Salam, thank you kepada IIUMC sebab bagi aku ruang untuk tulis confession aku ni. Ok, cerita aku ni pasal pendapat aku kat sistem pendidikan negara kita ni. Berdasarkan pengalaman dan cerita yg aku dengar la aku tulis ni, tak jadi kat aku pun sbb aku dilahirkan sebagai warganegara bumiputera melayu yang memang ada “hak mutlak” dalam education sistem ni. Aku pergi sekolah, amik spm, result tak seberapa pun. Tapi alhamdulillah bila apply uni, aku dapat even bukan first choice.
Mak ayah aku suka sangat. Aku repeat, aku bukan budak pandai, biasa2 je.
At the same time, aku ada kawan2 yg superior dari aku. In the terms of study lah. Which is, diorang tak dapat place masuk uni. Nak apply upu ni berdasarkan merit je utk layak tak layak, tgk kos jugak. Tapi kawan2 aku ni bukan biasa2, ada yang 10A, 9A, tapi still fail utk tempatakan diri kat ipta. I mean melalui upu la. Mara/JPA pun takdak dapat. Sebab diorang bukan Melayu Bumiputera ke?
Aku bukan nak buat cerita, benda ni memang jadi. Aku tahu bukan kat kengkawan aku je. Tapi ramai lagi yg kat luar tu belajar pandai2 tapi takde peluang nak prove self-worth dorang. Ada sistem uni yg memang nak bumiputera sahaja, and limitkan quota non-bumi. I mean, is education for Malay only? Dalam negara ni, semua orang bayar cukai, semua serve the country, what if potensi yang bangsa lain tu ada tapi takde education untuk digilap? Ramai orang cina lepas habis sekolah terus bukak bisnes or sambung bisnes parents, bukan apa, nak masuk uni susah, competition yang bias. Aku sebagai seorang yang masuk ipta dgn result biasa2 ni selalu fikir, kuliah, kelas yang aku attend ni, mungkin lagi layak utk orang yg lagi pandai kat luar tu, yg sekarang mungkin tengah bekerja sbb takde peluang of education.
Kadang malu gak dengan dorang, kat sekolah tak perform pun, tapi masuk uni aku la yg paling first. macam pelajar harapan pulak. meanwhile dorang terpaksa masuk ipts, bayar memahal, hutang memahal. sebab mak ayah dorang bukan bumiputera je kot?
– Areef
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit