk elak dr dia sbb mmg kena bekerjasama. My bad. Beristighfar aku tenangkan hati yg sgt2 geram.

4th. Pergaulan yang tidak dijaga. Sebelum aku masuk, ada engineer permpuan lain yg dah berhenti masa aku kerja. Yang mana naik motor bersama rakan sekerja lelaki adalah benda biasa. Patut masa aku mula2 masuk banyak kali kena offer naik motor sama. N setiap kali jugak aku tolak. End up makan sorang2. But i dont mind at all. Dan dilabel ustazah sekali lagi. Bertepuk tampar adalah benda biasa bagi diorang. Tapi bukn bg aku. Aku masih boleh di bawak bersembang dan bergurau asalkan bukan melibatkan fizikal dan perkataan yg tidak elok seperti licah atau mencarut. Dan dilabel ustazah utk kali ke seratus.

5th. Diajar utk menipu dlm kerja. Saya kerja dengan company cha ya nun alif. Selalu memang kena tipu data supaya diluluskan. Pernah mgadu kat collegue. Tp dia jawab’ takpe weh kita bukan buat masjid’. What a sad answer.

Last nk share. Ade orang ajar sy cr scandal utk dapatkan kerja dengan gaji lumayan. Funny because i thought i just a joke but its not. Dah nampak satu kes dimana yes dia dapat kerja sebab ada scandal yg tolong which is scandal tu orang kuat company.

Tabik utk wanita yang kental yang boleh tepis segala godaan, gangguan dan cabaran. Mungkin sy tak cukup kental. But still construction is not a good place for women. Adik2 gadis yg tgh amek engineering tu jangan risau. Lain tempat lain experience. Mintak allah lindungi kita selalu. Kita pun kena berusaha jaga diri.

Jangan kecam saya ye. Ini hanya perkongsian dan luahan. Takde nak tunjuk baik pun. Kerja pun tak sampai setahun lagi.

Cuma tengah berdoa utk ditemukan jodoh supaya dapat menjadi housewife. Walaupun orang cakap bodoh je belajar sampai degree pastu jadi suri rumah. Well i dont care. Lain orang lain pemikiran lain pandangan. I still can educate my children. I wanna be an educated housewife.

Saya sanggupkan tinggalkan dunia utk akhirat kalau macam nilah rupa dunia.

P/s : mesti ada yg nk komen kenapa tak cari kerja lain kan. Well i tried and still trying. Tp bukan mudah.

– cik innocent

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *