Dunia Stress Aku

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin yang menyiarkan. And terima kasih kepada semua yang membaca luahan aku dan seterusnya sudi memberi komen.

Aku rasa macam tak ada tempat lagi nak meluah perasaan. Sebab masalah aku tak pernah habis. Lepas satu, satu. Inilah yang berlaku sepanjang kehidupan aku buat masa ni.

Semuanya tentang kerja aku. Aku stress. Aku kerja urus bangunan. Atau lebih spesifiknya, bangunan tu ialah Condominium. Aku jaga condo di tengah ibukota.

Aku ibarat ‘kepala’ di tempat kerja aku. Soal maintenance, keselamatan, kebersihan, kecantikan, semua yang berkait dengan condo tu atas tanggungjawab aku.

Kerja aku hari-hari untuk pastikan semua sistem yang ada berfungsi dengan baik, ambil tindakan atas complaint orang ramai dan buat kerja-kerja seperti mana yang diarahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa condo tu (Aku bekerja dengan syarikat pengurusan yang dilantik ajk condo tu)

Aku kerja bidang ni memang dah lama, tapi aku rasa sekarang ni makin-makin mencabar berbanding dulu sebabnya sekarang semuanya dihujung jari. Aku paling benci Whatsapp. Dulu semua pakai email. Sampai tempat kerja baru check email dan balas satu persatu. Tapi sekarang lain.

Aku ada sangat banyak group whatsapp tempat kerja. Group security, group cleaner, group landscape, group swimming pool, group lift, group sesama staf, group dengan company sendiri, group dengan ajk condo, segala macam mak nenek group.

Hidup aku jadi tak aman. Terutamanya bilamana cuti, hujung minggu, lepas waktu bekerja, tengah malam buta and waktu aku tengah beraktiviti bersama keluarga, akan ada je wassap2 yang muncul.

Gambar itu ini terpampang. Semua akan report kat aku dan perlukan tindakan aku. Aku kena jawab, aku kena marah, aku jugak yang marah org balik. Ha ha. Seronok tak agak-agak. Reply lambat pun jadi isu.

Aku paling tak boleh blah bila no fon aku tersebar dikalangan penduduk kondo, maka sorang-sorang akan whatsapp aku dengan aduan yang kadang tak munasabah di luar waktu kerja aku. Aduan satu hal, makian apa kurangnya.

Tengah malam buta whatsapp hantar gambar lif kotor lah, call carut-carut pasal kereta kena clamp lah (padahal memang salah dia sendiri), takda karen, takde air, internet rumah problem, guard garang sangat, cleaner tak sapu, eh entahlah.

Apa diaorang ingat aku takda life aku sendiri ke nak kena layan dorang je kerja.Macam-macam lagi lah masalah rakyat condo ni. Memang aku akan block satu persatu no lepas tu.

Lagi satu kerja aku dipenuhi dengan meeting dan appointment. Lepas satu meeting, satu lagi. Lepas setiap meeting aku sendiri yang kena prepare minutes. Appointment pulak dengan contractor. Projek pasang bumbung ke, repair apa-apa yang rosak, dan macam-macam lah.

Kalau contractor buat hal atau tak perform biasa aku jugak yang akan dipersalahkan. Alasan sebab aku tak monitor, aku tak tegas, aku itu aku ini. Sama lah macam kontraktor harian pun, if bermasalah still aku jugak yang dipersoal dan dipersalahkan.

So hari-hari hidup aku takkan aman. Masalah kat kondo takkan penah selesai, lif rosak, pam problem, orang langgar palang, kes gaduh, rumah bocor, semua aku kena settlekan. Aku faham ada sesetengah orang cakap kerja memang takkan pernah habis. Kena fikir diri, keluarga.

Tapi dalam hal aku ni, aku rasa aku macam tak boleh stop langsung buat kerja sebab kalau aku tangguh sikit pun dia akan bertambah-tambah.

Maka hari-hari aku balik lambat. Buat paperwork kat rumah. Lagipun nak tak nak aku kena jugak buat kerja-kerja tu sebab nanti aku jugak yang kena menjawab dalam meeting.

Meeting sebulan sekali, jadi aku hanya ada masa berapa hari je nak siapkan task-task disamping kerja harian. Sekejap je dah nak meeting lagi. Aku sangat penat.. bukan saja dengan kerja tapi juga dengan perangai manusia..

Husband aku makin lama makin malas nak dengar luahan aku. Bagi dia macam, aku kan dah lama kerja ni.. Takkan tak biasa. Hadap jelah. Kadang aku geram sampai tahap nak salahkan dia. Napa dia tak kaya?

Kalau kaya kan tak perlu aku nak bersusah-susah kerja macamni. Kenapa dia tak rasa bersalah atas ketidakmampuan dia sampai aku terpaksa berkerja dan menghadapi tekanan macamni. Tapi semua persoalan tu aku telan sendiri juga akhirnya.

Kadang luah kat mak. Mak cakap, biasalah kerja memang macam tu nak. Mana ada kerja yang tak stress. Tak kerja, duk rumah pun stress. Haih.. Baiklah mak.

Lagi satu aku nak highlight yang bila ada ajk condo dikalangan foreigner, aku rasa macam hamba kat tanahair sendiri. Aku kena patuh arahan dorang, dorang pulak suka tunjuk besar kepala. Tak ada nya nak hormat.

Apa dia ingat dia kaya boleh layan aku macam takda maruah. Itu yang aku terkilan bila kerajaan umum untuk turunkan had minimum pembelian hartanah untuk foreigner. Makin ramai lah puak ni. Hmm

Aku punya tahap stress sampai dah banyak kali nak resign tapi pujuk diri sendiri cakap berapa ramai org kat luar sana yang tak dapat kerja, kena buang kerja. Kenapa aku nak jadi orang tak bersyukur? Dalam masa yang sama aku takut aku stress sampai tahap bunuh diri.

Setiap malam aku rasa takut nak tidur sebab aku macam fikir apalah pulak masalah aku kena hadap esok. Dan otak aku sentiasa fikir pasal kerja. Ini tak siap lagi. Itu tak buat lagi. Alamak lupa nak call contractor tu. Esok kena pergi sana, sini. Dan macam-macam lagi. So serabut.

Ramai yang cakap keadaan ekonomi tak menentu, jangan senang-senang berhentu kerja. Sebab tu aku bertahan. Nak tukar bidang? Aku takda pengalaman bidang lain.

Masa ada kes yang agak besar terjadi kat condo aku, aku pernah cakap kat husband yang lebih baik aku mati je daripada hadap perangai orang dan masalah yang entah apa-apa ni. Sebab aku rasa tak seronok dah hidup. Hari-hari akan ada je masalah walaupun aku dah selesaikan bermacam-macam masalah.

Husband aku tak cakap apa-apa. Dia tak pujuk. Aku tau dia pun dah bosan. So aku pun stop cerita masalah-masalah aku kat dia. And aku berlakon macam semuanya ok. Aku ok. Tapi dalam hati and kepala otak aku ni…tuhan saja lah yang tahu. Sobbs.

Sekian luahan aku. Terima kasih.

– Damia Petunia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *